Tuesday, May 26, 2009

"Ubatkah ni atau Racun Roundup?"


Ingat tidak crita pasal post aku sebelum ni? yang kisah aku sakit bulan November tahun lepas? Dijadikan cerita, setelah 6 bulan  makan ubat cina dari Tabib Zhonghua: Chin Yam Yen kiranya macam aku ni beransur pulih la sikit. Ndak sudah berapa cepat penat badan aku ni macam dulu. Jadi hari ni bila laki aku jumpa Tabib untuk ambik ubat yang seterusnya, Tabib sempat interview aku melalui telefon. Dia tanya macam mana keadaan aku sekarang so aku cakap la macam dah ok-ok sikit la. (Dalam hati aku, memang la bah ok kalau makan ubat kan. Kalau tak makan ubat, mana kita tau). Lepas cakap dalam telefon tu, rupanya Tabib tukar my ubat. Terperanjat aku balik rumah tengok ubat aku. So, colourful... bila aku makan... makkk aii.... sempat aku cakap dengan my laki... "Ini ubatkah atau racun Roundup?!@#$%" Dasyat la bah rasanya. Macam rumput pun ada!! Bayangkan kena makan 4 biji setiap satu jenis ubat @ 1 hari 2 kali ya!! Hmm... sabar jak la... mo sihat punya pasal!

Aiken Cracked Heel Cream

Sejak balik dari Umrah hari tu, tapak kakiku merekah. Terlampau kering. Mungkin pasal berjalan di atas tiles. Tengok gambar tumit kakiku yang jelek ni.  Terus ndak cantek kaki aku. Hehehe.


So, tadi aku singgah ke Guardian untuk membeli cream. Sebelum ni aku sudah pernah guna jenama Elgy and Scholl.  So, kali ni aku mau try jenama AIKEN la pulak.  Itupun aku beli pasal dia tulis "CLINICALLY TESTED - VISIBLE RESULTS WITHIN 3 DAYS".  So, tuan/puan, kita tunggu dan tengok resultnya dalam masa 3 hari ya.

Lepas apply cream, jangan lupa bungkus kaki... supaya tak melekit-lekit di lantai. Hehehe.... saja jak tu mo tayang stocking yang baru dibeli di Mekah. Hehehe. (To Cathj, cute kan? pink lagi tu...)


Tag from Dewi Maharani

Dewi, tag apa bah ko bagi aku ni??? Hancurrrr bah... Nah ambikmu ni!!

1.Bila kali terakhir anda cuci toilet?

Kelmarin itupun cuci cincai. Selalunya cuci time weekend, semasa buat treatment rambut di rumah, ambik kesempatan terus cuci jamban.

2.Pencuci apa yg anda guna?
Sabun Fab!! Entah kenapa. Tapi aku memang suka pakai sabun Fab yang cuci kain tu pasal terasa licin dan bersih tu lantai. 

3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Lamanya aku tidak mop lantai sebab amahku yang tolong mopkan. My amah akan mop my lantai seminggu 4 kali. Kenapa? Pasal aku suruh la. Aku tak suka lantai yang melekit. Sebenarnya aku paling suka kerja memop lantai dan cuci piring. Kerja-kerja dapur lain aku tak suka ya. So, bila time kenduri, biar laa aku cuci piring or mop lantai dengan syarat time aku mop lantai tu aku tak mau ada orang pijak lantai time aku tengah memop tu. Pantang aku!!

4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Ber-tenet la bah.

5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Ikan basung goreng garing & sayur tumis belacan. Mmm.... nyum-nyum. Jangan lupa tu nasi simpan kicap ya!

6.Minuman yg anda buat setiap pagi?
Bergantung kepada keadaan. Kadang nescafe o. Kalau diet, milo+nestum la. Hihihi.

7.Sebelum tido apa yg anda lakukan?
Sapu lotion or bodybutter di kaki dan tangan.

8.Harus menjawab tag ini?
Elsa, Alicia, Azlena and Cathj


Wednesday, May 20, 2009

Tudung


Bila orang dengar aku mau pigi Umrah hari tu, ramai yang tertanya-tanya sama ada bila balik from Umrah nanti aku akan pakai tudungkah. Hehehe.... Aku cakap tengok laa nanti macam mana bah kan. Kalau hati sudah terbuka untuk pakai time tu, why not kan.

So, bila on Monday tu aku masuk ofis, lucu jugak. Pasal sesiapa yang balik dari melawat aku di ofis akan bertanya dengan orang yang melawat aku sama ada "Si Pame pakai tudungkah?" Astaghfirullah.... Aduii... apa bah di fikiran dorang ni? Dorang ni sebenarnya mengusik, mengetawa or menyindir aku ni?? Hmmm... Sabar jak la aku.

Tuesday, May 19, 2009

Umrah 2009

Day 1 (7 Mei 2009)

Bertolak dari KK ke Brunei jam 6.05 petang @ BI826 (Royal Brunei). Rombongan kami adalah seramai 61 orang dan semuanya orang Sabah - mostly orang Tawau. Pakej Umrah kami diatur oleh Tabung Haji Travel. Sempat lagi aku terjumpa dan bertegur sapa dengan si Azmi Jumat di airport KK tapi malangnya dia tak kenal aku. Lucu. Pasal aku jadi ninja kot (Pakai jubah & tudung hitam. All black). Hehehe. Tiba di Brunei jam 6.45 petang dan connecting to Jeddah jam 8.20 malam @ BI083 (Royal Brunei). Penerbangan memakan masa lebih kurang 10 jam. So, tidur ayam la dalam kapalterbang.

Day 2 (8 Mei 2009)

System Down
Tiba di Jeddah jam 1.50 pagi (Waktu Jeddah). Di Malaysia mungkin dalam jam 6.50 pagi time tu. Perbezaan waktu dalam 5 jam. Waktu di Malaysia lagi ke depan.  Turun dari kapalterbang kena naik bas pigi ke airport. Nasib la masa naik bas tu pihak Jeddah tidak asingkan kami mengikut jantina. Buruk airport Jeddah nya ni. Macam LCCT. Hehehe. Heran la pasal negara begitu kaya tapi airport kecik sejemput. Sampai jak di airport kami diminta berbaris mengikut mahram masing-masing untuk proses imigresen. Lamanya kami berbaris.... sempat aku birak lagi. Entah macam tak efficient la cara dorang tu kerja. Sekali bila turn lakiku, ada masalah la pulak. Aduiii... kesian darling aku berdiri depan Pak Arab Imigresen. Ngam-ngam time darling aku letak jari sambil diambil gambarnya, time tu jugak system down. Aduii... kami yang perempuan (mummy & sisters) kena suruh keluar ambik beg sementara my hubby kena suruh tunggu di dalam. Time tu ada 2-3 orang dalam group kami yang kena tahan jugak. Endukk... kesian my darling.... Lama jugak la kami menunggu. Bayangkan dari jam 1.50 pagi. Akhirnya my hubby adalah orang yang terakhir dapat keluar. Itu pun dapat keluar jam 6.00 pagi ya!!! Kesian... sabarrrr jer la... dugaan.....

Di Madinah
Ok... lepas tu kami pun naik bas menuju ke Madinah. Perjalanan ke Madinah memakan masa dalam 5 jam gitu rasanya. Sepanjang perjalanan cuma ada pemandangan bukit-bukau, pasir dan batu-batan. So, jawapannya tidur ayam lagi la dalam bas.

Sembahyang Jumaat
Tiba di Madinah dalam jam 11.00 pagi. Check in hotel dan terus rush pigi Masjid Nabawi untuk Sembahyang Jumaat. Kiranya first time la sembahyang Jumaat ni. Kantoi. Hihihi. First time masa masuk Masjid Nabawi, takut konon kami hilang/sesat. My mummy asyik-asyik ingatkan kami supaya menghafal nombor/nama pintu setiap kali masuk masjid.  Pasal masjidnya kan besar dan banyak pintu. Kalau keluar salah pintu karang sesat balik ke hotel. Oooh... takutttt.... di sana kita tak boleh action/tembirang/cakap besar.  Pasal takut nanti takbur!! So, maknanya mulut kena ada insuran!!! Kena banyak ber-Astaghfirullah.... Semasa berada di sana, kami adik beradik mengelak dari bertentang mata. Pasal tau la perangai kami yang sot-sot ni. Sebab eye contact kami ibaratkan komunikasi bagi kami adik beradik. Hehehe....


Masjid Nabawi
Cerita pasal Masjid Nabawi ni, memang besar laa... dan ramaiiiiii orang.... cantik lagi tu dalamannya. Moden. Kalau time subuh, atap pun boleh terbuka/tertutup.  Aku tak dapat ambil gambar dalam masjid pasal polis masjidnya strict gila!! Tak boleh bawa handphone and camera! Setiap kali masuk masjid mesti kena check beg dan badan. Tapi menurut my hubby, kawasan lelaki tak pula strict sebab my hubby sentiasa bawa handphone ke masjid. Hmm... pelik. Lucu juga bila kami masuk masjid Nabawi ni, polis masjidnya (perempuan Arab ninja bertudung/tutup habis tinggal mata saja) sentiasa menjerit-jerit dengan kami menyuruh kami jalan ke depan, ke tepi, ke siring dan sebagainya sebab masjid agak full. Contoh ayat dorang adalah seperti "Ibu-ibu, ke kiri ibu" or "Ibu, di depan" or "Ibu di depan... itu jalan". Mengkali terlampau banyak orang Indonesia/Malaysia buat Haji or Umrah sehinggakan dorang boleh bercakap Bahasa Melayu/Indon. Kah hafal dialog? Hehehe.


Hotel
From hotel kami ke Masjid Nabawi jalan kaki dalam 15-20 minit gitu. Kami tinggal di Hotel Al-Shark Manazeli <---- pelik nama hotelnya macam nama jaws. Sepatutnya kami tinggal di Hotel Movenpick yang terletak lebih dekat dengan Masjid Nabawi tapi entah kenapa last minit kena tukar la pulak. Hotel not bad jugak la. Bulih la.... 3*** Tak boleh cerewet.... hehehe... kena banyak bersabar. Aku tak sempat ambik gambar hotel. So, kena check di blog Elsa.


Cuaca
Cuaca di Madinah agak panas. Hmm... mengkali mo mencecah 38-40 celcius. Yang panas tu sebenarnya adalah dari lantai bawah/tar jalanraya. Bahang tu macam naik ke muka dan cahaya mataharinya terlampau silau. Oh! my mummy cakap tak boleh komplen panas sebab nanti kita akan terasa panas betul!! Shhh... tapi sekarang dalam blog boleh lah komplen kan? Hehehe. Sebenarnya bukan komplen. Tapi meng-explain bah ni. Supaya pembaca blog dapat menghayati cuaca sebenar. Hehehe...


Jadual Harian
Lepas sembahyang Jumaat, kami balik semula ke hotel untuk lunch/rehat sekejap. Then jam 3.00 petang kena bertolak semula ke masjid untuk solat Asar. Lepas Asar balik semula ke hotel untuk rehat/mandi. Then bertolak semula ke masjid untuk solat Maghrib & Isya. Lepas tu balik semula ke hotel untuk dinner. Kira agak lewat jugak la dinner kami ni - around 9.15 malam. Mendidih perut!! 


Ziarah Makam Rasullullah & Perkuburan Baqi
After dinner, dalam jam 9.30pm kami satu rombongan semua berkumpul di lobby hotel untuk bertolak semula ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Makam Rasullullah dan Perkuburan Baqi. (Tak boleh tangkap gambar). After ziarah, kami sembahyang di Raudah - tempat makbul doa. Punya ramaiiiii manusia di Raudah ni.  Susah mo sembahyang dengan kusyuk di Raudah coz polisnya jahat. Dia suruh kita sembahyang cepat-cepat sebab terlampau ramai orangkan. Tapi ampit jugak aku la. Banyak perempuan Arab yang big size. Bila aku sujud, aku tersujud di punggung dorang. Bila aku bangun dari sujud, kain tudung dorang terbungkus di kepala aku. Hmm... dugaan.... kweng-kweng-kweng.

Jam 12.00 malam kena tutup mata walaupun roommateku (Hubby) bising ngorok sebab subuh kena bangun jam 2.30 pagi untuk solat Subuh. After solat subuh, balik hotel for breakfast then bersiap untuk program lawatan. Proram lawatan bermula jam 7.00 pagi. Hmm.... bayangkan aktiviti seharian kami. Memang full!! Hmm... ngantuknya aku time tu.... aduiii....

Tengok jadual harian kami ni:-

2.30am : Mandi/Bersiap 
3.15am : Bertolak dari hotel ke Masjid (Solat Jemaah Subuh jam 4.17am) 
5.15am : Balik Hotel 
7.00am - 10. 30am : Program Lawatan 
11.15am : Bertolak dari hotel ke Masjid (Solat Jemaah Zohor jam 12.19pm)
1.30pm : Balik Hotel/Lunch
3.00pm : Bertolak dari hotel ke Masjid (Solat Jemaah Asar jam 3.45pm)
4.30pm : Balik Hotel/Rehat/Mandi
6.15pm : Bertolak dari hotel ke Masjid (Solat Jemaah Maghrib jam 6.54pm & Isya jam 8.24pm)
9.00pm : Balik Hotel/Dinner/TidurZzzzz....

Please take note that my mummy memang mau kami bertolak dari hotel ke masjid 1 jam or 45 minit sebelum masuk waktu sebab mau cari tempat yang bagus. Kalau lambat, nanti tak dapat tempat. Cuma dapat tempat di belakang-belakang, jauh dan terpuruk.  Karang terpaksa sujud di punggung Arab lagi!! Oh ya! Dorang ni lain sikit. Kita kena duduk rapat-rapat. Kalau ada sikit ruang jak, ingatkan dorang nak limpas/lalu tepi kita. Rupa-rupanya dorang mau sembahyang di sebelah kita la pulak!

Ini adalah pemandangan Masjid Nabawi daripada luar. Yang gambar 2 di bawah tu pulak gambar di dalam Masjid Mekah.  (Sorry gambar tak teratur).

Day 3 (9 Mei 2009) 
Program lawatan hari ini bermula dari jam 7.00am - 10.30am.

Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. 

Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa. Jabal Uhud (gunung Uhud), tidaklah begitu besar, tingginya kira-kira 1.050 meter.  Berlokasi sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah. Sebelum dibangun oleh pemerintah Kerajaan Saudi, Jabal Uhud selalu dilewati oleh jamaah yang masuk ke Madinah maupun yang menuju Makkah. Letaknya memang di pinggir jalan raya menuju kedua kota itu.

Dinamakan dengan Masjid Qiblatain kerana turunnya ayat pindah qiblat yang bermaksud:
(Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram... surah Al Baqarah 144) ayat ini turun ketika Rasulullah(s.a.w) sedang solat Zohor di tempat ini iaitu di Bani Salimah. Maka ketika solat beliau berpaling mengadap ke Ka'bah(Masjidil Haram). Masjid Qiblatain ini terletak dekat lembah Aqiq di Jalan Khalid ibn Walid. Pembesaran masjid ini dilakukan pada masa Raja Fahd iaitu pada tahun 1405H/1987M dengan kos 54juta SAR. 


v.  Tapak "Masjid 7" 
vi. Pasar Kurma


Day 4 (10 Mei 2009)

Bertolak ke Mekah
Check out hotel dan bertolak ke Mekah. Perjalanan ke Mekah dalam 5 jam gitu. Singgah di Masjid Bir Ali untuk miqat Umrah.  Tiba di Mekah dalam jam 2.30 petang.  Kami sekeluarga menginap di Hotel Firdaus Palace. Manakala rombongan yang lain semua menginap di Hotel Firdaus Tower. Beza hotel dengan dorang cuma 5 minit jalan kaki. Kiranya hotel kami lebih dekat dengan Masjidil Haram. Jalan kaki dalam 10 minit gitu untuk ke Masjidil Haram. Hotel jangan komplen la. Sebab awal-awal lagi kami sudah kena warning bahawa hotel di Mekah biliknya kecil sikit. Bukan lagi kecil sikit. Kecil banyak. Hehehe. For me ok la... sekadar untuk tidur jak dan as long as bersih la.

Cuaca
Cuaca di Mekah tak la berapa panas seperti di Madinah. Rasanya macam cuaca di Malaysia ketika waktu tengahari. Dalam 36 celcius kali. Panas jugak tu kan? Tapi tak la sebahang yang di Madinah. Di sini cuacanya panas kering. So, kulit kita pun jadi kering. Yang amazingnya tu muka tak pulak berminyak. 

Masjidil Haram
Pengalaman pertama masuk kota Mekah macam agak takut juga. Well sebab macam-macam yang kita dengarkan.  So, bila masuk Masjidil Haram, kira senang hati dan amat bersyukur pasal dapat nampak Kaabah secara live.  Takut sudah ndak nampak Kaabah pasal Ustaz cakap ada jugak setengah orang yang tidak nampak Kaabah.  Tu la makanya ndak boleh tembirang... takbur.... Fyi, polis masjid di Masjidil Haram tak la strict macam di Masjid Nabawi.  Di sini dorang check random. Walau macam manapun, aku masih tak berani bawa camera.  Aku suruh laki yang bawa camera then jumpa hubby di pintu masjid untuk tujuan bergambar.

Umrah Pertama
Selepas Asar, kami sekeluarga telah mengerjakan tawaf dan sa'ie secara berjemaah dipimpin oleh Mutawif dari Indonesia.  Tak ingat pula namanya.

Gambar di bawah diambil ketika selepas sembahyang subuh
Curi-curi bergambar. Hehehe. 
Kalo gambar ni kecik, click to enlarge.  

Day 5 (11 Mei 2009)
Hari ni adalah acara bebas.  So, kiranya hari ni kami charge battery badan. Aku dan hubby tidur after breakfast dari jam 7am til 10.30am.  My sisters mengkali merayap for shopping.  Tempat shopping bertempiaran di luar hotel.

Day 6 (12 Mei 2009)
Seperti biasa program lawatan bermula dari jam 7.00am hingga 10.30am.  Lawatan hari ni adalah ke Ladang ternakan unta di Hudaibiyah dan Muzium Haramain.  Sebelum ke muzium, singgah di Masjid Hudaibiyah untuk Miqat Umrah (Umrah Kedua kali)

Kak Itok sempat membeli susu unta.  Konon susu unta ni bagus untuk detox.  Bikin birak la bah tu. Tapi akhirnya tu susu tidak juga diminum pasal takut sakit perut. Nanti kalau sudah ke masjid jauh pula mo cari jamban.

Di Ladang Unda Hudaibiyah

Di Muzium Haramain

Day 7 (13 Mei 2009)
Program lawatan hari ni seperti biasa dari jam 7.00am hingga 10.30am adalah ke Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina dan Miqat Umrah di Masjid Ja'ranah (untuk Umrah Ketiga kali).  Gambar lawatan boleh ditengok dari blog Elsa.


Day 8 (14 Mei 2009)
Tawaf Wida selepas Zohor dan bertolak ke Jeddah jam 3.30 petang. Perjalanan dari Mekah ke Jeddah memakan masa dalam 1 jam lebih gitu.  Singgah di Jeddah untuk membeli belah selama 1 jam.  Tiba di airport Jeddah dalam jam 10.00 malam. Syukur juga kami tidak dikenakan excess baggage.  Harga excess baggage dalam 1kg mau RM103.00.  Wah lumayan gitu. Rombongan kami yang lain banyak kena bayar pasal apa ndaknya. Berangkut dorang berabis. Banyak shoppingan dorang rupanya.  Ngantuknya menunggu di airport. Lama lagi flight kami ni. Tidur-tidur ayam lagi kami di airport ni.

Singgah di Jeddah untuk shopping. Make up tu hanya untuk tontonan. Bukan dibeli.

Day 9 (15 Mei 2009)
Bertolak dari Jeddah ke Brunei jam 3.05 pagi @ BI084 dan tiba di Brunei jam 6.25 petang waktu Brunei/Malaysia.  Bermalam di Hotel Brunei. Hotelnya kira ok juga la.

Day 10 (16 Mei 2009)
Bertolak dari Brunei ke KK jam 8.20am @ BI821 dan tiba di KK jam 9.00am.  Syukur Alhamdullillah kerana sampai ke tanah air dengan selamat.... Terasa rindu dengan Mekah. Huhuhu...

Tuesday, May 12, 2009

Happy Birthday Jojo

Happy Birthday to my friend Jojo
12 Mei 2009 yang ke . . . tuttt . . .
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki



Walaupun aku tiada di ofis tidak bermakna bahawa aku lupa birthdaymu.
Post ini memang special. Jadi aku bikin 2 minggu lebih awal.
Birthday prezie hutang dulu ya.  Oleh itu, aku bagi ko kek dulu.
Sila tuntut kek anda di bawah.




@@@@@






@@@@








@@@@@@@@@







@@@@






@@@@







@@@@




@@@@






@@@@








@@@@@@@@@







@@@@






@@@@







@@@@




@@@@






@@@@










@@@@




@@@@






@@@@


















































Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day



Somehow we always say the least
to those we love the best
And hope our thoughts are understood
although they're unexpressed 
That's why it means so very much, 
when days like this are here
To say how very much you're loved
each day throughout the year


To my mummy ---> Hajah Fatima and all the momies out there --> Cathj, Auntie Liau, Ina, Ajelin, Blossom, Momiecay and semua-semua...

 HAPPY MOTHER'S DAY!!

Thursday, May 7, 2009

Lambaian Kaabah

Fyi, me and my family termasuk la my beloved hubby (<--- mana boleh tinggal ni) akan berangkat ke tanah suci hari ini untuk mengerjakan umrah dan hanya akan kembali ke tanah air pada 16 Mei 2009.  Doakan kami sekeluarga agar selamat pergi dan balik.   

Tuesday, May 5, 2009

Dior Lipstick

My Dior Lipstick yang baru dibeli oleh Zally tadi di KLIA.  Zally on the way balik from KL-KK. Hmm... menyempat lagi aku mengirim bah. Ngam-ngam lipstick ku pun sudah putut. So kiranya ni stock untuk beberapa bulan jugak la ni. Alamakkkk!!! Lupa pulak aku kirim majalah! Aduiii.... rugi aku.




Kaki siapa?

Mari kita tengok ini kaki siapa pulak?




Jeng-jeng-jeng..... si Baby Hitam la pulak!! Bukan laa bah ni baby... tapi melekat sudah namanya Baby... bukan jugak hitam. Tapi masa dia baby dulu dia ni hitam.  Tapi bila besar, makin lama kulitnya makin cerah.  Tu la rahsia fair and lovely kali. Hehehe...




Makkk aiii.... besarnya mata!! 





Ohhh.... how i miss my Kelabu @ Smoky.  Kesian. Masi lagi dia di klinik. Mungkin esok baru boleh bawa pulang. Menurut doktor hingusnya hijau la pulak.  Eee.... panas dalam laa bah tu kan.  Harap-harap tak serius la. Menurut my amah tadi, si Belang pun mulai bersin dan berhingus la pulak. Aduiii....  satu-satu bah dorang ni. 

Sunday, May 3, 2009

Kelabu Ditahan

Endukk kesian... my cat si Kelabu @ Smoky terpaksa ditahan di Klinik Sabah Animal gara-gara selsemanya yang tak pandai baik. Disyaki mungkin virus selsema. Doktor suruh tahan dia pasal takut nanti terjangkit dengan kucing-kucing yang lain. Lagipun rawatannya memerlukan dia dijarum 2 kali sehari. Kesian...
Kelmarin aku datang melawat dia. Baring di penjuru jak dia. Nurse bilang dia tak mau makan. Harap-harap besok dia sembuh dan boleh dibawa pulang.






Friday, May 1, 2009

Kain Baju Raya

Hari ni aku telah bershopping kain raya di Jakel.  Hmm... mungkin terlalu awal bagi korang tapi bagi aku sudah terlambat.  Sebab last week aku tanya tailorku samada bila tarikh last boleh hantar kain untuk bikin baju raya.  Bulih-bulih tu auntie cakap, "haii yaa... saya manyak sibuk ooo...." Aduiii... kejam bunyinya. Tapi bisuk aku mau try jugak pujuk dia terima kainku ni. So, tema colour tahun ni aku pilih hijau. Jarang juga aku pakai kain plain ni. Entah hijau apa ni. Hijau epal kah ni? Warna dalam gambar tak brapa jelas. Kalau diikut warnanya lebih tua dari yang di gambar ni. Amacam? Cun kah? Hihihi....


Aku punya sebelah kiri (Shantung Silk) dan hubby punya sebelah kanan (Viscose).

Selsema Kucing


Kesian si Kelabu @ Smoky... lately dia di rumah jak ndak berjalan. Rupanya sakit.... mula-mula tangannya seliuh @ pengkak.  Lepas tu flu la pulak. Kesian... sudah kena jarum pun masih lagi ndak pandai hilang hingusnya.  Kesusahan dia mo tidur. Balik-balik bersin. Lepas tu bila dia mo tidur bubble hingus keluar dari hidungnya. Meleleh hingus sampai keluar-keluar air mata. Ndukk... kesian... besok kena bawa dia pigi jumpa doktor lagi. Macam ubat yang doktor bagi sebelum ni tak berkesan.

Shanghai Nite

Ini adalah acara setiap tahun di mana Hotel Hyatt akan mengadakan appreciation nite to all Private Line Members.  Kalo last year temanya Masquerade Nite and this year pula adalah SHANGHAI NITE.  Dan seperti biasa.... setiap seorang kami akan diberi RM500.00 tapi dalam bentuk kertas tipu la bah. Kalau duit betul, bagus aku bershopping di 1B terus. Hehehe. Ceritanya kami mesti mo berjudi dengan duit RM500 yang disediakan tu. If menang sampai RM1500 then baru boleh pigi redeem hadiah. Tapi hadiahnya.... you kena terror main dart.  You kena lempar dart tekat wheel of fortune. Kalo nasib mu baik... then hadiah yang ko dapat bagus la seperti free nite stay, voucher makan, electrical goods etc. Tapi kalo nasibmu malang... paling-paling hadiahmu cuma payung, business card holder or mousepad!! Teringat aku last year... kami cuma dapat card holder.

Tengok amoi-amoi lawa dan manis ni. Hihihi....

Yang sexy di sebelah kiri tu is Habsah (Hyatt), Tracy, Qion, Chinadoll & Elly


Tiap tahun, Faridah (baju hitam) mesti datang punya...

Fulamak... Qion, Elly & Tracy tengah busy berjudi



Jadi dijadikan cerita... akhirnya kami semua kalah judi!!! Hahahaha.... Langsung kalah ya. Tiada bawa pulang hadiah pun even payung pun tiada!! Apa ndaknya... ni kes tamahak la ni. Betting besar. Satu kali betting mau RM100.00! So, akhirnya kami ber-4 (Tracy, Elly, Qion & me) pigi lepak di Upperstar sambil menyambut Hari Pekerja la konon.  Mabuk-mabuk kami di sana. Hahahaha... percaya kamu cakapku? Kah kah kah.... minum watermelon juice sambil makan pizza la!

Kisah Baju

Oh ya... sebelum aku menghabiskan cerita... cuba tengok gambar perempuan ni di bawah. Apa pendapat korang? Boleh ikut ratu cantik cina Hongkong kah? hehehe. Aku mau cerita pasal ni baju. Ni baju sebenarnya baru dibikin. Kain tu dikasi oleh bini boss aku masa dia pigi Vietnam i think 5 tahun yang lepas kot. Terpegun aku dengan my tailor (Auntie Lavalley) sebab boleh kasih siap ni baju dalam masa 2 hari. Tapi kalau aku hantar baju kurung, dia kasih siap 6 bulan. Bayangkan baju-baju raya tahun lepas baru siap ni bulan. Hmm... sabar ja la aku.

Happy Labour Day

HAPPY LABOUR DAY!!
1 MEI 2009

Tag From Rahma - Wallpaper Tag



The rules are...

1. Printscreen your wallpaper now... see photo above

2. Why do you like it... sebab gambar bunga tulip ni berwarna-warni. Nampak macam bunga plastic tapi sebenarnya fresh tulip. Gambar ni diambil sendiri oleh aku ketika sedang bercuti di Disneyland Tokyo.

3. Tag 10 other friend/blogger.... Elsa, Cathj, Alicia, Herda, Ina, Agee, Jojo, Dewi, Ajelin & Momiecay