Wednesday, December 19, 2012

I Hate Packing!


I hate packing!!! Packing buat aku tension selalu.   Ini baru laki bini mau travel.  Just imagine kalau ada anak kecil ikut sekali... brapa beg la tu ya?? Mesti lagi tension tu kan.  Huhuuu...  Aku takut betul ada barang tertinggal.  Macam hari tu masa aku pigi Manila... bulih-bulih aku ndak terbawa baju tidur! Terpaksa baju jalan dibikin baju tidur.  Huhuu... Lepas tu kalau mem-packing ni aku takut la segala barang liquid seperti syampu, conditioner kah, minyak rambutkah tumpah... aduiii... ndakku suka.  Ini lagi kalau mau pigi negara sejuk... then ikut tour lagi... check in/check out hotel, i mean tukar hotel every day.... nahh... paling tension ya... 

Aku rasa setiap kali mau travelling, aku akan kasi keluar beg seminggu sebelum jalan dan aku akan kasi masuk baju sikit demi sikit.  Tapi sebelum kasi masuk tu, aku try dulu tu baju samada ngam or cukup selesa kah dengan cuaca.  Cerewet kan aku? Memang gitu la bah tu.  Even kalau mau pigi KL pun aku menghadapi masalah untuk packing.  Walaupun ada rumah sewa di KL aku masih bawa baju dari sini.  Hahaha...

Hopefully by this Friday morning siap la aku punya packing ni. Banyak lagi aku perlu bawa ni.  Kena juga 3 beg dari sini.  Mau bawa makanan dan kettle jug lagi!  Huhuuu...  semoga aku tidak tinggal barang kali ni.... 

FYI, kami akan terbang ke KL hari Sabtu pagi dan bertolak ke Washington pada 23 Disember 2012 (Sunday) jam 3.40pagi.  Tapi kami diminta berkumpul di KLIA pada 22 Disember 2012 jam 12 malam.  Ngantuknya tu....  Semoga perjalanan kami akan selamat sampai ke Washington pada 23 Disember 2012 dan juga selamat kembali ke tanah air pada 3 Januari 2013.




Monday, December 17, 2012

Coming To America

My husband and i decided to go to US for our next vacation. We've been to Paris, London, Greece, Cape Town, Armsterdam, Belgium, Germany, Switzerland, Jeddah and Mecca, Australia, NZ, Japan, Korea, HK, Bangkok, China and many places before except US.  Kalau mau pigi US bukan senang sebab kena apply for visa lagi and kena attend interview lagi.  Macam-macam pengalaman orang aku dengar untuk masuk ke US ni.  Ada yang problem masa interview dan ada juga yang sudah dapat visa tapi ada masalah di airport US.  Strick konok.  Aku pun tidak dapat gambarkan strick macam mana tu.  Adakah sama macam pigi ke Australia/NZ or even worst?

Setelah melengkap Borang Permohonan Visa dan dokumen yang diperlukan, me and hubby telah dijadualkan untuk menghadiri temuduga visa pada 3 Disember 2012 jam 10.00 pagi di Pejabat Kedutaan US, Jalan Tun Razak KL.  

Berdebar-debar jantungku takut ndak dapat jawab interview ;p.  Hahaha.... Lamanya sudah ndak menghadiri temuduga.  Macam mau cari kerja la pulak.  Kami sampai awal di Pejabat Kedutaan sekitar dalam jam 9.00 pagi.  Mula-mula berurusan di luar Information Counter, kami kena minta surat panggilan temuduga dan tinggalkan kad pengenalan kami.  Bila masuk di dalam pondok information counter tu, rupa-rupanya semua barangan elektronik seperti handphone, power bank, internet 4g yes dan termasuklah kunci kereta yang ada alarm kena ditinggalkan di situ.  Eksen betul tu pak sekuriti.  Malas aku.  Lepas tu, kami pun masuk la ke dalam Bangunan Kedutaan.  Cantik juga bangunan dan kawasan sekitarnya.  Sayang handphoneku kena tahan.  Kalau ndak banyak lagi foto boleh diambil.  Hehehe..


Sempat curi-curi snap foto walaupun tidak dibenarkan oleh Pak Sekuriti. 
(Foto ini diambil setelah sesi temuduga selesai. Hehehe...)

Masuk saja kami di bangunan tu, kami dikasi nombor.  Kami interview yang couple punya.  Maksudnya bukan individu.  Aku pikir kena interview saturang-saturang.  Nasib boleh pulak interview "couple". Terus aku ada keyakinan sedikit.

Ndak sampai 10 minit menunggu, nombor kami dipanggil.  Kena suruh berurusan di kaunter pertama dulu.  Kaunter pertama ni terbuka.  Semua orang boleh dengar kalau kami bercakap.  Di kaunter pertama dia tanya kami saturang-saturang samada pernah pigi ke US kah sebelum ni.  Of course la NO.  Perempuan India tu nampak garang dan tidak friendly.  Dia minta kami dokumen-dokumen yang diperlukan (surat panggilan temuduga, gambar, borang bayaran visa).  Lepas tu dia suruh kami duduk untuk panggilan seterusnya.  Aku pikir time tu juga mau di interview... rupanya itu baru step 1.

Ndak lama kemudian nombor kami dipanggil semula (Tak sampai 10 minit kami tunggu).  Kali ni kami ke kaunter kedua.  Kaunter kedua yang interview kami tu is a chinese lady.  Kali ni kami berurusan di kaunter transparent tetapi ada pintu.  Maksudnya orang yang tengah menunggu masih boleh tengok kita during the interview tapi tak boleh dengar suara kita dengan jelas.  Lega sikit rasanya sebab the lady agak friendly dan menyambut kami dengan senyuman.  Dia cuma ambil thumbprint kami.  Lepas tu dia suruh kami duduk semula untuk interview seterusnya. 

So, duduk la lagi kami tunggu nombor kami kena panggil.  Sementara menunggu, aku tengok ada juga orang yang cepat kena interview dan ada juga yang lama.  Tambah nervous aku.  Ndak sampai 10 minit... nahh... kena panggil lagi pigi masuk ke kaunter 3.  Kaunter 3 ni pun sama macam kaunter 2.  Ada pintu tertutup. Yang interview kami kali ni pompuan orang puteh.  Hehehe.... Agak friendly.

Mula-mula dia tanya samada kami pernah pigi US kah sebelum ni.  Of course la jawab NO.  Then seterusnya dia buat apa kami mau pigi US.  Aku jawab la pigi holiday.  Terus dia senyum-senyum.  Memandangkan balik2 dia tanya aku yang jawab, so dia concentrate tanya aku.  Soalan-soalan yang dia tanya adalah seperti berikut:-

1.  Apa kaitan hubungan aku dengan my hubby - takkan la aku cakap sugardaddy kan ;p.  Hahaha...

2.  Brapa lama sudah kahwin?

3.  Ada anak kah?

4.  Ada family kah di US?

5.  Di US nanti pigi ke mana?

6.  Ke mana lagi negara-negara yang pernah kami lawati (Time ni aku jawab punya banyak sampai aku tidak ingat negara-negara yang aku sudah pernah pigi.  Dia senyum-senyum saja.  Dia cakap kami kuat travelling sampai boleh tau dari passport kami saja.  Hahaha)

7. Aku kerja sebagai apa dan di mana? (Soalan ini juga ditujukan kepada my hubby) - ini kira soalan terakhir.

Lepas tu dia cakap dia berpuashati dengan kami dan yang paling aku ingat ayat terakhirnya ialah,        "I am very happy to approve your visa.  You may collect it at Wisma MCA tomorrow at 3pm" (sambil kasi kami kad putih ini.  Yahoooo... kami dapat kad putih akhirnya... YES!)


Punya la aku senyum lebar time tu.  Aku ucap tqvm la sama dia bah.  Macam aku terkejut bah sebab ndak pulak banyak dia soal kami dan aku rasa ndak sampai 10 minit bah interview kami ni tamat sudah. Padahal banyak sudah dokumen aku sediakan.  Dia tak minta pun dokumen seperti penyata bank la, surat pengesahan la etc.  Maybe memang nasib kami la dapat penemuduga yang tidak cerewet.  Time aku keluar tu aku tengok orang di kaunter sebelah kami masih belum habis di interview sedangkan orang tu dulu masuk dari kami time kami berurusan di kaunter 2 lagi ya.

Selesai saja interview tu, kami terus keluar dari bangunan tu and claim our things at the Information Counter.  Kami selesai sekitar jam 9.45pagi.


Sempat posing selepas interview with my happy face... 
(Time ambik foto ni tu pak sekuriti belum sedar.  Hehehe)


So, the next day nya... jam 3pm kami datang ke Wisma MCA to collect our passport and here it is....  


Visa diluluskan for 10 years babe!  Yahoooo......



And If u ask me, which cities of America yang paling aku mau pigi.... 

jawapannya.....

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@


New York city...  here i come!




Sunday, December 16, 2012

Cendawan Sos Tiram Berlada


Kamu sukakah makan cendawan? Nah... kalau kamu suka... bagus kamu try ini masakan.  Ini masakan kira paling simple tapi sedap.  Aku nampak ni resepi di Majalah Nona.  Ngam-ngam ada macikku di rumah jadi aku minta tolong dia masak la.  Senang saja masak ni.  Tengok resepinya ya. Aku ni tak lokek ilmu.  Hehehe...


Bahan-Bahan:

*  Pelbagai jenis cendawan (Aku guna 2 jenis cendawan. Suka kamu la mau guna cendawan macam mana ya)
*  Lada Bengal Hijau     }
*  Lada Bengal Merah    } Ikut suka hati kamu mau brapa banyak. Agak-agak la.
*  Lada Bengal Kuning  }
*  Seleri (Kalau tak mau letak seleri pun ok)
*  Kacang Gajus
*  Sos Tiram
*  3 hiris halia
*  Minyak Bijan (Untuk menumis)

Cara Memasak:

1.  Panaskan kuali dengan minyak bijan dan tumis halia
2.  Masukkan cendawan, lada bengal, seleri dan sos tiram
3.  Masukkan kacang gajus
4.  Sedia untuk dihidang


Nah... senang jak kan.  Bagus kamu try.  Sedap ni.  Dua kali sudah aku makan ni.  Yang kedua kali tu aku minta amahku yang masak. Pandai dia masak.  Sedappp ooo.... Lebih sedap dari macikku masak ooo...  Talking about amah... lupa aku mau introduce kamu amah baruku kan.  Hehehe... Nama amahku yang baru ialah "NOOR".  FYI, dia ni kakak kepada si Milah.  Si Milah sudah berenti kerja dan balik kampung for good sejak bulan Ogos tu.  Itu saja laa yang aku mau share hari ini.  

Selamat mencoba.....




Saturday, December 15, 2012

JLO Dance Again World Tour in KL

Again??? Mesti kamu cakap aku ndak puas ni kan.  Memang la bah ndak puas tengok konsert JLO hari tu di Manila pasal sekejap jak.  Ini kira appeal balik la bah ni.  Bukan apa.  Gini ceritanya... my cousin menang 2 keping tiket konsert JLO free from Celcom.  Nilai tiket adalah RM600++ setiap satu.  Kebetulan aku memang berada di KL pada hari konsert tu (2 Disember 2012), so my cousin jual murah-murah la tiket tu sama aku.  Jadi aku bawa la my sister Elsa untuk tengok  ni konsert dengan harapan.....disebabkan tiket mahal so tempat duduk mesti di bahagian depan-depan yang dekat pentas tu kan.  Hehehe......

IKLAN kejap.  Ayu nya aku bergambar.  Hehehe...


Ok sambung story...... sekalinya.... bulih-bulih pada hari konsert tu hujan laa pulak start dari petang.... adehhhh.... sudah la konsert dibuat di stadium merdeka.  Mana ada atap tu kan kalau duduk berdepan dengan pentas.  Betul-betul la malang.  Aku gerak dari rumah jam 7.00 malam.  Disebabkan hujan, jem di sana sini... mengkali jem pasal orang mau pigi tengok konsert JLO.... kami sampai di Stadium Merdeka jam 9.00 malam! Huhuuuu.... 

Bila kami sampai jak, kami kena kasi plastic rain coat.  Rupanya hujan masih tidak berenti.  Nasib la gerimis.  Memang betul-betul la kami duduk di tengah hujan.  Hadoiiiii..... Tiada atap! Ngam-ngam kami dapat tempat duduk kami.... time tu JLO pun keluar.  Aku rasa tidak payah la dorang sediakan kerusi sebab semua orang berdiri time tu tengok JLO.  Haa... tengok ni orang tengah berdiri sambil pakai plastik.  Hahaha... (termasuk aku la tu).  Mau bergambar pun susah pasal hujan.  Takut handphone rusak!  Kali ni aku tak bawa kamera la pulak pasal aku terlupa.  Sialan tul.




Sudah setengah jam konsert mula, akhirnya hujan pun berenti.  Nasib la.  Jadi aku sempat la ambik video si JLO nyanyi tu.  Haa... klik sini ya kalau mau tengok videonya tu.  Ada dua ni -------> Video 1 dan Video 2.

Jadeyyyy..... kalau semua orang sudah berdiri... apa la gunanya kerusi tu kan?? Dan sama jugak bohong.  Macam mana mau tingu JLO.  Bagus lagi duduk di grand stand yang free seating tu.  Bulih nampak lagi tu JLO walaupun jauh.  So, alamatnya tengok di skrin jak la. Itupun skrinnya kecik.

Kalau kamu tanya aku best kah tidak konsert JLO di KL ni.... aku cakap NDAK BEST! Jauh lebih best lagi konsert nya di Manila.   Pertama dari segi tempat/lokasi konsert tidak sesuai.  Jem.  Patut dibuat di luar KL jak.  Yang kedua sound system nya buruk sikit.  Aku boleh dengar suara si JLO tercungap-cungap semput.  Yang ketiga skrinnya kecik.  Aku rasa penonton di Manila jak mau 5 kali ganda dari KL ya.

Macam mana ooh ni pihak penganjur?? Masa kamu tidak tau bulan Disember ni musim hujan.  Patut kamu buat la di PICC kah.  Renung-renungkan laa... Nasib baik aku tidak beli tiket RM600++.  Time tu aku tengok VVIP/Kerabat DiRaja pun terpaksa dikasi pindah duduk di Grand Stand jak akhirnya.  Kesian... Huhuu...

Anyway, itu saja la yang aku mau share sama kamu cerita konsert JLO di KL ni.  Ndak best! Tu jak.



Friday, December 14, 2012

Cry On My Shoulder

Rupanya dalam diam-diam si Natasha ni pandai juga membuka blog aku ni rupanya. Hahaha... Kantoi ko tasa...  Tadi dia sms aku.  Dia tanya aku apa bah lagu di blog aku ni yang sedang berkumandang.  Hahaha...

Kepada Natasha Haneem..... Tajuk lagu ni CRY ON MY SHOULDER yang dinyanyikan oleh Deutschland Sucht Den Superstar.  Siok kan? Sila layari youtube nya ya.  Tapi kalau ko malas, ko boleh dengar lagu ni dari blog aku jak.  Mana tau ko rindu aku kan.

Nah aku kasi ko lirik lagu ni terus ya.  Jangan ko terlampau ingat sama lirik lagu Rick Price - Heaven Knows jak.



 Cry On my shoulder ~ Deutschland Sucht Den Superstar

If the hero never comes to you
If you need someone you're feeling blue
If you wait for love and you're alone
If you call your friends nobody's home

You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life they are free

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh, let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh, just call me and I'll make your day

When the nights are gettin' cold and blue
When the days are gettin' hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

What real love can do
What real love can do
What love can do
What love can do
Love can do




Manila Trip

My Manila trip agak membosankan!  Kalau kamu tanya aku samada aku mau datang sini kah lagi... aku akan cakap, "this is my first and last trip".  Aku ndak mau sudah datang sini.  Huhuuu... Kenapa?? Kamu kena baca postku ni sampai habis baru kamu tau kenapa ya.......

Kami datang ke Manila for 4 days and three nights only.  Hari pertama jak terus pigi tengok konsert JLO.  So, hari kedua tu kami sewa kenderaan with supir untuk 5 jam sahaja.  Jadi dalam masa 5 jam tu... campur lagi jem... hanya ini saja yang sempat kami pigi lawat.  Sila la tengok gambar ya.

Day 2  




Berhenti sekejap bergambar di Rizal Park.  (It reminds me of my Boss.  Hahaaa).  Ambik-ambik foto sekejap... lepas tu kami gerak ke Fort Santiago.


Fort Santiago is located in the northern part of the Walled City.  In pre-colonial times, this was the site of Rajah Soliman's "kuta" or fort.  The Spaniards under the term of Governor General Gomez Perez Dasmarinas fortified what was originally stone structures.  Other governors general continued to modernize Fort Santiago's defenses.  Which makes it probably the best laid-out portion of the walls.



Memorial Cross


Yang ni aku tidak tau apa ya.  Aku nampak benda ni pelik so aku minta ambik gambar saja.  Macam orang space jak tu kan.




Lama juga la kami  di dalam ni.  Bayaran masuk ke Fort Santiago P75.00 only.  Selepas tu kami bergerak untuk melawat mana-mana gereja berdekatan.  So, kami berenti di Manila Cathederal tapi malangnya it's closed for renovation.  Oleh itu hanya boleh bergamballl di luar saja la.  Hehehe....






Lepas tu kami ke San Agustin church pulak.  Nasib kali ni buka.


San Augustin Church, constructed during the Spanish colonial period was declared by UNESCO as World Heritage site in 1993 under the collective title Baroque Churces of the Philippines.




Selepas tu kami beredar dan singgah ke satu gereja lagi.  Kali ni kami ke San Sebastian Church.  Malang tidak berbau lagi.  Church nya tutup lagi kerana it's lunch time.  Hehehe... So, hanya boleh ambik gambar dari luar.  Itupun sekejap saja pasal ada guard halau kami.  Ndak boleh konok kereta sewa kami parking di situ.  Hahaa... so, kami pun beredar la.




Basilica Minore de San Sebastian better known as San Sebastian Church is the only neo-gothic steel church in the Philippines and in Asia. (It's minty green ooo....)


Oleh kerana kepenatan half day tour, destinasi terakhir kami adalah..... shopping mall.  Yang dinanti-nantikan.  Hehehe... Setelah berbincang, mesyuarat bersetuju agar kami pigi ke Greenbelt.  So driver stop kami di Greenbelt 5.


Semangat si Mel posing depan Greenbelt 5.  Hehehe...   Sedikit penerangan mengenai shopping mall Greenbelt.  Sila baca ya.

shopping complex in MakatiGreenbelt in Ayala Center is said to be the first premier lifestyle center in the country. It offers a mix of restaurantsretail shops and entertainment amenities that range from low-end to high-end. As such, the complex has become the beehive of expats, a place to see and to be seen.

The mall has two indoor buildings and a couple more open-air shopping centers divided between five sections: mostly appliance stores at Greenbelt 1, designer clothing shops at Greenbelt 3, and high-end shops of local and international brands at Greenbelt 4 and Greenbelt 5

An explosion in Glorietta on October 2007 ripped through Greenbelt 2, which is why it is still under construction.  Restaurants in Greenbelt 1 are mostly fast food, while Greenbelts 2 to 5 feature sit-down cafés andrestaurants. Among the most popular ones are Café HavanaTemple BarSeattle’s BestHard Rock Café, and Chili’s.  Fely J’s in Greenbelt 5 and Sentro in Greenbelt 3 offer Filipino fusion cuisine. There is also the Indian-inspired BollywoodRed Box KTV barIce Bar, and Greenbelt 3 3D theaters for late-night entertainment.  (Maklumat dicopy from:  http://www.manilagateway.com/entertainment/greenbelt.html)


Tiada aku beli apa-apa di Greenbelt dan yang peliknya belum ada Xmas sale sedangkan kami di sana 27 November 2012 sudah.  Dari Greenbelt kami jalan kaki ke Glorietta Mall.  Punya buruk ni Glorietta mall. Ndak sanggup aku ambik fotonya. Aku rasa dia hidup pun sebab ada SM Departmental store jak di sana.  Kalau di Manila kan dia punya shopping mall di mana-mana pun mesti ada SM Departmental Store.  SM ni macam Parkson atau Metrojaya la bah kalau kita di Malaysia.  Tapi buruk-buruk macam manapun sempat juga aku terbeli barang di sini ya.  Hehehe.... Terpaksa.... pasal satu hari berjalan tak kan la tiada rembatan langsung kan.  Mau tengok barang yang aku beli?? Enduk bah.... ini jak bah.



Ini adalah tempat jam. Aku tertarik dengan colournya.  Turqoise.  Harganya pun quite cheap. Baru RM40 gitu.



Nah chantek kah kasutku?  Murah aje.  Baru RM90++.  Aku mau cari yang lebih murah tapi aku tidak jumpa la pulak.  Yang ni tak brapa tinggi.  Tingginya just nice dan selesa.  Harap-harap la.  Belum lagi aku pernah pakai.  Ntah bila la baru mau rasmi ni.  Kalau mau pakai time Xmas tak dapat sebab Xmas nanti aku pakai boots.  Toinkkk.....



Lepas tu kami semua pajak ni dried mangoes di SM untuk bawa pulang kasi orang.  Aku rasa di SM jak yang paling murah.  Ndak ingat brapa harganya.  Dalam RM10 kali ya.



Sempat beli dan tapau 4 kotak Brownies Unlimited punya sedappp....... dan murah ya.  RM12 kalau ndak silap harganya ni untuk 12 pieces. 


Day 3 

Day 3 ni kira macam hari terakhir kami untuk bershopping.  So, awal kami bertolak.  Before 11am kami sudah gerak from our hotel.  So, destinasi kami adalah ke Mall of Asia.



Sedikit penerangan mengenai Mall of Asia.

The 42-hectare Mall of Asia (MOA) or SM Mall of Asia in Pasay City is the second biggest mall in the country and the fourth largest in the world. Situated in the southern end of EDSA at Bay City in Pasay City, the mall attracts at least 200,000 visitors daily for its IMAX theaterdining and shopping establishments, food court, supermarket and open-air entertainment mall.


Sebenarnya Mall of Asia ni nampak saja besar.  Tapi tiada apa-apa bah ni.  Kedainya sikit saja.  Yang kasi besar tu dia punya SM departmental store tu la.  Dan di sini banyak kedai makan. Alamakkkk... Lupa update pasal makanan.  Ermm.... ndak ku tau di mana sudah gambar makanan-makananku tu.  Ahh biar la... Ndak jugak happening makanannya. Memang agak susah la mau cari makanan halal di Manila ni. Aku rasa Mall of Asia ni macam Mid Valley la gitu. Ndak banyak barangku di sini.  Entah laa.  Ndak happening mana pun sebenarnya Mall of Asia ni. Aku rasa kami cuma jalan 2-3 jam jak then kami pigi ke Greenhills.  

Walau bagaimanapun, nasib ada juga rembatanku di sini.

Macam ranggoli kan.  Hehehe.  Only RM28. 

T.shirt for souviniers

Handmade purse for souviniers

Me and my sister setuju pigi ke Greenhills berdua.  Manakala Mary & Mel tetap mau bershopping di Mall of Asia.  Kalau mau pigi Greenhills ni agak jauh juga la dan jem sangat.  Dari Mall of Asia macam mau 45 minit baru sampai.  Tapi tambang teksi kami bayar baru dalam RM15 kali.  Hehehe...  Tambang teksi di Manila memang murah yang penting teksi bermeter dan boleh dipercayai la.




Sedikit penerangan mengenai Greenhills Shopping Center.


Greenhills Shopping Center, located in San Juan, is a mid-to-upscale bargain center catering to all social classes who are looking for cheap thrills with stylish branding. With thousand of stores and stalls, one needs more than a day to finish roving around the center. The shopping arcades are usually crowded every Christmas as young and old people troop to Greenhills not only to buy gifts and giveaways but also to witness the lifesize mannequin show, that is the "Christmas on Display" (C.O.D.). Tourists and foreign visitors are also brought here to shop for cheap versions of branded items as well as Filipiniana souvenirs.


Kami shopping di sini sampai ke malam sehingga menghadapi masalah untuk balik ke hotel sebab rupanya susah mau dapat teksi di sini.  Kena tunggu lamaaaaaa.... Aku rasa macam mau 2 jam kami tunggu teksi.  Sadishhh eh. My sister dapat beli banyak barangnya di sini.  Dia sangat berpuas hati shopping di sini. Memang murah betul barang di sini.  As for me.... aku cuma terbeli ini saja la....

Unique bid necklace for RM38 only after discount.  I am happy and very satisfied with the price.

Another t.shirt for souviniers

and.... hehehehe..... LOL....


It's actually a pen! I'm buying this for my girlfriend.  Hahaha....

So, itu saja la hasil shoppinganku selama aku di Manila.  Memang tidak banyak. Tak sampai RM1ribu aku belanja.  Duitku cuma habis untuk bayar makan minum dan transportation saja.  


Day 4 

Time to go home...  Jam 11am bas bertolak dari hotel ke Airport Clark.  Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba di Airport Clark.  Punya jauh rupanya.... huhuu.... Sudah tu buruk dan kecik lagi tu airportnya. Bagus lagi airport AirAsia di KK.  Besar lagi.

Our flight jam 3.30pm dari Manila.  Nasib tak delay. Tiba di KK dengan selamat dan lebih awal iaitu jam 5.30pm.  My sister pulak flightnya delay sikit.  Sepatutnya dia deluan belayar tapi akhirnya kami pulak yang terbang dulu.  Dia punya flight jam 3.40pm.

Kesimpulannya.... kalau kamu tanya aku samada Manila best kah tidak.... aku cakap tak best.  Pasal tak banyak barangku di sini walaupun Manila lebih murah.  Aku lebih prefer Thailand, China or Hong Kong for shopping.  So, i'm not happy la for this trip.  THE END.