28 Mei 2008, tiba-tiba laki telah membawaku pigi bercuti ke Perth, Australia. Katanya nak berehat sebab masa pergi Jepun tempoh hari macam agak penat sebab ikut tour. So, kali ni, dia kata tak payah ikut tour sebaliknya pergi sendiri-sendiri. Free & Easy la katakan... Mula-mula tu aku macam malas mau pergi sebab macam kelamkabut. Short notice dia bagi tau ni. Tinggal seminggu lagi mo jalan. Mo apply cuti - bukan senang mo apply cuti last minit di ofis ni, kena fikir pasal kucing yang mo beranak, fikir pasal rumah, fikir pasal amah, fikir mo packing baju-baju/makanan yang mo dibawa dan macam-macam lagi la... Aku cakap dengan dia, kalau ada tiket dan visa semua ok, then kita jalan la. So, ter-pergi la kami....
Kali ni kami naik Royal Brunei Airlines (RBA). Bertolak dari KK-Brunei jam 8.30am and connecting flight to Perth jam 12.50pm. Semasa naik kapalterbang RBA ni, aku tertarik dengan notice yang terletak di tempat duduk hadapan kami ni. Sempat aku cakap dengan laki aku, "Boleh lah ko tidur dekat sini (Bassinet) since namamu AWANG DAMIT". Kweng-kweng-kweng
Tiba di Perth jam 6.30pm. Tiada perbezaan waktu antara Malaysia dan Perth. Kami menginap di
Hotel Mercure Perth, Erwin Street yang terletak betul-betul di bandar. Kira berbaloi juga aku ambil membership ACCOR tu. Sebab penginapan di Perth ni kami yang urus sendiri/booking tru' internet guna membership kad ACCOR tu. Terus la guna voucher free 1 nite stay tu untuk malam pertama yang kami sampai tu. Cuaca di Perth ok - dalam 20c. Kira just nice la. Tapi macam menyesal la aku membawa jacket panjang2/tebal2. Terpedaya aku. Apa ndaknya... sebelum datang tu, aku tengok dalam internet cuaca sejuk dlm 8-12c. Kurang asam betul.
Tak banyak yang aku mo cerita pasal lawatan ke Perth kali ni. Pasal aku rasa Perth ni macam tiada apa-apa la. Mati kutu jugak aku di sini ni. Tapi laki punya pasal.... terpaksa la... alasannya mo cuti... berehat. Actually, ini adalah lawatan kedua laki aku ke Perth.
Agak senang juga cari restoran halal di Perth ni. Ada restoran Indonesia, Malaysia, kebab etc. Ada satu restoran berhampiran dengan hotel kami (jalan kaki dalam 5 minit) yang kiranya hari-hari kami makan di sana. Namanya Restoran Ole-Ole. Tukang masaknya dari Malaysia tapi owner restoran orang Indonesia. Boleh tahan jugak la masakannya.
Aktiviti harian kami - minum coffee....
Aktiviti kami setiap pagi adalah berjogging di area Swan River. Macam tak percaya kan?? Siap bawa pakaian sukan ke luar negara.... Free & Easy la katakan... hehehehe. After jogging, kami akan lepak/minum-minum dekat mana-mana cafe. Lepas tu balik hotel, mandi dan keluar untuk makan tengahari. After lunch, biasanya kami akan jalan-jalan dekat bandar (jalan dekat kedai-kedai yang berbaris dan sedikit tu ja), ke taman, ke zoo etc. Believe it or not. Kali ni betul-betul aku tidak shopping. Cuma membeli sikit souvinier untuk ofismate saja. Sempat jugak aku ke King Street. Ada butik LV, Gucci etc you.... nasib baik butik LV nya tak banyak beg-beg keluaran terbaru. Kalau tidak... terlabur lagi duit aku. Ok, berbalik kepada aktiviti.... after cuci-cuci mata, kalau dah penat tu, kami akan pergi lepak minum coffee again!! Entah satu hari mo berapa kali la minum coffee. Kalau di negeri sendiri, belum tentu ada masa mo buat aktiviti macam ni kan.
Oh ya! Kedai-kedai di Perth tutup jam 5pm ya kecuali Saturday jam 9pm. So, bila malam, bandarnya pun sunyi. Lepas makan malam biasanya kami akan ke Burswood Casino. Kami main sikit-sikit ja la. Tapi tak la pandai menang.
Tak banyak aku mo cerita pasal pemergian kami ke Perth ni. Sebab aktiviti harian kami begitu-gitu ja. Cuma berjalan di sekitar bandar. Laki cakap mungkin next year akan datang lagi... insyaallah... so, kalau jadi datang, kali ni kami akan sewa kereta dan pergi masuk kampung-kampung/ladang gitu!!!
Red is dead... long live Red!! - smartnya iklannya!! Lepas ni kena pakai baju merah, lipstick merah selalu. Hehehe. Begini la suasana kedai-kedai di Perth ketika jam 5.20pm.... sunyi kan... Sempat juga beli 2 gelang ini untuk diri sendiri. Murah jer...
Sunyi kan bandar Perth... mati kutu aku. Lawa tak apartment tu?
Ini akviti ketika ke Zoo Perth - Awas... tu perempuan Waris Jari Hantu!!
Aktiviti setiap pagi - jogging/walking....
Kami balik KK 2 Jun 2008 dan aku terpaksa balik kerja pada 3 Jun 2008. Boringggggg.....The end....
P/s: Our next trip is Jakarta - 11 July 2008. Tapi yang tu adalah shopping trip.