Thursday, January 31, 2008

Old cats on the block

Tinggal ini saja kucing-kucingku....
Ini la si SADONG @ SUNKIST. Besar sudah dia. Tapi masih tidak cantik.



Ini si BELANG. Asyik menongkat dagu saja...

Ini TIGER. Tapi sudah lama tidak tinggal di rumah. Dia cuma balik untuk makan saja.

Ini la si KAKAK @ Tinklebelle


Buat apa tu SMOKY???


si Twist (Mama cat/Nenek)

Jeleknya bah si SNOWY ni... Tidak fotogenik!!

Babies si KAKAK @ Tinklebelle

Ini laa dia si KURUS .... Nama saja KURUS tapi besar.... susah mo tangkap gambarnya sebab dia takut camera.... Kena ambik gambar dari jauh.



Ini si Vacuum. Lehernya macam miring pulak. Sakit leher kali.


Finally, ... our hero... si Black. Kucing paling tua/lama...


Another baby??

30 Januari 2008, another baby was born. Si Twist beranak. Tapi kali ni anaknya cuma 1 saja. Tak tau la samada jenis kembang bulu ataupun kucing kampung. Baby ni istimewa sekali sebab dia lahir besar macam baby yang sudah umur 1 minggu dan bulunya kira lebat dan berbelang-belang.
Yang lucunya, si Twist ni ingat anak-anak si Kakak tu adalah babynya. So, dia angkat semua anak-anak si Kakak dan dicampur sekali dengan babynya yang baru lahir. Dia bagi susu dengan cucu-cucunya tu la. Berebut-rebut bagi susu si Twist dengan si Kakak. Kesian si Kakak.... selalu tercari-cari anaknya yang kena ambil oleh si Nenek (Twist).
Gambar Baby Twist

Ini pulak gambar anak-anak si Kakak bersama dengan baby baru.

Tuesday, January 29, 2008

Satu lagi kematian

Hanya nak maklumkan korang, akhirnya baby cat aku yang kecil tu mati kelmarin. Kesian... tak sempat bagi nama lagi. Aku rasa dia mati ditindis oleh mamanya sendiri pasal takder nafas. Dia telah dikubur bersebelahan dengan kuburan ikan. Al-Fatihah...

Monday, January 28, 2008

Wish List 2008

Ini adalah sebahagian daripada wishlistku untuk 2008 dan mungkin akan bertambah-tambah dari masa ke semasa.
OSIM Urobic. Macam best jak benda ni.
Since aku pun tak pandai exercise so aku rasa benda ni memang diperlukan.

Ingin mengumpul atau membeli sekurang-kurangnya 60 pasang kasut untuk tahun ini memandangkan kasut-kasut lama telah disedekah kepada orang. Tapi bukan la kasut branded... tak mampu aku beli Christian Lacroix....


Ada keinginan mau mempunyai MAC Brush set. Kalau ada offer mungkin akan dibeli.


Teringin juga ada laptop berwarna pink supaya aku boleh hias dengan bling-bling.




Bercuti bersama laki ke Jepun di musim sakura.... bila tu agaknya ya....


Mau jugak try ni La Mer. My next moisturizer kot...



LV Sunset Boulevard. Kalau beli tentu mahal. Jadi, mungkin gambar ini hanya sebagai tatapan hari-hari saja.


Guess Jeans yang penuh dengan crystal di pocket belakang.
Tunggu dia jatuh harga 50% kot... baru aku beli.


Jeans Levi's Ladies Style - Cut to reveal you....
kalau potongannya ngam dengan aku... semestinya aku beli.


Good Bye Shoes....


Ini la sepatu-sepatu lamaku yang sudah tidak dipakai/uzur. Mungkin akan dibagi dengan orang yang memerlukannya. Bila aku kumpul dan kira mo jugak lebih 20 pasang. Ada yang berumur lebih dari 5 tahun.... sedihnya...

My husband murdered our fish

Kesian ikan kami ni.... mati.... Terpaksa dikubur malam-malam. Rupa-rupanya dia mati akibat air kolam kami sudah lama tidak diganti oleh lakiku sendiri (itu memang tugasnya....) Jadi tu ikan kena toksik. Bila diperiksa, semua ikan-ikan yang lain pun mempunyai simptom yang sama juga iaitu mata tersembul nak terkeluar, sisik terkupas-kupas/ngigis dan berwarna merah. Kesian... menderita ikan kami.... Minta-minta jangan la ada yang mati lagi sebab sudah bertahun-tahun dipelihara... kesiannya.... So, atas nasihat tukang jual ikan, kami diminta untuk membuang separuh daripada air kolam tu dan masukkan 10kg garam, 2 botol anti klorin dan 2 botol ubat ikan. Selepas masukkan kesemua benda tadi, baru isi air sekali lagi. 3 hari kemudian kena buat benda yang sama jugak selama 3 kali berturut2. Mudah-mudahan la ikan-ikan kami ni terselamat....
Ini la ikan yang dah mati tu. Matanya terkeluar sikit.

Sisiknya mulai kemerah-merahan dan terkupas.

Friday, January 25, 2008

Manik-manik

Ini saja ja iklan ni... kira nak hantar baju kurung ke kedai ni untuk buat manik. Nama kedainya aku tak ingat tapi terletak di Indah Permai. Harga untuk buat manik ni dalam RM100-RM200 termasuk jahit manik di tangan. Apa pendapat korang pasal manik yang dijahit ni? Ok kah?

Sample 1
Sample 2
Sample 3
Sample 4
Sample 5



Thursday, January 24, 2008

Bags for lelong???

Tidak pasti lagi samada mo dijual ataupun hanya untuk sekadar ditayang di dalam blog. Renung-renungkan la dulu....

Beg 1 - Guess
Beg 2 - Guess

Beg 3 - Channel
Beg 4 - Stella

Beg 5 - Gucci
Beg 6 - Coach

Beg 7 - LV
Beg 8 - Hkong
Beg 9 - Blue
Beg 10 - Channel

Beg 11 - Charles & Keith
Beg 12 - China
Beg 13 - Seed
Beg 14 - Guess
Beg 15 - Bandung


Monday, January 21, 2008

Take a break... look at my shoes!

Iklan sekejap. Saja nak bagi tau u all, hari ni aku pakai kasut baruuuu. Hehehe... bukan la baru sangat. Sudah lama dibeli tapi lupa dipakai. So, ini la dia... Kasut Lewre. 70% you.... harganya dalam RM70++ kalau tak silap.

Cat in my Levis

Minta pujinya bah kucing aku ni.... tengok la gayanya tu.... adakah masuk dalam seluar jeans.