Showing posts with label Gift. Show all posts
Showing posts with label Gift. Show all posts

Monday, June 29, 2020

Surprise


Kelmarin tiberrrr dapat hadiah malam2. Siap kena hantar ke rumah. Rezeki betul. Thank you @meng_aziyanah for the surprise. Bukan pula harijadi 😆😁 tapi hadiah tanda ingatan kunuk. Lamanya ndak dpt hadiah. Sukaaaa betul eh. Teringat musim kerja UMS dulu selalu terima hadiah2 walaupun kecil seperti pen cute, mousepad hello kitty la, mini stepler la. Best betul ❤❤❤. Bah korang kalo mau beli tupperware boleh cari ameng. Servis tiptop. Lajuuu. 

#tupperware #freezermatelarge 
#fits2wholechickensperfectly

Wednesday, June 24, 2020

Birthday Prezzie For My April Babies

Oleh kerana bingung tidak tau mau kasi apa untuk April babies tahun ini... so hadiah kali ni lebih kepada masak-masak 😆😆😆.  

So, here it is...  Si Donna aku belikan mixer sebab si Melterney cakap si Donna suka buat rangkaan untuk anaknya si Ompoyok.  Jadi sis beli mixer jenama KHIND.  Sis pun guna mixer yang sama almost 20 years sudah.  Bagus ni Mixer.  Harap-harap dia belum ada mixer la.  




Sekali dengan set baking tools yang comel ni sis kasi dia.  Yang ni beli di Shoppee.


Yang ni pula untuk si Zilla @ Jill.  Periuk color sweet pink.  Comel jer... yang ni pun sis beli dekat Shoppee juga.  Lambat sampai.  


Si Nana aku belikan periuk dari jenama Lock & Lock.  Good kualiti punya periuk.  Beli di Parkson.  Ngam-ngam ada offer.  If not harganya mencekik juga ni.


Itu saja la yang saya mau share untuk simpanan dan tatapanku 😄.


Saturday, June 20, 2020

MEO and Rice Cooker

Ceritanya bermula begini, si MEO whatsapp sama aku.  Dia cari rice cooker yang bentuknya begini.  Macam thermos flusk bah ni tapi yang boleh masak nasi la.  Aku tanya untuk apa.  Then dia bagi tau la dia mau bawa bekal ke ofis dan masak nasi sebab di ofis dorang tiada kantin.  So, aku bagi tau la aku ada mini rice cooker yang aku tidak guna.



So, this is my mini rice cooker yang jarang-jarang sekali digunakan.  Hanya dipakai sewaktu mau ke oversea sahaja.  Bought this in 2013 tru' Groupon jenama SuGoal.  Aku pernah blog kisah rice cooker ni sebelum ini. Since i have 3 mini rice cooker,  so yang ini aku mau wariskan kepada si MEO la.  Harap dia gunakan sepenuhnya la.  Sayang juga kan kalau barang yang jarang dipakai ni... lama-lama akan jadi buruk juga.



Nahhh...comel bah rice cooker ni.  Kecil.  Boleh masak nasi 1-2 pot.  Sesuai sangat la kalau si MEO mau guna untuk dia 1 orang di ofis.




Friday, February 20, 2015

Kisah Floral Vintage Dress dan Dinner Retro 60s PESETIA

Ingatkah postku yang sebelum ni pasal vintage dress tu? Baru-baru ni aku terjumpa baju lebih kurang  sama designnya berjual di Instagram.  Tengok ni.  Cantikkah?? Hihihi… merah lagi… betul-betul amoi la aku ni.  Suka betul warna merah.




Harga baju ni RM165.00 dengan postage.  Kira murah la dari harga di butik.  Yang di butik Suria Sabah tu jual RM389.00. Cuma masalahnya tak boleh try.  Itu saja keburukan baju online ni.  Harap-harap kualitinya ok sebab menurut penjual tu, baju ni from Korea and kualiti dijamin bagus.  Tak sama macam yang China punya.  Dress ni kena pre-order and  3 minggu baru sampai.  Lamanya kan.  Sabar ja la aku.  

Nasib baik baju tu bukan aku yang bayar ya.  Baju ditaja oleh my BFF - Salmah Arnie hadiah sempena belated birthday tahun lepas.  Hahaha… Betul-betul belated ohh!  Ndak sabar aku tunggu ni dress sampai bah.  Harap-harap la tidak mengecewakan.  Huhuu…

Oh ya! Ni dress aku kira mau pakai untuk acara/dinner sempena retro 60s kah ataupun high tea society.  Ngam ni. Tinggal cari aksesori saja.  Ndak  la aku pening tercari-cari dress lagi bila tiba masanya kan.   

Cerita pasal tema retro 60s, tak sempat aku blog kisah dinner PESETIA 2013 kami.   Kamu tengok gambar ja la ya.  Hihihi… 


Cukup retro tak mak??


 Me with bestie - natasha



Kalau ada sesiapa berminat nak beli baju yang mak pakai warna kuning ni… haa… boleh la hantar komen/email di ladyfamila@gmail.com.  Nanti mak terus reply cepat-cepat by whatsapp ok.  Kira baju preloved la bah ni. Baru pakai sekali jak.  Free size gitu… Tak payah susah-susah cari baju retro.


Monday, October 13, 2014

Maxis Trade In Offer - Samsung Galaxy S5

Sempena harijadi saya tahun ini, saya telah men-trade in kan handphone saya yang lama Samsung Galaxy S4 kepada S5!  So, ini la dia... tadaa... warna gold... cantek tak??


Dari dulu lagi saya memang pencinta handphone Samsung compare sama Iphone.  Ndak tau la kenapa. Aku rasa lagi mudah pakai Samsung dibandingkan dengan Iphone.  Tapi untuk PC/laptop saya memilih apple pula.  Hehehe... 

Maybe pasal iphone ni kecik.  Ndak sesuai dengan jari-jemariku yang mumuk ni.  Aku pernah sudah pakai iphone.  Dua kali aku ada iphone tapi memang aku tidak juga guna.  Samsung juga pilihan hatiku especially camera nya yang terangggg..... i like sangattt... Actually, aku ada 2 handphone.  Yang selalu aku gunakan ialah Samsung Note 3.  Sebab besar.  Kalau mau ber-whatsapp or mesej... ngam sama aku.  Yang S5 ni untuk handphone keduaku yang aku gunakan sekiranya Note3 ku abis bateri or untuk main games/browsing saja.


So, memandangkan Maxis ada promosi trade in handphone... akupun mengambil peluang ini.   




Handphone samsung S4ku di-trade in dengan harga RM650.  Saya kena tambah another  RM649 sebab harga handphone S5 yang dijual oleh Maxis adalah RM1299 dan disamping itu saya kena sign pakej Maxis ONE Plan - RM128 sebulan selama 2 tahun.  Kenapa saya ambil pakej ini? Sebab selama ni bil maxis yang saya bayar setiap bulan adalah berjumlah RM125-RM138 sebulan (dengan internet 3GB).  

Tetapi dengan pakej Maxis ONE Plan-RM128 sebulan, free to talk (limitless to all networks), free to text (limitless to all networks), free to surf (2GB only), aku rasa berbaloi.  Bayangkan aku boleh call siapa-siapa saja... ndak kira la di Tawau kah... KL kah... dan bercakap tanpa mengira limit masa (kecuali panggilan ke luar negara).  Wowww... i likeeee.... aku harap berbaloi sangat la plan yang aku pilih ni.  Jangan pula ada penyesalan di belakang hari.  Hehehe... (macam la aku ni kuat bertelefon kan...)




In the first place... why do you think i choose Maxis??? Sebabnya..... di rumahku hanya line Maxis saja yang line nya ok.  Kalau digi and celcom memang hancur. Terpaksa pigi ke depan pagar rumah baru boleh dapat line.  Huhuu... Itu la al-kisahnya.... kalau ikutkan hati... mau saja aku ambil tukar ke DIGI. Kan murrrr.... hehehe






Thursday, October 9, 2014

Kisah Periuk


Mesti kamu hairan kenapa aku ambil gambar periuk buruk ni kan? Hehehe… hari ni aku mau cerita pasal kisah periuk ini.  Periuk ini adalah merupakan pemberian daripada kawan-kawan ofis lamaku sempena harijadiku 14 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2000.  Kalau tidak silapku, memang aku sendiri yang request supaya aku dihadiahkan periuk memasak memandangkan time tu aku baru saja mendirikan rumahtangga.  So, kiranya this is my first periuk non-stick jenama apa ni ya… macam Vision kah.  Kalau tak silapku harga dalam sekitar RM80 dan dibeli di Parkson.  Dulu-dulu kutipan staff di Bendahari macam RM5.00 seorang dan staff Bendahari time tu pun masih sedikit.  Lama-lama… pandai up sudah bajet dorang pasal sudah lama kerja dan mungkin juga pasal dorang terlebih sayang sama aku kali.  Terasa diri ini begitu berharga…. toinkkk…

Jadi aku mau kasi tau kamu ni.  Kamu tingu bah ni rupa periuk.  Umur sudah 14 tahun.  Tapi sampai sekarang aku masih pakai walaupun kedua-dua telinganya telah putus tapi penutup kacanya pula masih dalam keadaan baik walaupun boleh dikatakan periuk ini mostly digunakan seharian memandangkan periuk ini adalah periuk kegemaranku disebabkan sizenya tak begitu besar dan tak begitu kecil… orang bilang… just nice la.  Boleh masak sup ikan, boleh juga masak ayam kicap.  Hehehe…

Actually, aku sudah tidak pakai ni periuk untuk masak masakan kami sejak 2 tahun lepas memandangkan keadaan dalam periuk sudah terkupas-kupas.  Hilang sudah non-stick nya ya. Sorry tak sempat ambil foto dalam periuk sebab ada ikan masih di dalam periuk.  Tetapi aku masih gunakan periuk ini untuk merebus ikan kucingku setiap hari!

Walaupun periuk ini sudah buruk, aku masih sayang dengannya.  Banyak juga kuali/periuk lain yang buruk yang aku sudah tidak gunakan dan telah dibuang.  Tetapi yang ini juga yang paling kena sayang.  Hahaha…. Begitu banyak jasanya kepadaku dan setiap kali aku tengok ni periuk aku mesti terkenangkan ianya adalah pemberian harijadiku dari kawan-kawan lamaku.  Kalau pun satu hari nanti aku mau buang, terpaksa la aku minta kebenaran dengan mereka terlebih dahulu.  Hahaha...

Aku ingin ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan ofis lamaku yang telah menyumbang membelikan aku periuk ini.  I love you all.  This post is dedicate to you all.  Kalau la aku masih ada di dalam CERMIN… memang aku akan post kisah periuk ini di dalam CERMIN.

Tq Zally, Saima, Muha, Bad, MEO, Kak Tipa, Inai, Kak Beth dan yang lain-lain…. i miss all of you.


Thursday, October 2, 2014

RM200+RM200=RM400

Happy nyaaaaa… sebab dapat cash money from Bad and Saima for my birthday prezzie.  Bulih laa bikin tambah-tambah beli tuuuttttt…. hehehe…  Hari tu si Ros kasih RM300, si Melania kasi RM150, Bad kasi RM200, Saima kasi RM200.  So total jadi RM850.00.  Sukanya… Thank you so much guys.  I luv u all...

 (From Bad)

(From Saima)

  Ada lagi kah yang mau kasi aku duit ya?  Hahaha…  dialu-alukan…

#modehappyandfeelingloved

Friday, November 29, 2013

My Birthday Prezzie 2013

Walaupun birthdayku sudah 2 bulan berlalu, aku masih mau post hadiah harijadi yang aku terima.  Almost setiap tahun aku akan blog hadiah-hadiah yang aku terima dari kawan-kawan rapat.  Aku suka masukkan gambar-gambar hadiah yang aku terima ke blogku pasal aku akan tengok semula for my remembrance.  Pada pendapatku hadiah harijadi tu tidak semestinya mahal... yang penting adalah keikhlasan dan tanda ingatan/kasih sayang kawan-kawan terhadapku.   Orang bilang... it's the thought that counts!

So, here it is... my birthday prezzie for the year 2013. 


From Ziela, Chris & Zeera


From Toucher 


From Natasha @ Nitot

From cousin Gee


From Terence.T (Pilihanku)


 From my niece, Carmila 
(This is my birthday wishlist)


From Zimah


From Ratiman

From Melterney (Ini pilihanku sendiri.  Pasal tidak tau mau beli apa. Hehehe)

From Saima & Roslinah
(Ini pun pilihanku sendiri. Main buyuk. Hehehe)


 From Cindy


From Hassanal (Siapa boleh teka apa isinya ni?)


From my blogger friend - Cath.J

So, from the voucher aku beli ini.  Lawa tak??


 From Nana & Yusri (Pilihanku)


Another Pandora Charm - from Yazmin


From Radi.  Ini pun kes main buyuk.  Ini jam aku beli di Dubai and claim balik duit dengan Radi.  Hahahaa... Pandai kan aku... tak payah dia pening kepala cari hadiah untuk aku yang cerewet ni. 

From Cdar - Thomas Sabo charm

 From Donna


Unexpected present from a new friend - Azizah.G


From Melania.  Paling menang dapat angpow. Lol.







Birthday card paling menang ini tahun.  Me... melting.  Huhuu.... I love you my friend



Another angpow from Mary.  Lol.

So, from the two angpows... i bought this charm from Thomas Sabo 

From Kak Ardizah.M


 Unexpected birthday prezzie from Ashniza.S

From Zura (Natasha's/Nitot's cousin)

Evening dress from BFF Salmah Arnie


Birthday gift paling menang - Samsung Galaxy Camera from BFF Aryati.  I don't expect she gave this to me as a birthday prezzie.  Selama ni cuma main-main mau minta belikan ni camera.  Hahaha... Mana sangka betul-betul dapat.  Memang rezeki la!

From my nephew Azzad (Ini memang my birthday wishlist)

Another instant camera from Chloe! Tapi yang ini jenis wide.  

Kesimpulannya saya dapat 3 biji kamera ini tahun.  Yahoooo.... Memang rezeki saya la. Hahaha... Saya juga boleh menghadiri dinner/party selepas ini sebab saya dapat evening dress with clutch and kasut... and also accessories... and make up/lipstick! Lol!

So, rasanya apa yang saya beli untuk diri saya sendiri ini tahun? Cuba teka???



?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Tadaa....


Ini saja laa...


NO BAG!!


HAPPY BIRTHDAY TO ME!