Showing posts with label Cool Gadget. Show all posts
Showing posts with label Cool Gadget. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

GoPro Hero4

Akhirnya ia milikku. Bukan calang-calang… yang latest… Hero4 lagi tu.  Jom pigi pulau yuk testing Gopro.  Hehehe...




#modesenanghati #imahappygirl #wishlistaccomplished

Friday, October 17, 2014

Cash RM1500

Alkisahnya...  aku dapat RM1500 tunai daripada kawan-kawan tersayangku sempena harijadi ku tahun ini.  Happynya aku....  Ros bagi RM300, Melania RM150, Muha RM200, Saima RM200, Zally RM200, Bad RM200, Radi & Esda bagi RM250.  So total ada RM1500. Yeayyy...


Ceritanya gini... dorang tidak tau mau kasi aku hadiah apa.  So, aku bagi tau la sebenarnya aku teringin sangat mau ada ni Gopro konok.  Tu la dorang kasi aku cash supaya aku boleh beli ni Gopro konon.



Hari tu ada la aku check di kedai harga Gopro HERO3 ni dalam RM1399.  Tapi sekali aku tengok offer di Groupon baru-baru ni... makkk aiii... lagi murah... start from RM799 bergantung dengan MP nya.  Paling mahal RM1199 (12MP).  Excited makkkk.... 





Tapi... bila fikir punya fikir... kes terlampau lama berfikir la bah ni...  macam aku rasa membazir pula kalau aku beli Gopro sebab aku ni jenis hangat-hangat taik ayam.  Nanti hujung-hujung aku ndak pun pakai ni benda tu kan.  Huhuu...

Lagi bukan apa... sebenarnya... ada orang pernah cakap sama aku konok... dia mau kasih hadiah aku ni Gopro... siap inbox sama aku dia booking mau kasih hadiah aku Gopro... toinkkkk.... siapa la tu ya... biar dia baca ni post... biar dia tersedak di situ.  2-3 kali cakap konok tapi tiada juga mau kasi... apa laa... poraaa.... cakap tidak serupa bikin.

Anyway.... aku sudah fikir-fikir... aku tidak akan beli ni Gopro kecuali la aku dapat free.  Free??? harap-harap dapat lucky draw la kali.  Itupun kalau ada.... Hahaha....

Aku masih lagi ni berfikir-fikir apa mau beli.  Kamurang ada suggestion kah???



Monday, October 13, 2014

Maxis Trade In Offer - Samsung Galaxy S5

Sempena harijadi saya tahun ini, saya telah men-trade in kan handphone saya yang lama Samsung Galaxy S4 kepada S5!  So, ini la dia... tadaa... warna gold... cantek tak??


Dari dulu lagi saya memang pencinta handphone Samsung compare sama Iphone.  Ndak tau la kenapa. Aku rasa lagi mudah pakai Samsung dibandingkan dengan Iphone.  Tapi untuk PC/laptop saya memilih apple pula.  Hehehe... 

Maybe pasal iphone ni kecik.  Ndak sesuai dengan jari-jemariku yang mumuk ni.  Aku pernah sudah pakai iphone.  Dua kali aku ada iphone tapi memang aku tidak juga guna.  Samsung juga pilihan hatiku especially camera nya yang terangggg..... i like sangattt... Actually, aku ada 2 handphone.  Yang selalu aku gunakan ialah Samsung Note 3.  Sebab besar.  Kalau mau ber-whatsapp or mesej... ngam sama aku.  Yang S5 ni untuk handphone keduaku yang aku gunakan sekiranya Note3 ku abis bateri or untuk main games/browsing saja.


So, memandangkan Maxis ada promosi trade in handphone... akupun mengambil peluang ini.   




Handphone samsung S4ku di-trade in dengan harga RM650.  Saya kena tambah another  RM649 sebab harga handphone S5 yang dijual oleh Maxis adalah RM1299 dan disamping itu saya kena sign pakej Maxis ONE Plan - RM128 sebulan selama 2 tahun.  Kenapa saya ambil pakej ini? Sebab selama ni bil maxis yang saya bayar setiap bulan adalah berjumlah RM125-RM138 sebulan (dengan internet 3GB).  

Tetapi dengan pakej Maxis ONE Plan-RM128 sebulan, free to talk (limitless to all networks), free to text (limitless to all networks), free to surf (2GB only), aku rasa berbaloi.  Bayangkan aku boleh call siapa-siapa saja... ndak kira la di Tawau kah... KL kah... dan bercakap tanpa mengira limit masa (kecuali panggilan ke luar negara).  Wowww... i likeeee.... aku harap berbaloi sangat la plan yang aku pilih ni.  Jangan pula ada penyesalan di belakang hari.  Hehehe... (macam la aku ni kuat bertelefon kan...)




In the first place... why do you think i choose Maxis??? Sebabnya..... di rumahku hanya line Maxis saja yang line nya ok.  Kalau digi and celcom memang hancur. Terpaksa pigi ke depan pagar rumah baru boleh dapat line.  Huhuu... Itu la al-kisahnya.... kalau ikutkan hati... mau saja aku ambil tukar ke DIGI. Kan murrrr.... hehehe






Friday, November 22, 2013

Evatronik Robot Vacuum Cleaner

Aku ni ndak sabar.  Hari tu aku ada beli robot vacuum cleaner di Groupon.  Dijangka deliver dalam bulan 12 ni.  Kira mau blog pasal ni lepas terima barang.  Tapi aku ndak sabar juga mau blog.  Kamu pernah kah beli atau guna ni robot vacuum?  Aku tau ada banyak jenama robot vacuum berjual di pasaran sekarang ni.  Hari tu aku pernah tengok dekat 1Utama.  Terperanjat aku harga robot vacuum tu RM4ribu lebih ya.   Ndak sanggup aku beli kalau harga begitu.



So, ni aku mau kasi tau la... aku nampak ni robot vacuum ada jual di Groupon hari tu.  Harga dijual RM369.  You save RM730.00.  Maksudnya kalau tidak harganya dalam 1k juga tu.  Jenama nya Evatronic.

Sebelum aku beli ni robot vacuum, aku tengok iklannya di youtube macam best bah. Aku beli ni robot vacuum sebenarnya untuk letak di bilik tidurku.  Pasal malas bah aku tengok rambut gugur di atas lantai.  Sekurang-kurangnya kalau ada robot ni, biar la dia yang bekerja sambil-sambil tu aku boleh tengok tv ataupun kasi kering rambutku kan.   Selepas tengok ni youtube kan ndak sabar aku mau tunggu robotku sampai bah.  Harap-harap berbaloi la aku beli.  Nanti la kalau robot ni sudah sampai... aku sudah try guna... and ada masa, baru aku akan blog ya.






Product specifications and features
  • Model: Evatronic-K6
  • Dimension: 25cm (W) x 25cm (L) x 7.5cm (H)
  • Colour: cyan
  • Weight: 2kg
  • Dustbin capacity: 0.2L
  • Material: plastic
  • Operation time: Up to 55 minutes
  • Charge time: approx. 3 to 4 hours
  • Washable dustbin
  • Cleans most surfaces including carpet, hardwood, tile, and linoleum
  • Scheduling function: pre-set intelligent vacuum cleaner to start-up automatically
  • Intelligent Suction Adjustment for thorough cleaning and saves 30% of power
  • Cliff Sensor allows vacuum cleaners to avoid stairs and other drop-offs
  • Soft bumper protects vacuum cleaners and nearby furniture in case of contact
  • Indicator for full dustbin
  • Manufacturing warranty:
    - 6-month warranty for unit
    - 3-month warranty for battery


Package includes
  • 1 x vacuum cleaner
  • 1 x left side brush
  • 1 x right side brush
  • 1 x dustbin filter
  • 3 x dusting paper
  • 1 x dusting paper holder
  • 1 x rechargeable battery
  • 1 x power adaptor
  • 1 x user manual



Friday, June 7, 2013

Casing Bling Bling for Samsung Galaxy Note 1 (7000)

Preloved Casing Bling Bling for Samsung Galaxy Note 1 (7000)  for sale

RM100 only



Dijual kerana saya telah menukar handphone ke Note 2.  Casing ini sangat jarang saya gunakan.   Kondisi masi elok lagi.  Cuma ada beberapa biji crystal tertanggal tetapi saya boleh bawa ke kedai untuk dipasang semula sekiranya ada yang berminat untuk membeli.  Harga asal RM199.00.  Jika berminat sila hubungi saya di FB or hantar email ke ladyfamila@gmail.com.  Harga tidak termasuk postage.  For serious buyer only.



Wednesday, April 11, 2012

My Big Apple!

Setelah bersabar selama 3 minggu menunggu stok iMac dari MacBorneo... akhirnya sampai juga big appleku. Huhuuu... I'm so happy!!

Sebenarnya lama sudah aku mau beli bah ni. Mula-mula aku mau beli yang size 27 inch. Sekali aku pigi tengok punya la basar.... gilak eh. Ku pikir-pikir kalau beli yang 27 inch tu macam meningu tv la pulak. Sedangkan bila ku compare dengan yang 21.5 inch ni pun sudah cukup besar bagiku. Ya laa... selama ni di ofis pun pakai pc yang 17 inch jak.



So, akhirnya aku beli la yang 21.5 inch ni. Apa keistimewaannya? Selain keyboard dan mousenya wireless, aku suka sebab design imac ni memang lawa dari PC biasa dan gambar di skrinnya terang sebab LED kan. Lagipun siapa-siapa yang sudah pernah pakai product Apple biasanya tetap akan suka dan puas hati la dengan iMac ni. Untuk keterangan selanjutnya kalau mau tau dia punya spesifikasi boleh layari laman web apple. Sekiranya anda berminat untuk membeli atau mau minta penerangan yang lebih lanjut pasal iMac ni boleh cari si Imelda di MacBorneo di Karamunsing Kompleks. Orangnya sangat baik dan friendly.

Untuk makluman, big appleku ni la yang bakal jadi temanku sepanjang aku cuti satu tahun nanti ;)



Besar dan smart kan kotaknya. Hehehe...

KESIMPULANNYA... AKU PUAS HATI DENGAN PEMBELIANKU HARI NI :)
SANGAT BERBALOI!!



Monday, January 30, 2012

Galaxy Note

Yahoooo.... yeayyy... rupanya berjaya juga aku mem-blog dari handphone. Hahaha... Nie kali la...


Nah.... ni la ni... akhirnya aku trade in my handphone S2 ke Galaxy Note. Akhirnya... Untuk makluman, semalam punya post tu aku guna handphone ni jak. Aku donwload program BLOGGER DROID (khas untuk android phone) and... nehh.... terus-terus boleh publish blog kunuk. Bagus kan. Sanggih oohh... Senang la aku mau memblog ni ertinya. (Harap-harap)



Seperti yang aku cakap sebelum ni. Actually tidak banyak perbezaan di antara S2 dan Note kecuali dari segi HARGA... Of course la Note lebih expensive. Selain itu, cameranya bah yang paling aku suka tu..... terang bah... dan jelas dan besar. Memang puas hati la. So far aku tidak banyak masalah guna ni handphone sebab aku memang pencinta Samsung Galaxy. Love-love-love...


Anyway, kita tunggu la ya my post yang akan datang ni. Mau cerita pasal my trip ke Taiwan. Huhh... don't know where to start! Till we meet again! Adios!



Sunday, January 29, 2012

Testing Galaxy Note


Testing 1 2 3. Aku pakai handphone baru untuk memblog sekarang ni. Aku akan post dan kita tengok apa kejadiannya. Ok.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 12, 2012

Samsung


Presenting you my new phone....



Slim and blinggg like me juga.  Hehehe... Bukan juga la bah baru betul.  Hujung bulan November tu aku beli.  Aku beli ni phone pasal lakiku pakai ni phone sebelum aku ya.  Aku tingu dia pakai macam best dan dia balik-balik kasih jeles aku.  Jadi akhirnya.... nahhh... aku pun MINTA BELI LA!  Jadi akhirnya handphone kami sama... colournya pun sama. Warna putih. Hahaha... Jadi kalau bunyi biar tersalah angkat.  Hahahaa...

I like this phone ohh! Cameranya punya terang gilakkk.... videonya lagi la mantap! Setakat ni semua gambar-gambar yang aku post dalam blog ataupun FB semuanya guna camera S2 or Samsung Tabku. 

Aku ni memang pencinta samsung.  Jadi aku memang sokong 100 peratus kalau ada orang mau beli ni handphone.  Betul-betul bagus bah.  Tidak menyesal punya. Lagipun kalau mau download games/application semua free.  Kalau mau tau lebih lanjut pasal dia punya feature... kamu click sini ---->  Samsung S2 features

Yang ni aku punya samsung Tab yang lama.  Walaupun aku sudah ada S2, aku tetap masih sayang dengan Tab lama nie walaupun ada lagi model baru di pasaran.  Endukkk... cian tab buruk ku nie.  Nasib aku chantek di gambar tu.  Jadi ndak jua ketara buruk tu tab. Hahahahahahahahaha... (sila pigi jamban kalau mau muntah ya).



Yang ni Samsung Galaxy Tab 10.1 lakiku belikan untuk aku. Hihihi... kan masa harijadi ku bulan September 2011 tu aku jatuh sakit sampai kena admitted di hospital.  Jadi ni macam hadiah Get Well Soon la bah ni.  Lucu jugak lakiku nie.  Sebenarnya aku rasa lakiku beli ni pasal dia yang suka tapi oleh sebab dia sudah terbeli ipad2, jadi dia belikan aku ni sedangkan aku cakap aku masih pakai tu Tab lama.  Tu tab lama senang bah mau dibawa ke mana-mana pasal kecik dan boleh masuk dalam handbag.  Jadi aku jarang la guna ni 10.1 kecuali time di rumah.


Nahhhh.... last-last tu... bertukar bah kami.  Dia pakai ni samsung dan dia kasih aku dia punya ipad2.  Hahaha...  Tingu ni.  Siap pakai baju oren lagi tu.  Padahal bajunya yang sebelum ni colour pink.  (Uisehh... bergaya bah lakiku ni sekarang.  Pandai sudah dia ber-internet. Jadi 10.1 nya ni sentiasa bertukar-tukar bajunya.)


Yaaaa.... mentang-mentang dia pandai sudah guna internet kan... yang bikin panas dan minta pujinya tu kan..... dia telah trade in S2 nya ya.  Padahal dia baru beli S2 tu bulan November 2011.  Bayangkan tidak sampai 1 bulan setengah... my hubby telah tukar handphone S2 nya! Teka dia trade in pigi handphone apa??


?????????????????????????????
???????????????????????????
?????????????????????????
???????????????????????
?????????????????????
???????????????????
?????????????????
???????????????
?????????????
???????????
?????????
???????
?????
???
?

Huhhhhh!!!! Samsung Galaxy NOTE!!!!!

HADUIIII... BIKIN PANAS DAN BIKIN JELESSSSS!!!  Sudah tu S2 nya kena ambil oleh tu kedai dengan harga rendah.  Ini boss aaarr... ndak lagi pandai runding sama bininya bah mau mengasi tau tukar phone.  Kalau ndak.... boleh la aku tolong jual di luar bah.  Aduiii... betul-betul bikin panas ooh!  Tapi apa boleh buat... nasi sudah jadi bubur.  Kena la terima hakikat tu.  Untuk memujuk aku, sanggup disuruhnya aku tukar handphoneku jugak.  Hahaha... Tau kah kenapa?? Pasal dia mau colour hitam.  Maksudnya kalau aku betul-betul mau tukar phone, dia suruh aku ambik NOTE nya yang putih ni dan dia beli yang baru colour hitam.   Sakitnya hatikuuuuu.... Aku cakap sama dia... kalau aku mau tukar pun, aku tetap ambik yang colour putih.  Biar ko sana.  Jahatkah aku???  Ahhhh biar laa kamu cakap aku jahat.



Actually perbezaan Note & S2 tak banyak beza pun.  Cuma dari segi size, camera NOTE ada terang sikit dan NOTE ada pen untuk tulis-tulis.  Aku belum pernah try lagi pen nya tu.  Belum ada masa.  Sesiapa yang pencinta samsung tu, i gerenti mesti love this Note.  Jadi, aku masih dalam dilema ni sama ada mau menerima offer lakiku kah untuk menukar S2 kepada Note. Hmmm.... sebenarnya belum puas lagi aku guna S2.  Tapi itu note macam best pasal lebar sikit/puas hati dan mata tengok itu screen.  Hihihi... What say you all? Ada tak yang berminat mau beli my S2? I beli tu S2 dengan harga RM1999 dan baru guna tak sampai 1 bulan setengah rasanya.


Monday, July 25, 2011

Akhirnya....


Malam ni baru la aku dapat mem-blog dengan aman dan tenangnya setelah internet di rumahku kena pasang. Itupun lebih seminggu baru kena pasang.  Yang aku heran tu, dorang siap tukar router aku. Macam kiranya register baru la bah internet di rumahku ni.  Bagus-bagus aku punya router yang sebelum ni jenama Belkin dorang tukar pigi Innacomm.  Entah baguskah tidak tu oooh??? Tau laa kan... biasa kalau barang free ni selalunya cepat hangkang! Believe it or not? sepanjang aku pasang internet di rumahku ni... 4 kali sudah routerku bertukar! Pasal kena sambar kilat konok bah. Macam-macam jugak.  Apapun, aku mau ucap terima kasih la kepada pihak Telekom kerana telah menyambung perkhidmatan streamyx ku.  Tapi aku masih marah aah... pasal internetmu slowwww walaupun aku bayar RM100++ per month.  Blueeekkk!

Sunday, March 20, 2011

Samsung Galaxy

Ini bukan laa cerita baru... tapi memandangkan aku ni sudah lama tidak update blog,  jadi kasi chan la bah aku mau cerita pasal my cool gadget yang bernama SAMSUNG GALAXY. Actually, masa birthday my hubby on December last year, dia minta belikan aku ipad.  Uisehh... mau ipad kunuk... hehehehe... Kebetulan my friend si Zally telah membeli dan menunjukkan dia punya Samsung tablet ni, lantas aku pun terpikat dan jatuh chenta.  Pikir punya pikir, bagus aku belikan lakiku Galaxy daripada ipad.  Kerana.... aku ada 4 sebab... iaitu:

1.   Sizenya lebih kecil dibandingkan dengan ipad (namanya pun tablet).  Boleh masuk dalam handbagku.

2.  Pasal ada camera... siap boleh buat video call and i can take photo and immediately upload dalam facebook.  Hihihi... itu yang best tu.

3.  Ianya juga berfungsi sebagai handphone okay... but bukan la kita guna macam guna phone biasa. Boleh pakai earphone (kalau tak mau perbualan didengar oleh orang) dan boleh juga loud speaker.  

4.  Dan sebab yang ke-4 ialah.... Hujung minggu boleh jadi milikku - KEGUNAAN BERSAMA laa katakan... hahahaha... kalau aku pigi salon, aku boleh guna.


Nah... here is what CHLEO says about this cool gadget... please take a look.


And guess what? Setelah aku beli ni tablet, my hubby komplen! Dia cakap terlampau kecik la pulak.  He still want the ipad :(.  Matanya tidak nampak kunuk padahal tu tulisan boleh kasi zoom bah macam ipad jugak.  Sama juga fungsinya macam ipad.  Alasan jak bah tu padahal ndak pandai guna bah tu.  Hohoho...  Jahatnya aku... Hahaha... (To my hubby: "Maafkan binimu ni lai... hehehe.... harap-harap CIMB kasi free ipad la next month ya")

And.... finally, this tablet is belong to me, myself & I.  So, baju hitam terpaksalah dibuka dan ditukar dengan baju pink.  



And what say you about this baju pink??? nice tak? Ngam dengan orang nya kan.  Hihihi...

Tuesday, May 18, 2010

Red Lumix

Guess what?? Aku telah terbeli camera baru.... Sebenarnya memang aku berniat mo beli camera compact yang baru untuk dibawa pergi bercuti hujung bulan ni... (yeayyyy.... i'm soooo sexcited... i am counting the days.....)  So dijadikan cerita.... setelah terlalu lama setia pada si Canon aku telah berlaku curang terhadap Canon.  Ni kali.... laaa....

Dan... akhirnyaaa..... aku telah terbeli.......... si Red Lumix ini.....


Konok camera Lumix ni tengah hot di pasaran sekarang ni.... iklan sana sini... Jadi, mau juga menerai jenama ni.  Actually Lumix ni brand Panasonic bah ni... So, aku telah ambik keputusan beli model ZS7/TZ10 kerana berkenan dengan specnya.  

Actually mula-mula tu aku macam mau beli model LX3... tapi LX3 ni macam gabak sikit bah. Sedangkan aku suka yang kecik supaya bulih masuk dalam beg damit especially beg dinner tu... ehem-ehem... i'm talking about Baby "C" here... hehehe....

So, mari kita tengok hasil tangkapan gambarku yang tidak pro ni... dengan menggunakan Red Lumix tu... ermm.....

click the photo to enlarge...
ok juga la kan... terang.....time siang kan... ok la... banyak cahaya...

Mari kita zoom pulak... ok kah ni???


Ni yang mengecewakan....sekejap ok... sekejap gelap... sekejap blurrr... sekejap bergegar (sedangkan spec nya bilang anti gegaran)... i don't know what to say.... what say you??? May be aku kah yang tidak pandai adjust setting camera kah??? lu pikir la sendiri... aduiii... 


Sunday, May 9, 2010

Posh Sister

Chantek kah beg make up ku ni??? Ini beg make up sudah lama dibeli time aku pg Hong Kong bulan February 2010 tu.  Tapi ndak kena post la pulak.  Namanya POSH. Aku beli dua.  Satu colour pink dan another one is purple... yang purple aku bagi dengan Chloe since dia sangat baik dan sayang sama aku.  Huhuuu....  

Teka... Kenapa hari ni tiba-tiba aku mau post gambar beg make up ni????



Keranaaaaaa.............

??????
??????
??????
??????
??????
??????
??????
??????
??????
??????


saya jumpa ini..... adik si Posh... hihihi....


Sarung handphone....  baru beli tadi ni.  
Sedondon kan dengan beg make up ku yang di atas tu... huhuuu....  
I LIKEEE...

Thursday, February 18, 2010

Bling Bling Iphone Casing

Now aku tidak perlu lekat sticker bling-bling di badan iphone.  Kalau lekat tentu kotor kan. Sekarang sudah ada jual di pasaran tu casing bling-bling yang sedia terlekat bling-blingnya. Aku beli ni casing  di HK dengan harga HK68 @ lebih kurang RM32++ gitu la.  Quite cheap. Ada pelbagai corak dan colour pulak tu. Hari tu aku jumpa casing ni jual di Luyang KK.  Butik tu jual dengan harga RM120.  OMG!! Ermm tapi lama sudah laa... 2-3 bulan yang lepas.  May be now sudah murah.  Ada juga jual yang original crystal... tapi jangan cerita la dia punya harga aar... ada sampai ribu oh!!! 





Thursday, January 21, 2010

Meet Baby Pinky

Presenting you all, my 2nd laptop.... Sony VAIO W Series - 10.1" Mini Notebook.   Sebenarnya.... aku beli ni laptop time awal bulan December 2009 tu lagi... cuma tiada masa mau update dalam blog.   So, ini la dia adik kepada si Pinky Mac....  

Say hello to.....  Baby Pinky. 



Very nice and gorgeous kan.... pink lagi tu... Kecik bah ni laptop sebenarnya.  Namanya pun sudah MINI notebook... hehehe.... Kiranya keluaran VAIO ni laptop adalah yang nombor 2 kecik selepas P-Series (yang 8" tu).  Ringan lagi tu.  Beratnya dalam 1kg kot... yang bestnya boleh disimpan dalam handbag dan senang dibawa ke mana-mana contoh pigi salun kah and travelling.... Memang aku beli ni khas untuk travelling pun... Khas dibawa time bercuti ke HK masa bulan December tu. Cakap pasal HK... oopss... belum sempat update kisah HK... lepas ni la ya... harap peminat masih boleh bersabar. Hehehe...


Sunday, October 4, 2009

Cover N97

Cukup bling kah ni???

Monday, September 14, 2009

Nokia N Series

Psst!! Ada orang kena belikan handphone baru la.  Hehehe...Sempena hari yang berbahagia - our 9th wedding anniversary... my hubby telah hadiahkan aku handphone Nokia N97. Tak tau la ni handphone baguskah tidak. Tapi kalo N Series kunuk yang ni la yang the latest.  Belum lagi aku surf featuresnya secara mendalam. Cuma bulih touch screen la. Camera 5 mega pixel. Kalo mo tau lebih lanjut pasal ni phone, sila layari website Nokia. So, dijadikan cerita... my handphone lama N95 telahpun ditrade-in kan dengan harga RM450.00 setelah 2 tahun pakai. Sedihnya... tapi... ok jugak la pasal dapat yang baru. Hohoho...

Nah... ni laa rupa handphone tu. (Wallpaperku - muka si Kelabu. Ohh... how i missed my Kelabu. Sudah 1 bulan lebih dia tak balik rumah.  Harap-harap Raya ni dia balik la. Huhuhu...)


Yang ni pulak laki aku punya. Ya. Dia pun tukar handphone ya. Mintak puji bah laki aku ni. Ceritanya konok dia mau bagi aku prezzie tapi bulih-bulih time aku busy menawar harga handphone, dia la pulak yang deluan membeli handphone di sebelah aku. Dia beli Nokia N86. Aku tingu lebih kurang jak featuresnya dengan handphonenya yang sebelum ni - N96. Cuma yang N86 ni cameranya 8 mega pixel.  So, hubby trade in handphonenya untuk dapatkan ni N86 ni tanpa minta pandangan bininya. Geram aku. Lepas tu nanti pulang rumah baru menyesal sebab tak reti guna.  Selalu begitu.

Haa, ni gambar kotak N86 tu. Tak sempat ambik gambar handphone tu pasal masa aku memblog ni hubby tiada di rumah.



Tuesday, September 8, 2009

Celcom Broadband

Oleh kerana line streamyx di rumah selalu ada problem, maka aku bercadang mo pakai broadband.  Kunuk mo cerai sudah dengan Streamyx la ni.  

So, tanpa pikir panjang, aku telah pilih CELCOM Broadband.  Aku beli ni benda dengan harga RM249.00 dan sewa bulanannya RM68.00 tapi untuk sewa bulanan pertamanya (for bulan September 2009) ni adalah free.  Maknanya aku akan mula start bayar sewa bulanan pada bulan Oktober 2009.



Dengan harga RM249 tu juga, aku dapat barangan percuma iaitu merupakan sebuah camera jenis dulu2 (yang main putar).  I wonder masih ada kah orang pakai camera begini lagi ni???


Sekalinya.... punya laa aku sakit hati lepas beli ni broadband..... teka apa terjadi??? Jadi BroadBADDDDD....  Mau tengok blog pun slow. Buka FB lagi laa dasyat. Tak keluar apa pun. Yahoo Messenger pun tak boleh connect.  Sakitttttttttttnyaaaa bah hati aku ni.......... setannnnnnn..... Aku rasa masalah ni berpunca di tempat tinggal aku ni.  Celcom line tak brapa bagus di area rumahku ni. Pasal bila aku try di ofis tadi petang ok la pulak. Aduiiii.... apa laa nasib badan.... hmmm.... sabar ja la aku. 


Sunday, March 15, 2009

My Weekend Project

Tadaa.... 


Akhirnya siap jugak projek aku ni... amacam?stunning kah? Hehehe...

Sunday, February 1, 2009

Casing for Pinky


Nah... sikit aku terlupsss.... ini pun aku beli di HK.... Cute kan... Sesuai untuk si Pinky. Kalo ampai si Pinky dalam beg tanpa baju takut diamondnya tercabut la pulak.