Bolehkah aku post aku sakit hati? Tapi aku memang sudah ter-post pun. Apa boleh buat la ya. Aku sakit hati betul sama maid baru ku bah. Stress mak... stresssss tahap gaban macam aku mau teriakkkkk saja..... Ini maid baru kerja sama kami selama 2 minggu. Aku tengok dalam tempoh 2 minggu ni tiada perubahan langsung. Bikin sakit hati ada laa... Umur my maid ni baru 17 tahun. Sweet 17 la katakan... so masih budak-budak lagi. Fikiran masih belum stabil. Belum reti mau buat kerja betul-betul. Kalau kerja sambil lewa dan macam main-main. Asyik terperuk di bilik tengok tv sambil baring-baring. Katilnya masih kusut masai tak berkemas. Aduhaiii... Kalau dipanggil keluar untuk bekerja, dia tak pandai off lampu, kipas dan tv. Beberapa kali sudah aku tegur masih tak makan saman. Aku tak tau la nak buat camana. Cara dia kerja... menghampehhhhkan... Kalau sapu lantai, dia tak akan kasi lari tu karpet/lap kaki. Ibaratnya, kalau ada ular depan mata pun dia tak peduli. Banyak lagi aku mau cakap pasal ni amah tapi aku kelamkabut ni. Sebab aku nak keluar pigi interview amah baru. Kebetulan ada amah timur yang cari kerja juga ni. So, wish me luck!
Showing posts with label MyAmah. Show all posts
Showing posts with label MyAmah. Show all posts
Tuesday, November 18, 2014
Wednesday, September 3, 2014
Ignored
Tiba-tiba i feel like blogging again. Begitu lama aku senyap kan. Macam banyak bah yang aku mau cerita di blog ni… yang aku mau luahkan perasaanku di blog ni. May be pasal aku terasa kesunyian lately sampaikan aku terasa tiada kawan untuk luahkan perasaanku. I hate being alone and lonely. Bila aku saturang di rumah… terasa sunyi betul… tiada kawan… lain la kalau dulu ada si Nor (my maid)… ada juga kawan bercerita… makan-makan… tempat bermanja… minta bikin rambut…minta jahit baju… minta masak…. membungkar almari… main mekap-mekap… bergosip… sekarang bila si Nor sudah tiada… alahaiii…. semua pun aku kena buat sendiri. Now i miss my Nor. Huhuu… Aduhh sedihnya… sedihnya bila keseorangan di rumah… sudah la my hubby selalu outstation. Kesian aku…. terpaksa makan maggie sorang-sorang.
Tiba-tiba aku terasa… macam ada perasaan menyesal sebab berenti kerja. Huwargggghhh…. tapi aku tak mau la cakap menyesal…. Kalau dulu di ofis… sentiasa busy… and dikelilingi oleh kawan-kawan. Walaupun tak rapat sangat sama kawan ofis kita… tapi at least masih boleh bercakap… bersapa dan bercerita… well maklumlaa… ofisku tu dikira "one stop centre". Tempat memfaks di situ. So, sesiapa yang mau memfaks akan bergosip/meluahkan perasaan di bilikku. Huhuu… betapa rindunya aku dengan ofis lamaku dengan mukaku yang marung-marung tension dan melayani karenah orang ofis/luar. Kalau dulu di ofis lama… ketika aku sedang marah/no mood… mesti ada kawan-kawan yang akan duduk depan aku dan mendengar keluhan perasaanku. Bila aku sudah tidak kerja… tiba-tiba aku terasa kehilangan semua kawan-kawanku. Perasaan ini lagi terasa bila mana aku kena serang sakit gastrik yang aku rasa berpunca dari stress. Terasa sangat-sangat aku…. bila mana aku perlukan kawan-kawan di sekelilingku untuk bagi moral support to me..… kawan pula not around… as everybody also busy with their life. Terasa betul aku tidak kena peduli bah… Huks huks huks…. Manja kan aku?? Well…. begitu la bah tu… as my mummy always said… aku ni mati kalau tiada kawan. Hahaha….
"Some people hurt by words…... and some by action…. and some by silence…. but the biggest hurt I believe is that someone ignoring you when you value them more than anything else"
Betul tidak ayat di atas tu?? Nah begitu la bah yang aku terasa tu… as i always value a true friendship. I feel ignored :(
#feelingignored
Labels:
BFF,
Bla-Bla-Bla,
Life,
MyAmah,
oh my amah,
ohwhatafeeling,
Opis
Sunday, December 16, 2012
Cendawan Sos Tiram Berlada
Kamu sukakah makan cendawan? Nah... kalau kamu suka... bagus kamu try ini masakan. Ini masakan kira paling simple tapi sedap. Aku nampak ni resepi di Majalah Nona. Ngam-ngam ada macikku di rumah jadi aku minta tolong dia masak la. Senang saja masak ni. Tengok resepinya ya. Aku ni tak lokek ilmu. Hehehe...
Bahan-Bahan:
* Pelbagai jenis cendawan (Aku guna 2 jenis cendawan. Suka kamu la mau guna cendawan macam mana ya)
* Lada Bengal Hijau }
* Lada Bengal Merah } Ikut suka hati kamu mau brapa banyak. Agak-agak la.
* Lada Bengal Kuning }
* Seleri (Kalau tak mau letak seleri pun ok)
* Kacang Gajus
* Sos Tiram
* 3 hiris halia
* Minyak Bijan (Untuk menumis)
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dengan minyak bijan dan tumis halia
2. Masukkan cendawan, lada bengal, seleri dan sos tiram
3. Masukkan kacang gajus
4. Sedia untuk dihidang
Nah... senang jak kan. Bagus kamu try. Sedap ni. Dua kali sudah aku makan ni. Yang kedua kali tu aku minta amahku yang masak. Pandai dia masak. Sedappp ooo.... Lebih sedap dari macikku masak ooo... Talking about amah... lupa aku mau introduce kamu amah baruku kan. Hehehe... Nama amahku yang baru ialah "NOOR". FYI, dia ni kakak kepada si Milah. Si Milah sudah berenti kerja dan balik kampung for good sejak bulan Ogos tu. Itu saja laa yang aku mau share hari ini.
Selamat mencoba.....
Subscribe to:
Posts (Atom)




