Tuesday, July 31, 2012

Zakat Fitrah


PENGUMUMAN 





 Jangan lupa menunaikan kewajipan kita untuk membayar zakat fitrah ya kawan-kawan :)


Monday, July 30, 2012

Anugerah

Pssst!! Aku dapat anugerah baru-baru ni.  Hehehe... tapi bukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Cuba teka aku dapat anugerah apa????


?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Tadaaa.....



Kah kah kah kah kah.... rupa-rupanya.... Anugerah Paling Banyak Update Status Facebook!! Hahahaha.... Paling manang!! Cuba korang try la pulak bah.  Click tu link di bawah ni.

https://www.facebook.com/MalaysiaNetworks?sk=app_368863736519712

Saturday, July 28, 2012

Tulle/Tutu Skirt

Aku minat sangat sama tulle/tutu skirt kah ni yang kamu panggil ni? Alaa... skirt yang bertingkat-tingkat tu la.   Well, tidak semua orang ngam pakai skirt bertingkat kan.  Sebab kadang ada orang akan nampak gemuk/lebar/pindik bila pakai skirt bertingkat ni.  Tapi kalau aku yang pakai.... aku terasa semakin tinggi la pulak.  Hahaha... thats why i likeeee... Boleh nampak yang aku sangattttt minat dan teruja sama skirt tulle/tutu.  Tengok jak gambar-gambar di bawah ni.

Setiap kali aku pakai ini skirt, mesti ada orang akan puji baju/skirt aku tau.  Hihihi... Padahal aku pakai tu skirt  kasi mix and match jak.  Kalau kamu mau tau... aku beli skirt hitam readymade ni di sanaaa butik Mimpikita.  Lama bah sudah... last year lagi.  First time aku nampak tu skirt aku terus jatuh chenta ya.  Hehehe...  Ngam-ngam tinggal satu jak tu skirt jadi aku terus beli la.  Dengan skirt tu... macam-macam style baju aku boleh kasi match.


Seperti ini... Yang ni aku kasi match dengan blouse Rizman.R.  Chantek kah aku? Hihihi... Ini ketika aku sedang menghadiri majlis fashion show by JKhan & RJ Couture Edge of Season.


Yang ni aku kasih match dengan baju kurung moden pendek bewarna pink.  Yang ni ketika aku sedang menghadiri majlis perkahwinan anak buah.  Macam ala-ala penyanyi/penari mexico la pulak aku. Toinkkk...

 


Yang ni pulak aku match kan dengan tube sequin bling-bling.  Gambar ini diambil ketika sedang menghadiri Majlis Makan Malam Art Style & Beauty Activist Association (ASBA) yang bertemakan Glamorous & Glitter.




Selain itu, skirt ini jugak boleh dikasi match dengan kebaya pendek seperti yang diperagakan oleh si Pecinta Ungu (baju hitam) ketika mengikuti pertandingan Ratu Kebaya bulan Mei 2012 lepas.  Ngam dan match jugak kan?  Nah... tidak rugi aku beli tu skirt kan.  Macam-macam style boleh dipakai.  Nampak elegant dan mesti orang akan puji skirt tu.  Dorang pikir aku bikin tu skirt.  Padahal readymade jak.  Hihihi...


Yang ni pulak skirtnya aku main buat.  Aku minta tailor yang tolong jahitkan untuk aku.  Terima kasih kepada si Puteri Epal Merah Jambu kerana memberi idea untuk membuat ni skirt.  Pssttt... anggun kan aku berkebaya pink.  Sila jangan muntah ya. Hahahahaha....



Yang ni pun kira skirt tutu yang pendek la kan.  Yang ni ketika aku sedang menghadiri Masquerade Nite.  Aku jadi si pari-pari Tinkerbelle kunuk. 

Nahhh yang ni apa pulak?? Haa.... yang ni ketika sedang menghadiri Majlis Appresiasi Private Line Hyatt yang bertemakan Olympic Nite konok.  Jadi konok aku ni jadi pemain tenis la konok.  Hahaha.......... main tenis pun ada hati mau pakai skirt tutu pindik!!  Warna pink lagi tu! Lawa laa.... 



Sekian, just for sharing my minat terhadap tutu skirt....

Friday, July 27, 2012

It's a boy!

Hari ni 27 Julai 2012, ada 2 orang kawanku telah melahirkan baby boy!


Congratulations to Saidah Abd. Salam 
on your new born baby boy!

Muhammad Affan Azfar Bin Mohd Afiq



and not forgetting to Sharron Lydia Chia
(belum tau lagi apa nama baby boy nya ni)


Wednesday, July 25, 2012

Happy Birthday Lady F


Ketika sedang boring-boring di petang hari, aku telah ternampak orang main ni game di FB.  How old do you look on your profile picture?? So, tanpa melengahkan masa... aku pun click la tu link kan... nah sekali tengok...ehem-ehem... pandai betul ni barang mengampu aku bah.  Hahaha... kena kasi diskaun umurku. Tapi sikit jak diskaunnya.  Hahaha... kedapatan terus aku bah tu umur. Hahaha... 

Cakap pasal umur ni kan... ehem-ehem...  ndak lama lagi ada orang mau sambut harijadi.  2 bulan lagi konok.  Nahhh bersedia la kamu sana aah... apa aku mau aah??? I think i should make a wish list.  

Di mana la konok aku mau buat harijadiku tahun ni ya??? any idea?? Last year aku buat di Presidential Suite, Hotel Hyatt kunuk.  Tapi macam aku tidak pernah blog la kan kisah harijadiku tahun lepas... apa ndak... tragedi September bah kalau aku ingat-ingat semula birthdayku tahun lepas tu.  Bulih-bulih aku kena admitted di SMC di harijadiku kerana aku ditimpa sakit.  Duinaaa....malangnya tu.  Ndak ku mau bah terjadi lagi sama aku.  First time aku tidur di hospital.  Nasib laa ada mamaku jaga aku time tu.

So, akhirnya birthdayku disambut 2 minggu selepas tarikh sebenar kelahiranku.


Glamer kunuk celebrate birthday di Presidential Suite... mak kauuuu.... nasib baik la mak dapat bilik ni FREE.  Ingat lagi kah yang last year aku ada pigi Private Line Appreciation Party anjuran Hotel Hyatt tu? Alaa... yang Blockbuster Night tu bah.... yang aku menang lucky draw tu. Ooopss... macam tiap kali pun aku ada menang lucky draw ooo.  Hehehe..... sungguh bernasib baik bah si Lady F ni.  Syukur alhamdulillah... ke atas limpahan rezeki dari Allah S.W.T.  Aku bersyukur kepadaNya.

So, begitu la bah tu konok..... aku telah men-celebrate my birthday yang ke-36 tahun di Presidential Suite, Hotel Hyatt. Tak ramai yang aku jemput time tu sebab majlis hanya kecil-kecilan saja.  

Mari kita tengok sikit-sikit gambar harijadi tahun lepas.  Hihihi.... Seronok jugak ni kalau tengok balik gambar-gambar dulu. Maybe boleh juga dapat sedikit idea/penambahbaikan untuk harijadi yang akan datang ni.    Hihihi...ehem-ehem....  Attention to Putera Mahkota dan Putera Idaman.  Please take note ya my boys....


Cantikkan presidential suite nya.  Agak luas. Boleh main bowling. Ada satu bilik, 2 tandas, dapur, meja makan dan ruang tamu yang sangat luas...


Ini tandas bilik.  Tandas luar lain lagi. Ada jacuzzi - boleh rendaming sambil ber-seaview dan tengok tv, ada separate shower room, tempat berak pun asing...  



Yang ni biliknya. Simple saja.


Wardrobe ada bilik khas.  I like.


Ini sebenarnya dining room.  Tapi kerusi semua dikasi ke tepi untuk hidangan buffet.




Terpaksa tutup tabir time tu pasal camera man susah mau tangkap gambar sebab silau.. matahari mengadap time tu.  Maklum laa... mau masuk waktu senja time tu.




Oh ya! Makanan tidak termasuk dalam pakej penginapan free ya.  Makanan tu pihak hotel yang cater.  So, aku cuma perlu bayar makanan sahaja untuk majlis tersebut.


Ini laa orang-orang kuatku yang berusaha made my birthday so very special pada hari itu.  Diorang la yang hias dan beli barang-barang persiapan untuk my harijadi. Thank you guys for helping me and always be there for me.


Dan yang ni lagi laa orang paling penting dalam hidupku. Hehehe.... I luv you En. Awang.  Tahun ni aku masih belum ada tema bah.  Oh ya! Last year temanya adalah colour putih. Semua tetamu jemputan diminta untuk memakai baju colour putih! By the way, kurusnya aku di sini. Ya laa... baru lepas sakit kan.  Pity me.




Ini adalah rupa kek ku tahun lepas.  Kek berbentuk beg tote LV monogram.  Chantek kan??? Sampai sayang mau dipotong. Hahaha...

So, for this year... to whom it may concern.... aku mau kek harijadiku macam ni ya.  Boleh kah? Tapi aku mau bunga Rose yang hidup bah.  Kalau bunga palsu aku takut tak chantek kecuali la kamu beli bunga rose yang dijual di kedai Just For You.  Ada kelasss gitu.  Auwww... hihihi...... Sila la print gambar ini untuk persediaan.  Hahaha... terima kasih putera-puteraku.


Siapa yang mau tengok video aku tiup lilin tu..... nah... sila la click youtube ini.  Terima kasih Putera Mahkota kerana ambik video ini ya.  Aku sukaaa..... untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.  So, aku boleh tengok bila-bila saja.

Tuesday, July 24, 2012

Icon & Glam - Afternoon of Indulgence

Olaa everybody....  and Selamat Berpuasa hari ke-4 kepada yang muslim.  Hari ni aku ada mood pulak mau mem-blog.  Hehehe... memandangkan tiada apa mau buat di rumah... sudah abis kemas dan simpan beg elok-elok... nah... mari kita mem-blog la.

Okay... 13 July 2012 yang lepas me and my friend Aryati were invited to attend Icon & Glam: Afternoon of Indulgence at Shangri-La's Tg. Aru Resort & Beach Hotel.  Kami dapat jemputan ni melalui Ms. Ashniza Datuk Saidun iaitu the owner of A'Sutra.  She inbox me in FB and jemputan/aturcaranya adalah seperti berikut:

GLAM & ICON: An Afternoon of Indulgence (Fashion Show)

A’Sutra will be co-hosting this event with GLAM Magazine to showcase our Eid/Raya Collection & Resort 2012/2013 collection.

We would like you to join us and at the same time do purchase our latest collections at a very good offer and reasonable price specially for this event…Do make yourself free on this day and do confirm your attendance by calling us at: 088-484907 (Ana)

3.00pm : Arrival of guests/ Hi-tea served/ Champagne served (sponsored by Winecellars)

While waiting, we’ll have pampering session:

- Makeup touch up by Shu Uemura (4 pax makeup artists)
- Hand massage by Crabtree & Evelyn (4 pax masseuse)

3.30pm : Welcome speech by emcee
Followed by Editors & Co-hosts

4.00pm : Fashion show by JLC (Timepiece)

4.15pm : Shu Uemura session

4.35pm : Fashion Show by A’Sutra 

5.00pm : Thank you note by emcee and to distribute door gifts

Date: 13th July 2012
Venue: Shangri-La’s Tg Aru Resort and Beach Hotel
Time: 3pm-5pm


Siok kan tengok dia punya aturcara.  Free lagi... Hehehe.... Oh ya! She did mentioned yang jemputannya adalah terhad kepada 20 orang sahaja.  Mungkin maksudnya 20 orang tu adalah jemputan by A'Sutra.  Yang lain mungkin jemputan oleh majalah Glam and Icon. So, bangga juga la kena jemputkan.... sebagai salah seorang dari 20 orang tue.... tutttt.....

So... tiba la hari itu...  maaf gambar tidak berapa terang... ini pun kidnap foto dari album orang dalam FB (huhhh! Buruk perangai! Hahaha...)



Bila kami tiba di majlis tu sekitar jam 3.00 petang... belum brapa ramai orang.  Tapi memang jemputannya kira limited sebab hanya 6 table saja disediakan.  So maknanya jemputan dalam 60 orang gitu la.  Terkejut juga mula-mula sampai tu hairan kami kenapa banyak orang cina pula tetamunya.  Rupa-rupanya... jemputan ini sebenarnya adalah anjuran Majalah Glam dan Majalah Icon.  Majalah Glam aku tau la. Tapi majalah Icon aku tak pernah dengar.  Rupa-rupanya majalah cinaaaaa la pulak.... no wonder ramai chinese... termasuk aku pun boleh dianggap sebagai tetamu majalah Icon.  Toinkkk....




Sementara belum ramai orang yang datang tu.... kami pigi la buat hand massage dulu by Crabtree and Evelyn sebab time tu kaunter Shu Uemura memang full.  Ada bah gambar tanganku tu kena massage tapi si Aryati ni ndak pulak di-tagnya aku foto tu. Lepas siap kena massage tangan, ndak lama tu majlis pun bermula.  (So, memang tidak ampit la singgah ke kaunter Shu Eumura.  Apa mau touch up lagi kalau sudah siap touch up sebelum bertolak dari rumah. Hahahaha)


Nahhh.... camwhoring dulu.  Merahhhhnya bah muka kami di sini.  Gara-gara suasana dalam ballroom memang gelap kemerah-merahan... So, memang susah mau ambik gambar.  

Sementara editor-editor bercakap di depan... makanan dihidangkan... nyum-nyum sedapnya...





Ini la teman semeja kami.  Ndak semua kami kenal tapi buat-buat kenal jer la...


Fashion show dimulakan dengan pertunjukan jam tangan by JLC.  Makkkk aiii... harga jam tangannya beribu-ribu lemon.... macam semua yang dia kasi tunjuk pun starting from 70k!  Ndak minat bah aku jamnya. Minat lagi aku kalau dia kasi tunjuk jam Rolex kah.  



Selepas pertunjukan jam tangan JLC pihak tetamu diperkenalkan dengan produk cleansing oil Shu Eumura  yang terbaru di pasaran iaitu Ultime8 Sublime.  Pihak Shu Eumura sedang menunjukkan cara-cara menggunakan cleansing oil dengan betul.  Selama ni aku memang guna cleansing oil by Shu Eumura untuk remove my make up segala dan pada pendapatku memang bagus sebab terasa kulit licin bersih selepas memakainya.  Mascara or eyeliner pun sekali sapu hilang.  Ndak payah lagi pakai eye make up remover.

Selepas tu, pertunjukan fashion show by A'Sutra bermula.  Haa.... ni yang aku nanti-nantikan ni.  Betul-betul ndak sabar mau tengok collection Raya nya.  Saksikan gambar-gambar yang ada.

 













Ooops! Aku ada TERbeli baju ni 2-3 hari sebelum fashion show diadakan. Hihihi.  Aku terbeli time singgah ke butik A'Sutra untuk hantar baju rayaku buat beads. Tiada niat mau membeli sebenarnya tapi TERbeli la pulak apabila diminta untuk menerai baju.  Heyyyy... ini yang aku tidak suka ni kalau try-try baju.  Kebetulan time tu sale lagi...  adehh.... But mine is purple. Design yang sama juga.  Aku suka juga colour biru ni tapi my baju raya sudah ada biru.  So, terpaksa ambik purple walaupun purple nya tak la seterang dan secantik biru ni. I just love the design.


And... ini la yang palingggg aku suka design dia dan aku pun belum pernah ada colour cam ni.  What do you call this? Nude/skin colour kah ni? Tapi harganya tu bah... mahallll... This piece after sale is RM1800.  Harga sebelum discount is 2k++.  Harganya mahal sebab skirt tu dia guna kain lace kah. Actually aku tak minat skirtnya pun.  Aku cuma suka design bajunya tapi bajunya ni kira simple juga sebab maniknya pun tak seberapa menonjol. Macam berminat juga aku mau membeli. Tapi bila difikir-fikir dan di-ingat-ingat semula..... ahhh... baju rayaku last year pun design yang sama jugak. Iklan sekejap.  Cuba tengok bajuku ni.  Lebih kurang sama kan?? (Kasih senang hati bah ni supaya ndak terbeli.  Hihihi)




Yang kaftan (hujung kiri) tu pun chantek juga kan.  Hmm... tapi aku tak mau sudah bah beli kaftan. I prefer kurung moden especially kalau skirtnya flare or duyung or payung or what ever yang menampakkan shape kaki chantek, ada style dan sexy gitu!  Tak brapa banyak kali ni baju yang diperagakan maybe pasal masa yang diperuntukkan cuma sedikit. But we really enjoyed the show... thank you A'Sutra for inviting us.

So, majlis tamat sekitar dalam jam 5.00 petang selepas selesainya fashion show by A'Sutra.  Jadi sebelum berpulangan tu... ambik kesempatan la bergambal-gambal dulu... and lepas tu pungut doorgift. Alaa... lupa pula ambil foto doorgift kami... the doorgift ialah majalah Glam edisi July 2012, trio color eyeshadow from Shu Eumura and sample cleansing oil yang terbaru also from Shu Eumura and bath set from Crabtree and Evelyn.  Best kan?? Free-free kena bagi... Ini yang i suka ni kalau ada jemputan majlis seumpama ini. Siokkk..


with the owner of A'Sutra, Ms. Ashniza (centre)


with editor Glam (Suzie Adnan)



with the gorgeous magistrate - Dana Wazani (Lady in red).  
I kenal dia dari majlis fashion show A'Sutra yang sebelum ini and she's a blogger too ya.



with my aunty Faye and cousin Gee.  Love the dior.



Nahhh... baru laa terang bah muka kami.....


Me, wearing Nichii dress, Prada bag and Chanel shoes :)


So, yang mana yang lebih ngam? Jadi model Glam or Icon? Hahaha

Sebelum pulang, sempat lagi kami singgah minum di sunset bar sambil menikmati sunset kunuk... bila lagi mau berpoya-poya kan. Hahaha...





Selepas sunset, kami blaa pigi shopping. Siapa mau ikut?? angkat tangan.... aku mau belikan baju raya untuk my bff sempena harijadinya tapi bukan dari butik A'Sutra ya.  Hahaha...