5 Mei 2012, Selepas saja selesai berpicnic petang tu, aku kelamkabut pigi ke City Mall untuk mengambil bajuku yang telah dibeli semalam/sehari sebelum untuk attend Majlis Makan Malam yang bertemakan "Masquerade Night" anjuran Koperasi Usahawan Koridor Sabah Berhad yang diadakan jam 7.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna SESB KK. Kali ni the dresscode is "Costume". Mana laa aku ada costume kan. Sebenarnya aku tidak mau pigi ni dinner pasal aku tiada baju tapi si Zimah yang mati-mati mau pigi. Dia siap sponsor aku tiket lagi ya. Tiket dijual dengan harga RM75.00. (Thank you very much Zimah).
Berbalik pada cerita pasal baju, aku tiada baju/costume mau pigi tu dinner. Jadi last minute si Zimah la yang temankan aku pigi cari baju. Kami ke Citymall mencari baju. Kalau di Citymall, ada satu butik tu aku selalu masuk. Aku tidak ingat apa nama butik tu (ketara dia pelokek sampai nama kedai pun susah mau diingat). Aku ni kira regular customernya la. Sebelum masuk butik tu, si Zimah tanya aku samada aku mau pakai baju macam mana. Aku cakap kali ni aku mau pakai baju pendek dan kembang. Asyik-asyik selama ni kalau pigi dinner asyik pakai gown panjang/flare/duyung. Jadi ni kali laa.... aku pun mau tengok macam mana rupaku kalau pakai dress pendek/kembang.
So, sampai jak tu butik... macam biasa la tu sales girl melayan aku. Aku cakap sama dia aku mau cari gown kembang yang pendek. Ada laa beberapa baju yang dia kasih tunjuk aku tapi semuanya bidak-bidak. Fesyen lama semua yang dia kasi tunjuk kami. Hampir aku putus asa. Sekali last-last tu aku terjumpa laa baju yang aku berkenan dan si Zimah cakap baju tu pun lawa..... dan si Zimah cakap dress tu macam ala-ala baju "Tinkerbelle" kunuk. Tinkerbelle costume la kunuk ni. Hihihi.... Jadi aku pun terus la menerai. Macam biasa.... baju tu longgar ya. Jadi tetap perlukan alteration as usual. Ndak sampai 10 minit try, aku terus setuju dan beli tu baju sebab sudah tiada masa lagi kalau mau cari. Itu tauke butik cakap dia suruh aku datang ambik tu baju di Wisma Merdeka (selepas alteration) agak-agak dalam jam 1.30pm la begitu. Sebab besok pagi baru dia dapat hantar tu baju ke Wisma untuk alter. Aku pun setuju la.
Semasa di picnic, hatiku tidak tenteram kerana itu butik telah call aku. Dia cakap dorang tidak sempat hantar tu baju untuk di-alter. Tetapi mama kepada tauke tu telah buat alteration tu baju sendiri ok. Dia suruh aku datang ke kedainya di Citymall jam 2.00 petang. Mau meradang sudah aku bila kena call. Sebab can you imagine... saya ada appointment untuk buat rambut di Wisma Merdeka jam 2.00pm. Mau rehat dan mekap lagi... adehhh... mana laa sempat. Jauh bah tu Citymall. Aduii... Kin panas.
Bila aku sampai Citymall, nahhhh... bermasalah lagi tu baju ya. Bulih-bulih terlampau kecik dia alter tu baju!! Ndak boleh dizip langsung! Aduiii... mau naik berang aku bah terus. Terpaksa la itu salesgirl telefon itu mama tauke kedai untuk datang ke kedai untuk repair tu baju balik. Dan aku terpaksa menunggu di kedai tu untuk dia datang sukat aku semula. Setelah setengah jam gitu, itu mama tauke pun datang. Dia minta maaf la sama aku. Dia cakap dia akan buat terus dan sementara menunggu dia repair tu baju, dia minta aku pigi ke salon di Citymall untuk buat rambut. Maknanya aku tak boleh la pigi buat rambut di Wisma Merdeka sebab tak sempat sudah. Jadi aku pun pigi la tanya salon-salon di Citymall tu kalau dorang boleh buat sanggul donut. 3 salon aku pigi semua cakap dorang tak pandai buat sanggul. Terkejut aku. Ada satu salon tu setuju buat aku tapi dia cakap suruh aku menunggu sebab banyak pelanggannya. Akupun menunggu. Tapi setengah jam aku tunggu ndak jugak aku dilayan. Jadi aku keluar la dari tu salon dengan perasaan hampehhh!
So, aku balik pigi tu butik yang repair bajuku dan tengok status perkembangannya. Sekali tengok.... aduiii lambatnya dia kerja.... dia kena buka semula jahitan di pinggang serta jahitan manik-manik di sekeliling pinggang (kiri dan kanan). OMG.... dalam hatiku jam brapa la boleh siap ni... Mau menangis sudah aku. Aku tengok jam time tu sudah jam 3.30pm. Sempat kah ni?? Hairan juga dia kenapa aku belum buat rambutku. Aku bagi tau la masalah salon di sana semua tidak pandai buat sanggul donut. Pelik aku. Makin tension aku tengok dia menjahit bajuku. Alteration sudah siap. Tapi sekarang aku kena tunggu dia jahit tangan satu-satu manik yang dia telah telah cabut tu. Huhuuu.... Sementara menunggu dia jahit, aku call la salon kebiasaanku iaitu 52nd Street, salon yang terletak di kawasan perumahanku. Aku tanya dia samada aku boleh datang jam 5pm kah. Dia cakap dorang tutup awal pasal rupa-rupanya HARI WESAK laa pulak....adehhh.... Makin tension aku. Aku tingu jam sudah mau dekat jam 4.15pm. Sempat kah nie. Then tidak lama itu mama tauke butik call dia punya kawan untuk datang ke butik untuk tolong aku set rambut. Wahhh... dalam hatiku ada pulak servis begini. Kenapa dia tidak sound awal-awal. Kin panas. Kebetulan itu orang berada di kawasan Luyang dan dia boleh sampai dalam masa 15 minit untuk buat sanggul dan termasuk mekap. Walaupun aku ni ndak suka orang mekap aku tapi aku sudah terdesak time tu sebab bajuku belum siappppp.... jadi mau ndak mau... aku setuju agar mak andam tu datang ke butik tu untuk buat rambutku dan terus mekap aku. Lagipun dia cuma charge aku RM50 only (sanggul dan mekap).
Dalam jam 4.45pm gitu, mak andam datang. Muda rupanya mak andamnya ni. Chinese girl. Umur mungkin dalam lingkungan 22-24 tahun. Dia buat mukaku dulu. Lama jugak la. Mau jugak satu jam lebih sikit ooh. Tapi dia buat rambutku sekejap jak. Dalam 15 minit jak. Huhuuu.... Semasa aku dimekap aku nampak bajuku sudah siap dijahit maniknya dan sudah ready bergantung. Tapi satu hal, mukaku pula belum siap. Akhirnya.... setelah bertungkus lumus si mak andam mekap aku yang tidak seberapa... memang aku tidak berkenan dengan mekapnya dan memang aku kena pulang rumah kasi touch up balik tu mekap. Jam 6.15pm baru aku siap dan kelamkabut untuk balik rumah. Nasib baik lakiku on time menunggu aku di bawah Citymall. Kalau dia lambat ambik aku... nahhh memang luntur la mekapku akibat menangis. Aku ni paling jarang bah lambat bersiap kalau mau pigi majlis. Aku akan pastikan aku ready semuanya. Tapi kali ni betul-betul laa last minit. Tiada masa untuk rehat betul.
Aku sampai jak di rumah kelamkabut mandi itik dan mencari beg dan kasut yang bersesuain dengan bajuku. Ndak lama si Zimah datang ke rumahku. Aku teriak dia suruh dia naik ke bilikku untuk tolong pilih handbagku. Aku dengar bunyi dia naik tangga macam kain berleret. Sekali aku keluar dari bilik tengok.. makkkk aiii... macam runaway bride!!
Rupa-rupanya dia pakai costume gown Cinderella! Dia memang ada kasi tau aku yang dia mau pakai gown tapi aku tidak sangka dia pakai gown Cinderella. Hihihi....
So, selepas pilih beg tangan kami pun bertolak dari rumah sekitar jam 7.00pm dan sampai di SESB dengan selamat dan jayanya around 7.20pm. Terkejut jugak kami bila sampai sana. Temanya Masquerade night dengan pakaian costume. Tapi yang peliknya macam aku tak nampak orang yang pakai costume selain kami berdua. Macam malu jugak la kami sebab ya la... kami betul-betul ikut tema bah. Aku nampak ada yang datang simple banget. Tapi yang penting... kami yakin jak la. Hahaha.
Anyway... kamu mau tingu gambarku jadi pari-pari malam tu??? Please scroll down :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaa..... itu dia... si Tinkerbelle! Cumilkan aku? Ahahaha.... jangan bah kamu meluat.
Selain makan malam, pengisian aktivitinya adalah sesi karaoke, menari sesuka hati, pertandingan "Best Dress" dan lucky draw. Hadiah lucky drawnya yang paling lumayan adalah tiket penerbangan ke Jakarta dan KL. Tapi malangnya malam tu aku tidak memenangi sebarang lucky draw la pulak. Aku cuma bernasib baik kerana telah memenangi tempat kedua sebagai Best Dress (kategori wanita). Yeehaaa.....
Macam mana pemilihannya dibuat? Mula-mula semua orang dalam dewan yang memakai topeng/masquerade telah diminta untuk berkumpul di tengah-tengah dewan dan muzik lagu dipasang. So, semua orang diminta berjalan dalam bulatan sambil menari gaya bebas. Dari situ pihak juri akan memilih beberapa orang yang dirasakan layak untuk dinominee sebagai Best Dress.
8 orang wanita telah terpilih untuk dicalonkan sebagai Best Dress. (Gambar dicopy dari FB orang. Tiada pulak yang bewarna original)
Manakala 9 orang lelaki telah terpilih untuk dicalonkan sebagai Best Dress. (Yang ni pun sama. Dicopy dari FB orang juga)
Dan akhirnya keputusan telahpun dibuat. Dari kiri: Lelaki ber-kot silver memenangi tempat ketiga (kategori lelaki), me tempat kedua (kategori wanita), lelaki berbaju merah memenangi tempat kedua (kategori lelaki), pasangannya yang berbaju merah memenangi tempat pertama (kategori wanita), si Zimah memenangi tempat ketiga (kategori wanita), baju purple menang tempat ke-empat (kategori wanita) dan lelaki berbaju phantom of the opera memenangi tempat pertama (kategori lelaki)
Hadiah telah disampaikan oleh Guest of Honour malam tu iaitu Y.Bhg. Datuk YB Jainab. Saya telah membawa pulang hadiah ini yang merupakan handbag yang cute dan baucer RM200 untuk menjahit manik from Aunty Anne Sidik. Awesome! Bulih laa hantar baju raya ni nanti. Hehehe. FYI, aunty Anne ni bisnes buat manik.
So, sesiapa yang mau hantar baju kurung untuk dimanikkan bolehlah hubungi beliau. Kasi zoom tu name card. Ada tertera nombor telefonnya di situ. Aku sudah pernah hantar bajuku sebelum ni. Memang dijamin puas hati la. Nahh... aku kasi iklan manik bajuku yang pernah dibuat oleh Aunty Anne. Lawa kan?
Me, Norlizah dan Zimah
Yang baju biru tu la si Aunty Anne Sidik and dia juga adalah salah seorang penganjur majlis makan malam ni.
Oh ya! Selain Best Dress, dua orang wanita telah dinobatkan memenangi Best Masquerade sebab dorang punya masquerade original dibikin terus di muka. Bukannya yang main pakai topeng. So, my aunty Jayne telah memenangi The Best Masquerade.
And this lady also known as Snake Woman juga telah menangi Best Masquerade. Dia pakai baju jumpsuit ala-ala snake print. Sungguh exotic ooo... Ada keberanian. Hebat!
Yang lucunya kan, boleh dikatakan meja kami sapu habis bah hadiah malam tu. Bayangkan, malam tu aku duduk satu table dengan semua pemenang iaitu si Zimah (nombor 3 Best Dress), Aunty Jayne (menang Best Masquerade dan lucky draw), Norlizah (No. 1 Best Dress), abangnya (no. 3 Best Dress lelaki) dan cousinnya (no. 2 Best Dress lelaki). Hahaha.... Sungguh bernasib ooo meja kami. Macam kena rancang pulak padahal kebetulan dan kami pun tidak berkenal. Baru la malam tu berkenalan bah.
Itu saja la aku mau cerita pasal dinner kami ni. Dari pagi aku berjalan (picnic) dan terus urus baju... dan terus pigi makan malam... nahhh ndak sia-sia juga aku menang Best Dress tempat kedua kan. Hahaha...
Saksikan la gambar di bawah ini sebagai penutup tirai. Kerana di sebalik gambar ini... ada episod cerita seterusnya. To be continue....