Wednesday, December 31, 2008

Its twin!

which one is more bling-bling?

Ingatkah kisah tragik pasal jam tangan bling-blingku yang baru dibeli 5 hari lepas dan terjatuh crystalnya akibat terlepas dari tanganku sendiri? Haa... yang ni aku jumpa kembarnya... tidak la betul-betul sama... ada kelainan jugak.  Jenama pun tidak sama langsung. Yang sakit hatinya pricenya mo 5x ganda berbeza daripada aku punya jam.  Bikin panas kan. So, akhirnya aku beli jugak jam ni untuk dihadiahkan kepada seorang sahabat lama sempena hadiah harijadinya. Since dia pun ratu bling-bling. Hahaha...Actually aku dah belikan dia hadiah hari jadi tapi belum disampaikan kepadanya.  So, yang ni sebagai extra hadiah supaya dia tau aku extra sayang sama dia. Hahahaha.... I wonder apa respondnya kalau dia dapat hadiah ni.  Dan apa pulak respond kamu kalau terima hadiah ini?

Tuesday, December 30, 2008

Stocking GUNZE

Nah... iklan sekali lagi sambil mempromosi la ni.   Ini bukan sembarangan stocking! Ini stocking aku beli khas untuk my beloved darling laki.  Jenamanya GUNZE dari Jepun la mengkali. Menurut lakiku konon bagus ni stocking. Lakiku ni cerewet kalau pasal stocking ni. Dia ndak mau pakai yang tebal.  Mo yang nipis.  Dia ndak suka yang tebal pasal allergic kunun kakinya.  Kalau boleh stocking yang nipis biar nampak kulit dia bilang.  Nah aku suruh dia pakai pantyhorse dia ndak mau la pulak (Sajaa jak aku mengatil dia tu. Hehehe). Banyak sudah konon dia beli stocking tapi ndak jugak dia puas hati dengan stocking-stocking yang dia sudah beli sebelum ni.  Tapi yang stocking GUNZE ni dia betul-betul puas hati.  Jadi... kepada para isteri atau girlfren di luar sana yang mau membeli stocking untuk laki masing-masing di masa akan datang, why not kamurang belikan ni stocking.  Stocking ini boleh didapati di mana-mana cawangan Isetan  KL rasanya... aku beli di Isetan The Gardens dan Bukit Bintang.  Harga sepasang RM15.90 (tapi masa tu aku beli ada discount 10% lagi).

Acca Kappa

Iklan sekejap... sambil promote ni product. Nah ni dia... sabun dan solid perfumeku yang terbaru daripada product Acca Kappa yang aku beli di Pavillion masa ke KL hari tu.  Wangiiiiiii tau ni perfume dan sabun... Pilihanku tetap Rose la. I lurveeee...
Founded in 1869, Acca Kappa, is a family owned business that prides itself with producing high quality products.  Acca Kappa was created using three basic principles: simple design, high quality production and natural materials.  With a history of a proven tradition of luxury, simplicity and quality, Acca Kappa continues to manufacture it’s products while maintaining a commitment to the environment.  These luxurious botanically based Italian beauty essentials are meant to pamper, comfort and soothe while filling the air with their aromas.  The assortment encompasses bath and body, professional hair care, facial care and personal fragrance.


Monday, December 29, 2008

MAC

My last minute X'mas shopping... hehehe... menyempat lagi shopping time ofis hour on 24 Dec 2008 tu.  Aku dan Tasha pigi ke Mac, 1 Borneo.  Akhirnya niat untuk membeli set brush tercapai... Sebenarnya hajat untuk membeli brush set ni termasuk dalam wishlist 2008ku. Mula-mula cadang mo membeli make up set termasuk brush daripada Bobbi Brown  (<----- click situ untuk tengok make up set nya) Ada aku tengok iklannya dalam majalah keluaran Dec 2008.  Dalam majalah harganya dalam RM300++ gitu.  Sekalinya bila aku pigi ke Bobbi Brown tu, menipu rupanya iklan dalam majalah tu. Rupanya dia cuma jual beg make up tu.  Isi kandungan nya pulak tiada. So, if mo beli, pricenya lain-lain.  So, kiranya kecewa jugak la... Kweng-kweng-kweng.  





Wrong Number!!


Aku ndak tau la kalau kamu selalu dapat panggilan wrong number ni.  But as for me, benda ni selalu berlaku sama aku.  Yang sakit hatinya berlaku apabila kita ni busy ataupun time tengah malam/waktu tidur.  Kita terpaksa angkat pasal takut ada kecemasan. Pokoknya aku benci-benci dan benci!!  Baru tu selalu yang call tu kadang orang yang sama.  

So ceritanya begini, tengahari tadi aku telah terima panggilan wrong number  yang pelik, bikin panas tapi lucu pun ada.  Aku tengok number tu macam aku tidak kenal.  So, bila aku sambut my handphone, aku biarkan orang tu bercakap dulu.  (Sebab aku ni paling tidak suka menerima panggilan terutamanya dari orang yang mau promote/jual insuran, membership kad etc).  

"Hello... assalamualaikum..." (Mulanya aku tak mau jawab sebab aku mau cam dulu suaranya ni. Aku dengar suaranya ni macam suara kera sumbang). Lepas tu dia cakap lagi "Hello... assalamualaikum..".  Jadi terpaksa la aku jawab salamnya - kalau tak jawab berdosa pulak. Aku jawab, "Hmm... walaikumsalam...." (dengan nada garangku macam biasa la... tau laa... aku ni paling tidak friendly dalam telefon). Terus bila aku jawab salamnya... bulih-bulih dia cakap begini dengan aku.  "Kau masih ingatkah kau senyum sama aku yang 2 minggu lepas tu?".  Aku terus melenting bah!!  Aku bilang sama dia "kau salah number".  Tapi dia masih jugak mo bercakap sama aku ni.  Dia cakap lagi "yang dua minggu lepas tu bah...".  Aku terus potong cakapnya lagi.  Aku bilang, "eh.. ko salah nombor!".  Terus dia cakap sama aku, "ko di mana bah ni?".  Geramnya aku.  Terus aku letak tu phone.  Bikin panas!! Nasib baik dia tidak phone aku balik.  Kalau dia phone aku tu, mimang dia kena maki tu oleh aku ni.  Dalam hatiku sejak bila bah aku ni senyum dengan dia ni.  Ketara orang ni langgok!! (lamanya aku ndak sebut perkataan langgok ni). Cara mengurat pun tiada standard bah!! Alamakk.... ayatnya tu bah... kalau di-ingat-ingatkan..... bikin panas pun ada.... lucu pun ada. Haiii yaa....


Sunday, December 28, 2008

Restoran Seri Melayu

Ini adalah sambungan kepada cerita jalan-jalan cari makan semasa bercuti di KL tempoh hari. 19 Dec 2008 yang lepas, me & hubby and sisters (kecuali amoi) pergi dinner di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, KL. Sebenarnya, laki aku ni suka betul dengan masakan melayu... mesti mo makan nasi. Kalau bawa makan western, kena pastikan yang dia tak berapa lapar. Kalau lapar... jawapannya... nasi hidang laa...
Okay... dari dulu lagi lakiku ni memang mati-mati mo bawa kami makan di Restoran Seri Melayu ni. (Sebelum ni memang dia sudah pernah pigi) Entah apa jugak keistimewaannya. Even masa kami bercuti di Perth pun dia mau cari tu Restoran Seri Melayu. Nasib baik aku meyakinkan dia bahawa restoran tu jauhhhh.... jadi, ndak la kami pigi. Hihihihi...
So, akhirnya... ini la dia... enjoy the pictures...

Kambing yang kena siksa... (Aku rasa ini jak speciality restoran ni. Bila aku tangkap gambar kambing ni, semua la orang putih/India/tourist la pokoknya pun ikut-ikut ambik gambar)

Dalam perut kambing ni pulak ada nasi minyak. Kira sedap la..

Kak Itok tengah mengaut nasi minyak.

Tapi.. yang setannya tu... adakah si Elsa boleh cakap yang dia geli tengok tu kambing diikat/dibakar pasal dia terbayang macam bentuk seekor anjing yang sedang dipanggang. Sudah tu, dalam perut kambing tu ada nasi minyak. Bulih-bulih dia cakap dia terbayang ulat giok macam dalam perut bangkai anjing yang sudah mati!!! Astaga... Bikin geli. Nasib aku sudah kenyang time tu. Hahahaha

Elsa tengah mengaut sup ekor yang ndak sedap!
Gambar-gambar di bawah ni pulak adalah sebahagian daripada lauk pauknya.... (Sorry gambar tak brapa clear pasal guna i-phone)


Ini pulak sebahagian daripada dessertnya... yang ni bubur durian campur pulut... mmm nyummy....




Haa... dia ndak mo kalah dengan Portview or Kg. Nelayan... siap ada cultural show...
Rating ***
Ndak berapa sedap la... bulih-bulih la... bagus lagi makan buffet di hotel. Sebab pricenya pun lebih kurang hotel. Kalau malam, makanannya semua buffet. No ala-carte. Kalau tak silap satu kepala RM70.00++!!

Saturday, December 27, 2008

Meja yang semak!!

Adeh-deh... semak! semak! semak! Tension aku begini eh!! Aku rasa ni meja perlu di 5S!! Mana bah alamari accessories ni???? (ada orang cakap mo buatkan aku almari khas untuk accessories tapi sampai sekarang pun tiada... haii yaa... mo kau cho ooh..)


Friday, December 26, 2008

Bling-Bling Mouse

Amacam? Cantik kah??


MAS - Colours in the air?

Adakah kerusi ini baru?? Seingat aku, last aku naik kapalterbang MAS time  bulan September tu belum tukar cover seat lagi.  Kah ni sempena Xmas??

Thursday, December 25, 2008

theabroma CHOCOLATE Lounge

22 Dec 2008, hari ni kami breakfast @ theabroma Chocolate Lounge, Pavilion.  Ya. Di Pavilion lagi. Pasal trip kali ni kami tinggal di Hotel Novotel.  Hotel ni dekat betul dengan Pavilion.  Senang la kalau tinggal di sini sebab ada jejantas yang tembus terus di Pavilion. Bukan saja kerana dia dekat dengan Pavilion tapi mesti ingat... ACCOR member ada special rate. Ok... berbalik kita kepada theabroma tadi tu... Iklannya nampak begitu menarik sekali. Ada banyak chocolate.... here there everywhere chocolate. Jadi aku bawa hubby breakfast di situ.


Hubby order breakfast set A - RM11.00++ only



Pancakes drizzled with molten chocolate



Long Black



Aku order ala-carte.
Spinach Chicken Crepe


Ms. Coco Frappe (Belgian Dark Chocolate Frappe)



Rating: **
Ndak sedap langsung!!! Minumannya terlampau manis padahal Ms. Coco Frappe ni la yang paling tidak manis kunun. Yucksss.... Makanan yang aku order tu lagi... alamakk... dasyattttttt.... Tiada rasa langsung!! Pancakes hubby pulak macam ala kadar. Tiada speciality langsung. Pokoknya aku tidak akan pigi ke kedai ni lagi... sungguh tidak berbaloi...


I'm married with a shopaholic husband!

Oh... sempena birthday hubby, aku telah membenarkan dia untuk bershopping gila-gila. Actually, laki aku ni kuat shopping sebenarnya.  Kali ni turn aku pulak yang menengok dia shopping. Bukannya aku tak mo shopping.... cuma macam tiada pulak barang-barang yang aku berkenan. Tapi laki aku ni kena di-control sikit-sikit perangai shoppingnya pasal aku kenal betul perangainya ni.  Dia ni jenis hangat-hangat taik ayam.  Sometimes beli barang, sekali pakai jak lepas tu dah tak tengok benda tu lagi.  So, kali ni aku bagi green light dengan dia. Baju dan seluar mesti beli pasal laki sudah menggemuk sejak berenti merokok!!

So, ini la kejadiannya apabila membenarkan laki shopping sendiri.... (hmmm.... macam jeles aku tengok dia shopping ni tau...)


Satu baju saja yang dia berkenan. 5 pasang baju lagi telah ditempah/jahit. Hujung tahun ni baru siap.


OMG!! 3 pasang kasut!! Laki aku ni memang gila kasut.  Yang belt ni la laki suruh aku bayar sempena hadiah harijadi nya konon.  Ooh! So, tidak surprise langsung! Adakah main suruh-suruh. Hehehe... biasa la tu kan...

Set penjagaan muka from LAB Series untuk laki aku. Kira ni pun hadiah dari aku jugak la. Sebelum ni laki cuma pakai cleanser and mosturizer product Nivea saja. Kesian.  Harap dia pakai la set ni.  Hmmm.... barang-barang di atas ni nampak macam gambar hantaran kahwin la pulak. Kweng-kweng-kweng


Yang ni pulak set aftershave Loccitane - birthday present from my sister untuk my hubby.
Hmmm.... ngam la tu. Biar dia grooming sikit. Hahaha...

Yang ni pulak apa?? ooo... laki telah membeli google! OMG... bergaya betul dia ni! Mau jugak pakai google berenang!!

Merry X'mas

Kepada kawan-kawan/ahli blogger yang menyambut X'mas... aku sebut nama main rambang jak la ya... Rosy, Cora, Carol, Cath, Wendi, Agee, etc  

SELAMAT HARI NATAL
&
SELAMAT TAHUN BARU 2009...

Wednesday, December 24, 2008

Happy Birthday Hubby!!

21 Dec 2008, kami adik beradik dinner sempena celebrate birthday hubbyku di  Lemon Garden, Hotel Shangri La, KL.  Banyakkkkkk betul lauk pauknya... i mean the buffet.  Sedap lagi tu.... masakannya ada japanese, chinese, malay, western etc. campur-campur la. Hebat betul dia punya lauk dan masakan. Banyak orang masa kami pigi ni.  Nasib baik sudah booking awal. Tapi menurut my sister, memang everyday pun macam tu - full.  Tak sempat aku tangkap gambar lauk pauknya sebab terlampau hungry tahap gaban. Lauk yang paling aku suka adalah steam fish cod nya.  Teramat-amat segar, lemak dan mimang very sedap!

Oh ya... cerita-cerita pasal makanan ni... sikit terlupa mau wish laki sendiri! Hehehe...

HAPPY BIRTHDAY LAI...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki lagi banyak!!

(Hadiah kena tengok di post yang seterusnya)


Rating ****** - excellent!!

Paddington House of Pancakes

20 Dec 2008, dinner @ Paddington House of Pancakes, The Gardens. Sudah lama mengidam mo try makan di tempat ni. Asyik tengok gambar menu dari blog orang. So, akhirnya tercapai jugak cita-cita mo makan di sini. Hehehehe...




Iced Mocha with whipped cream & Iced Coffee with Ice Cream



Aku order ni - Doubled Gourmet Cheese Sausages, Beef Salami, Hashbrown & Grilled Mozzirella

Hubby order ni - Lamb steak with pancakes & mushroom


My sister Elsa order yang ni. Entah apa kah namanya ni. Salmon Pancake kah?? Nampak macam ndak sedap pun... hahahaha


Rating ***

Yang aku punya lauk tu kira sedap la... tapi ada sikit masin... My hubby punya lamb steak pulak kerasss dan kering. Ndak sedap langsung. Elsa punya salmon, aku langsung tak try pasal aku geli tengok rupa makanan tu. Hahaha... My minuman tu kira ok-ok la... bulih laa... 

Lunch @ Athena, The Pavillion

20 Dec 2008, Trip ke KL kali ni macam lebih kepada jalan-jalan cari makan la pulak. So, kali ni aku bawa laki try pigi makan di Athena, The Pavilion yang terletak di tingkat 3. Restoran ala-ala modern mediterranean dining gitu. So, kami try set lunch nya. Harga cuma RM29.90++ per set including:


a. Soup of The Day


b. Choice of Main Course

  • Grilled Chicken Kebab - chicken in Pita bread and ginger pesto, served with grilled vegetables
  • Spaghetti Alla Cortocio - Broth of seafood, capers, green olive colour capsicums in basil tomato sauce served in an aluminium foil
  • Pasta Alio Olio Mussels - Choice of pasta served with green mussels made spicy
  • Lamb Minced Bolognaise Pasta - served with Auburgine salad
  • Sliced Beef Pepper - served with Aubugine salad and paella rice
  • Pasta Alio Olio - Linguini pasta served with fresh vegetables topped with herbs & dried chili
  • Traditional Nutmeg Fish Fillet - specially grilled Dory fillet seasoned with nutmeg and served with french fries and mesculin salad
  • Mediterranean Chicken Pasta - chicken meatballs in red sauce served with your choice of pasta
  • Melanzonosalata - Greek version mashed eggplant with pita bread and melazone salad
  • Worchester Striplion - sauteed striplion beef with capsicum, onions, capers served with a healthy portion of pasta



c. Choice of Dessert
  • Tiramisu - coffee flavoured favourite with Mascarpone cheese
  • Sweet Sour Cherry - Traditional Greek Cherries with Vanilla ice-cream
  • Roasted Kiwi - caramelized kiwi served with syrup and ice cream


Celery Soup ditemani dengan Watermelon juice & Carrot juice



Lamb Minced Bolognaise Pasta


Traditional Nutmeg Fish Fillet

Roasted Kiwi

Tiramisu





Rating: ****

Makanannya.... kira not bad. Sedappp!! Lagi berbaloi sekiranya kita dapat makan yang set lunch dibandingkan dengan order ala-carte.

Tuesday, December 23, 2008

Cuti di KL

Haii..... penatnya.... aku baru balik dari bercuti. Alamakk... bukan lama pun... setakat 2-4 hari. Hahaha... Alaa... cuti-cuti Malaysia saja bah... Last friday aku dan hubby pigi KL - celebrate birthday dia kunun... Jadi, ceritanya aku baru sampai dari KL semalam... dan hari ni pulak start kerja... PENATTT.... Lepas tu tadi pagi laki kena balik semula pigi KL pasal ada hal penting. Kalo la kami tahu awal yang dia kena berada di KL hari ni... tak la kami balik semalam bah. Bulih la jadi syaitan sekejap - ambik EMERGENCY LEAVE konon... Hahaha... 

Geram, sedih dan kecewa pun ada bah aku ni.  Macam mana bah mau cuti panjang di hujung tahun??  Setiap kali setiap hujung tahun aku mesti tak dapat bercuti gara-gara di ofis kami tiada orang... kena bagi laluan orang yang nak sambut x'mas satu hal.  Aku pun mau juga merasa ber-white christmas di overseas!!!  Huahaahh... Sebenarnya bukan apa pun... di ofis ni, aku jaga cuti staff. Jadi bila hujung tahun, laa... banyaknya laporan cuti kena dibuat.  Laporan bulanan la, GCR, perancangan cuti staff etc.  Sekarang ni lagi... mati aku... UMS dalam perancangan... bukan lagi dalam perancangan, SEDANG dalam proses buat cuti online. So, bayangkan la... aku kena key in data semua staff punya cuti start dorang masuk kerja. Bayangkan ada yang masuk kerja tahun 1994.  So kena key in start tahun 1994 segala maklumat cuti tu. Ayo-yo... mati aku... entah bila boleh siap ni.  Aku berusaha untuk menyiapkan key in data ni sebelum 31 Dec 2008 ni. Setiap malam aku kena bawa ofiswork ke rumah nampaknya.  So, terpaksa la kerja-kerja memblogging terencat buat seketika.  Jangan rindu aku aah... 

Kepada orang ofisku yang tersayang... sebelum kamurang bercuti panjang....tolongggggg la aku... tolong la buat perancangan cuti tahunan korang dalam sistem cuti online bagi memudahkan kerjaku. Terima kasih atas kerjasama anda... Selamat Menyambut Hari Natal & Selamat Tahun Baru 2009. (Oopss... wishlist tahun baruku belum terbuat lagi!! Alamakkk...)

Thursday, December 18, 2008

Who is my guardian angel??

Akhirnya petang tadi aku dapat hadiah ni daripada my Guardian Angel.  Perfume Oil Oceanus from Bodyshop dan siap ada gelang magnet lagi. Tapi yang peliknya dia ni pemalu la pulak... ndak pulak mo mengasih tau sapa dirinya. Main suruh-suruh orang tengah la pulak menghantar hadiah sama aku. Haiii... malas aku mo layan kalo mo minta diteka-teka ni....  Cuba tengok ni sama ada tekaanku betul kah... "Wahai Puan Elizabeth Ginsos.... walaupun ko tak bagi tau aku yang ko tu my Guardian Angel... dapatku rasakan ko la mamak angel aku ni...  sapa lagi di ofis ni yang pakai tu gelang magnetic?? Nah... ketara yang ko ni tak baca blog aku sebelum ni. Walau bagaimanapun, Thank you very much mamak angel.... hehehehe... walaupun tidak menepati BLING-BLING seperti yang aku mahu... tapi masih lulus la... sebab aku memang suka barangan Bodyshop.  So kiranya ko selamat la dari kutukan aku... hehehe... thank you sekali lagi mamak angel... Muaahhhs.... oh ya... Ho-Ho-Ho... Merry X'mas dan Selamat Bercuti..."

Tag 5x4 by my sister - Elsa

4 pekerjaan yang telah aku lakukan dalam hidup:
1. Jadi secretary di sebuah company kecik. Tak ingat nama company tu. Aku cuma kerja di situ 1 bulan setengah. Bila aku hantar notice resign pasal dapat kerja di UMS, itu boss perempuan masam muka dengan aku dan tidak mau bercakap langsung dengan aku sampai tak bayar gaji aku setengah bulan. Sialan punya Boss.
2. Aku kerja jadi PA di Pejabat Bendahari UMS - almost 13 tahun sudah kerja di sini. Malas la mo cerita panjang pasal kerja aku di sini ni. Kalo dicerita, sampai besok pun belum tau siap ni blog.
3. Kerja jadi BINI orang (Ini dianggap kerja kah ni?? Hantam laa) Kemas rumah, vacuum, mop lantai, memasak, iron baju laki (<---- perkara yang paling aku benci!!) dan syukur la aku sudah ada amah untuk bantu aku buat kerja-kerja tu.
4. Rupanya pekerjaan aku tak sampai 4 pun... boringnya!!!! Tiada pengalaman langsung!!

4 cerita/drama bersiri yang aku nak tengok lagi dan lagi:
1. Desperate Housewives
2. The Goonies
3. White Chicks
4. Parents Trap

4 tempat aku telah pergi dalam seminggu ini:
1. Ofis UMS - boleh dikatakan 5 kali seminggu... hmm... boringggg
2. 1 Borneo - boleh dikatakan setiap tengahari...
3. Chinese Restaurant Hyatt - Dinner dengan hubby
4. Lounge Pacific Sutera - dengar2 lagu

4 makanan kegemaran aku:
1. Sup Tulang
2. Steamboat
3. Western Food
4. Italian Food

4 tempat yang sepatutnya aku berada sekarang:
1. Bercuti di Paris bersama laki - tangguh next year laa...
2. Celebrate birthday laki di Hongkong - akhirnya.... pigi KL jak... kweng-kweng-kweng
3. Shopping
4. Jumpa my friend Salmah - mo pass birthday presentnya sejak bulan September lagi. Kot-kot next year baru terbagi ni tau.

So the other 4 person I want to tagged are...
1. Kimora
2. Ajelin
3. Zue
4. Cik Kam


My Angel is ......

Berikutan kepada permainan Guardian Angel yang dibuat di ofis sejak minggu lepas, so tengok apa yang aku telah buat for my "angel".... Hehehe...
12 Dec 08 (Friday) - Aku surprise kan my "angel" dengan memberi dia minuman Milky Tea from Easyway (Of course la suruh orang tengah yang bagi... orang tengah pun kena disogok dengan Milky Tea jugak ni..). Aku punya "angel" mati-mati mo tau sapa dia punya Guardian Angel buat orang tengah aku ni memang makan sogok la. Dia tidak bagi tau. Bagus. Good job orang tengah!! (Tq to Rusli @ Yai)




15 Dec 08 (Monday) - Hari ni cadang mo bagi my "angel" surprise note gitu... tapi, ter-busy la pulak... sorry....


16 Dec 08 (Tuesday) - So kali ni pulak aku bagi dia ni HELLO KITTY with notes. Masa tu dia tiada di bilik. So, benda ni digantung di pintunya. Aku dengar dia masih tertanya-tanya sapa dia punya Guardian Angel. Hehehe...



17 Dec 08 (Wed) - Kali ni aku bagi dia ni 3 little cute flowers yang dibeli di kedai RM2.00 with notes saying "You Have Been Watching By Your Guardian Angel" dengan harapan dia tahu la sebenarnya aku yang membagi dia. Saja aku bagi clue dengan dia ni. Tapi dia masih tak tau. Actually, dia ada datang jumpa aku memberitahu kepadaku bahawa dia punya Guardian Angel ada memberi dia bunga. Mungkin dia saja mo bagi tau aku pasal dia tau aku suka dan mempunyai bunga2 seperti ini. Tapi aku heran dia masih tidak boleh teka yang aku la dia punya Guardian Angel. Aku dengar dia teka si Ros pulak dia punya Guardian Angel. Hahaha...



18 Dec 08 (Hari Pengakuan..) - So, hari ni adalah hari pengakuan.... aku tahu dia tak akan masuk ofis hari ni pasal dia ada kerja di luar. So, tak boleh la aku bagi dia face to face ni hadiah. Hari Jumaat baru dia masuk ofis sedangkan aku start cuti esok. Walau bagaimanapun, aku harap dia akan membaca blog ini.
So, my Dear Angel, sekiranya ko membaca blog aku ni.... nah ambik ni hadiah!! I know its not from TOMEI... but i hope you will love it .... Jangan baca ni blog lama-lama. Pigi sambung buat kerja!!! Hahaha....


Mo tau siapa my "angel" tu????

............

.........

........

..........

..........

..........

........

................

..............

Sila turun bawah....

.............

...........

.......................

............

..............

...........

..... lagi....

..................

....................

................

...........

turun lagi....

....................

......................

......................

..................

......................

sila turun lagi....

................

.......................

.............

.............

...............

sila turun sikit lagi.....

......................

................

...............

.................

sila-sila....

..................

..............

...............

.........

aa...ah... betul la tu...

...............

.............

...............

.............

betul la namanya tu....

..........................

.................

..............

.............

.......

SILAWATI la namanya!!!

Hahaha....

MERRY X'MAS!!