Thursday, March 31, 2011

I'm in INTREND

Heyyyyy.... baru juga aku cerita hari tu gambarku termasuk dalam blog orang.  And... guess kali ni apa pulak??

??????????????????
??????????????????
??????????????????
??????????????????
??????????????????
??????????????????
??????????????????
??????????????????
??????????????????


I am in INTREND magazine!!  


Ooohhh woww.... Ndak sangka pulak ya.  Hahaha... ini gara-gara pigi acara JKhan Fashion Show bulan February 2011 tu la.  Ndak sangka termasuk la pula muka si Chinadoll ni..... ya la kan... ramainya lagi tu tetamu-tetamu kenamaan or "somebody"... bulih-bulih gambar me and my bff termasukkah? Ni kali laa... Huhuuu....

Tak mau cakap banyak pasal ni.  Kalau mau tau apa cerita di sebalik gambar ini... pigi la beli majalah Intrend keluaran April 2011.



Monday, March 21, 2011

British Vs. American

Oleh kerana stok kucingku telah makin berkurangan.... hari demi hari semakin pupus kerana tua... pengurat dan tidak pandai pulang ke rumah... dan yang tinggal hanya 3 ekor iaitu si Baby Hitam, si Oren @ Sadong & Babyphatt... itupun dorang ni suka hati mau pulang rumah ataupun tidak tapi time makan tetap pulang punya. Maka i decided untuk memelihara kucing baru. YESSS!! Kucing baru. Kali ni aku pikir mau piara kucing yang memang disimpan di dalam rumah. Macam tidak picaya ooh kan... selama ni aku pelihara kucing, tapi kucingku tinggal di luar rumah. Kenapa kali ni so special??? Sebab... kali ni... aku mau BELI kucing!!

Untuk makluman, this is BRITISH SHORTHAIR. Ini memang kucing idamanku la. Seharusnya warna GREY. Actually, grey is not my favourite colour tapi untuk kucing... it has to be GREY!

(Gambar dipetik daripada internet. Untuk makluman, gambar ini telah dijadikan profile pictureku di dalam FB gara-gara ada orang yang tidak aku kenali telah men-tag foto-fotoku di tempatnya... eee... yuckss! Biar la aku jadi kucing gendut buat seketika. Hihihi)

Chantiqqq kan si maw-mau ni?? Sudah laa grey... gendut lagi... lepas tu mukanya pun macam kucing jahat. I likeeee...

S0, setelah 3 minggu berturut-turut mencari kucing di Gaya Street, akhirnya..... aku tidak jugak jumpa baka British Shorthair. Kucing kelabu pun tiada di pasaran. Alaahaiiii.... desperatenya aku mau memiara kucing... ya laa... apa tidaknya... kucing-kucing yang ada sekarang ni langsung tidak mau bermain sudah. Ini kan lagi bermanja-manjaan. Jangan harap la. Kalau disayang/dipegang terus lari! Eeeee... menyampahnya aku!!! I miss my Kelabu :(

(In Memory - hilang sudah ni. Ndak pulang rumah sebab asyik mengurat dan aku redha kehilangannya... jangan jak aku tau dia mati kerana dot-dot-dot...)

So, akhirnya... aku telah beli si Hensem @ Encem ni... Cukup hensem kah dia?? Hehehe... Di sini si Encem baru berumur 3 bulan. Menurut penjual si Encem ni... dia ni adalah baka daripada AMERICAN SHORTHAIR.

(Gambar diambil pada hari pertama si Encem berada di rumah - umur 3 bulan)

Entah la kenapa aku boleh terbeli si Encem ni. Mengkali pasal desperate sudah kan. Lagipun tiga minggu berturut-turut pigi ke Gaya Street... asyik-asyik kucing persian saja yang bertempiaran. Kalau boleh aku tak mau la piara kucing jenis bulu yang panjang-panjang tu pasal aku takut nanti aku kena penyakit asthma sebab simpan kucing dalam rumah. Ya la kan... lately aku ni asyik sakitttttttttttttttt saja....

Cuma aku ada sedikit keciwa juga la... Pasal aku rasa si Encem ni bukan laa pure breed from American Shorthair bah. Sudah laa mahal aku beli. Bila dia makin membesar/dewasa, aku tengok muka si Encem ni macam kucing kampung la pulak. Mengkali campuran sama kucing kampung bah dia ni. Cuba bah kamu tengok ni. American Shorthair kah dia ni????



Tapi aku tetap sayang sama si Encem ni walaupun kasih sayangnya sama aku agak "KURANG" kerana dia lebih sayang dengan my maid. Huhhh!! Ya laa kan... pasal my maid yang kasih makan dia dan sentiasa berada di sisinya. Infact, menurut my maid, jam 5 pagi si Encem akan menangis di luar bilik my maid, minta buka pintu sebab mau tidur dengan my maid. (Sama aku ndak mau pulak. Benciiii... tapi sayanggg)

Sekarang umur si Encem sudah lebih kurang 6 bulan gitu. Kesian dengan si Encem ni sebab kehidupannya dalam rumah jak. Apa ndaknya, asal keluar rumah, dia akan kena serang oleh kucing-kucing yang lain. So, terpaksa dikasi keluar time "taiko-taiko" tu keluar. Hahaha...



Ini baru la gambar Pure Breed American Shorthair.... Punya cantik dan gumukkk... very-very like la. But these cats are not for sale... Ini kucing kedai - for display only ya... Aku berharap nanti si Encem akan besar dan gemuk macam kucing-kucing ini. Tapi aku tengok muka si Encem jenis bukan bulat :( - betul-betul muka kucing kampung!! Adehhh... bolehkah ada miracle tu ya?


Haaa... yang ni apa pulak??? Khikhikhikhik... ini just IKLAN SEMATA-MATA... ini gambar anak buahku bersama dengan kucing monsternya - spesies Maine Coone kalau tak silap aku. Saja jak aku mau tayang gambar ni dalam blogku pasal aku terkejut meningu kucing ni besar. betul. Kupikir anjing bah. Hahahaha... Punya siok kalau aku ada kucing macam ni. Boleh dipaluk-paluk... aduiiii... bestnya...



Sunday, March 20, 2011

Samsung Galaxy

Ini bukan laa cerita baru... tapi memandangkan aku ni sudah lama tidak update blog,  jadi kasi chan la bah aku mau cerita pasal my cool gadget yang bernama SAMSUNG GALAXY. Actually, masa birthday my hubby on December last year, dia minta belikan aku ipad.  Uisehh... mau ipad kunuk... hehehehe... Kebetulan my friend si Zally telah membeli dan menunjukkan dia punya Samsung tablet ni, lantas aku pun terpikat dan jatuh chenta.  Pikir punya pikir, bagus aku belikan lakiku Galaxy daripada ipad.  Kerana.... aku ada 4 sebab... iaitu:

1.   Sizenya lebih kecil dibandingkan dengan ipad (namanya pun tablet).  Boleh masuk dalam handbagku.

2.  Pasal ada camera... siap boleh buat video call and i can take photo and immediately upload dalam facebook.  Hihihi... itu yang best tu.

3.  Ianya juga berfungsi sebagai handphone okay... but bukan la kita guna macam guna phone biasa. Boleh pakai earphone (kalau tak mau perbualan didengar oleh orang) dan boleh juga loud speaker.  

4.  Dan sebab yang ke-4 ialah.... Hujung minggu boleh jadi milikku - KEGUNAAN BERSAMA laa katakan... hahahaha... kalau aku pigi salon, aku boleh guna.


Nah... here is what CHLEO says about this cool gadget... please take a look.


And guess what? Setelah aku beli ni tablet, my hubby komplen! Dia cakap terlampau kecik la pulak.  He still want the ipad :(.  Matanya tidak nampak kunuk padahal tu tulisan boleh kasi zoom bah macam ipad jugak.  Sama juga fungsinya macam ipad.  Alasan jak bah tu padahal ndak pandai guna bah tu.  Hohoho...  Jahatnya aku... Hahaha... (To my hubby: "Maafkan binimu ni lai... hehehe.... harap-harap CIMB kasi free ipad la next month ya")

And.... finally, this tablet is belong to me, myself & I.  So, baju hitam terpaksalah dibuka dan ditukar dengan baju pink.  



And what say you about this baju pink??? nice tak? Ngam dengan orang nya kan.  Hihihi...

Friday, March 18, 2011

Kek Suji

Believe it or not??? Hari ini dalam sejarah... aku telah terbikin kek!!  Hahaha... Sebenarnya resepi ni telah diberi oleh my opismate si Saima long-long time a go... agak-agak dalam tahun 2000/2001.   Bila nampak orang membikin kek di dalam fb kan.. tiba-tiba kepingin... ada hati mau bikin kek pulak.  Walaupun kek ni tidak la seberapa... tapi ini saja la yang mampu aku bikin.  Kek yang paling simple seumur hidupku pernah ku bikin. Hihihi...

Jadi, malam ni aku telah merajinkan diri dan membuat kek suji ni.  Time aku buat ni kek... takut-takut aku.  Aku lupa-lupa bah macam mana cara-cara mau membikin kek ni.  Aku rasa hampir-hampir ndak menjadi bah kek ku ni.  Berdebar-debar jantungku.  Apa ndaknya... adakah aku pakai butter keras (yang masih sejuk/frozen)... i mean, terus-terus bah aku kasi masuk di mesin penggaul tu.  Ahahahaha... budssss nya aku... Betul-betul aku lupa cara-cara/etika membuat kek bah.  Ketara la bah... ndak tingu tv siaran masak-memasak.  Hina eh aku ni.

Tapi.. berkat kesabaranku menunggu butter ku lembut/cair... sebati jugak adunan kek ni. Hehehe...


Guna ni oven pun aku tidak tau ooh... terpaksa rujuk buku lagi. Hinaaa eh...


Si Hensem pun ndak sabar mau tau samada kek ku ni menjadi kah tidak.  Takut aku kek ku cair/tidak menjadi....

Setelah 45 minit... laki aku siap turun dari bilik sebab terhidu kek ku yang wangi ini.... jan jeles... Walaupun rupanya tidak seberapa... tapi... sedapnya.. mau tau... huhhhh!! Kamu cuba la sendiri... Makan panas-panas ... fuyooo sadapppp ooh!  Tak percaya?? Try la buat.



So, puan-puan... di sini saya mau share resepi kek suji yang simple tapi sedap ini...

Bahan-bahan yang diperlukan:

250gm butter
250gm gula
250gm tepung gandum
220gm telur (anggaran 3 biji)
150gm susu segar
100gm tepung suji
50gm kismis
1 sudu teh serbuk penaik


Cara-cara membuatnya:

*  Rendam tepung suji dan kismis bersama susu segar selama satu jam.

*  Pukul butter dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit.

*  Setelah sebati dan gebu, masukkan adunan tepung suji berselang-seli dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik

*  Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama lebih kurang 45 minit.
 
*  Untuk rasa yang lebih enak... biarkan kek semalaman dan kemudian hidangkan kepada tetamu puan-puan.


SELAMAT MENCOBA....

Thursday, March 17, 2011

I can't stop from eating you

Actually aku bukan laa seorang penggemar kepada makanan manis. Tapi lately, hmmm... i just can't stop from eating you.... hahaha...


Hormon agaknya ya... salahkan hormon tapi sebenarnya mimang rangkak! Hahaha.. Minta-minta jangan la gemuk lepas makan ni.

Heyyyy... semua pun nampak sedap kan. Sudah la nampak sedap. Wangi pulak tu... kalau sudah masuk pigi kedainya... aduhhh.... mimang cannot resist la...kalo boleh semua pun mau dibeli/dirasa.


So far, aku punya pebret donut adalah perisa Tira Cinno, Presidential Sweet, Duren Duren, Californian Almond & Chocoholic. Hmm... Yummyliciousnya bah... menyebut nama-nama donut ni pun sudah bikin aku berliur. Kamurang pulak suka perisa apa?
So,sesiapa yang berkenaan di luar sana.... mana la tau baik hati mau menghantar donut kepadaku... dipersilakan la ya... terima kasih....

Wednesday, March 16, 2011

Blog

Iklan sekejap... 

Walaupun kisah ini sudah lama berlalu... tapi aku mau post jugak cerita ni.  Pasal aku sudah lama hutang mem-blog.  So, ni kali la.  Ahahaha....

Dengan bangganya aku ingin memberitahu bahawa muka ku telah termasuk di dalam blog orang!  Ahahaha... dan ini bukan la kali pertama ya... Sebenarnya aku pun tidak sedar diri dan tidak sangka si Francis (tuan punya blog) akan masukkan gambar aku dalam blognya.  Itupun aku tau daripada my friend Nal.  Check this out  ---->  From Famila With LVoe  <----- click situ.

Bukan calang-calang... termasuk jugak muka aku dalam blog si Francis si pencinta LV -  In LVoe with Louis Vuitton.  Isn't it cool? Blog si Francis ni hebat kalau kamu mau tau.  Dari sini la aku dapat info terkini kalau mau tau pasal product LV.   


Nahh... tengok tu gamballl ku... hihihi... time ni aku pigi bercuti di London time tahun baru cina baru-baru tu.  Ngam-ngam aku terjumpa kawanku si Ija.  Dia kebetulan berada di London time tu kerana bertugas (MAS Stewardess).  Sebut pasal london... nahhh... hutang lagi aku ni... adehh... dua kali sudah tripku ke London belum pernah diblog kan... aduhhh... sadish... 


Yang ni pun salah satu gambarku yang termasuk dalam blog orang.  Aku sebenarnya tidak kenal dengan tuan punya blog ni.  Aku tahu mukaku termasuk dalam blog si Borneoboy ni dari si Cath la.  Hihihi... Thanks Cath.



Ini gambar diambil time me, my bff & my niece pigi ke JKhan Handbag Preview Collection on 16 February 2011 tu.  Ndak payah la aku blog kisah pasal fashionshow tu.  You all boleh baca terus di blog si Borneoboy ni ------> J Khan Strike Again <------ click situ

Yang lucunya tu kan... bulih-bulih si Borneoboy ni tulis dalam blognya, "Same row with me: Three beautiful KK's Socialites".  Ahahahaha.... sudah laa ditulis "BEAUTIFUL"...  "KK'S SOCIALITES" lagi tu... hihihihi... kelas gitu.  Thanks Borneoboy... i LIKE...

Tuesday, March 15, 2011

Darlie

Hari ni terasa mau mem-blog.  Yaa... aku tau sudah lama aku tidak mem-blog.  Dan aku ada banyak hutang mau mem-blog.  Ahahaha... Actually semalam lagi aku mau mem-blog tapi internet streamyx slowwww betul.  Sekali aku check aku punya galaxy (line Maxis)... pun dua kali lima.  Bila aku check internet di BB Torch hubby (line digi)... pun sama jugak ya.  Apa mau jadi daaa.... pasal Tsunami kah ni sampai internet jadi slowww kaput ni?

Anyway, memandangkan hari ni internet ada okay-okay sikit... jadi malam ni aku mau bercerita. Ya.. moodku tiba-tiba datang ni.  Hari ni aku mau bercerita pasal ubat gigi.  Apakah ubat gigi kegemaran anda? Ubat gigi @ toothpaste bah yang aku maksudkan ni.... 

Kalau aku la kan, sejak dari dulu kan... aku memang suka jenama DARLIE... compare sama COLGATE.  Ndak tau la kenapa. Mengkali pasal flavour dan mint nya yang buat aku dan lakiku selesa dengan Darlie.  Bagiku kan, ubat gigi punya peranan ni sama jak bah dengan sabun mandi... mengasi bersih dan wangi.  Kalau dalam iklan tu.... bukan main lagi bah... cakap konok boleh memutihkan gigi.. ndak la ku picaya bah. Kalau mau kasi putih gigi... pigi ko sana buat dental treatment... nahh... bayar ko beribu-ribu lemon... konpom ko dapat gigi putih.  Hahaha...

Ini laa gambar ubat gigi Darlie yang sudah lama kami gunakan. DARLIE DOUBLE ACTION.  


Dulu kan... Darlie ni dikenali sebagai DARKIE.  Lucunya kan namanya dulu-dulu.  Ngam jugak ditukar tu nama.  Kalau ndak tu... haiyaaa... berdaki la gigi orang yang memakai ubat gigi ni ;p.  Hohoho...

Kebetulan hari tu ubat gigi Darlie kami sudah habis jadi  aku pesan la sama laki suruh beli. Entah angin apa tiba-tiba dia telah tukar flavour ubat gigi kami.  Dia telah membeli Darlie All Shiny White (Lime Mint).   Sebelum ni kami pernah juga try yang Darlie All Shiny White (colour biru) tapi aku tak brapa berkenan dengan flavournya.  Aku lebih suka dengan perisa double action.

Tapi kan... bila aku try ubat gigi ni - flavour lime mint... alalalalaa.... punya laa sedappppppp rasanya..... wangi lagi tu...  bikin aku semangat mau berus gigi.  Ahahahaha... Bah.... kepada sesiapa yang mau menerai ubat gigi ni... apa lagi... jan tunggu lama-lama... pigi la beli di Giant/kedai runcit yang berhampiran dan try sendiri!!  Dijamin sadappppppp especially kepada penggemar Darlie. Huhuuuu....