Wednesday, April 29, 2020

Happy Birthday Cdar

To my jantan cabrets yang lahir pada 29 April... hahaha...

You have been my closest and dearest friend for a looooong time.  You were always with me, supported me and boosted me up when i was down... even when i mejok-mejok and marah-marah.  Hahaha.  Thanks for being such a wonderful and hensem friend of mine.  Adek manja sia bah tu... Pheeewittt...

I wish you the very best on your birthday and in the year to come.  May Allah swt bless you with good health and happiness always.  May success follow you in wherever you go and whatever you do in life.

HAPPY BIRTHDAY CDAR, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA and STAY AT HOME! 

P/S:  Ndak dapat la kita buat acara sungkaian bersama tahun ni kan nak.  Hopefully after PKP kita celebrateeeee ya... Hadiah bestday nanti tuntut after PKP ya!




Saturday, April 25, 2020

Hi everything


Hi everythinggg...  how are you to find out? 😜😜😜

Friday, April 24, 2020

Northern Lights Photography Tour & BBQ



Throwback percutian pada 14 Dec 2019.  Misi untuk melihat aurora tidak tercapai/gagal.  Huhuuu... Apakan daya.  Cuaca pada malam itu tidak mengizinkan.  Tiada nasib lorr.  Disuruh cuba di tahun akan datang lagi.

FYI,  untuk pigi tengok aurora ni saya beli pakej melalui Get Your Guide.  Kebetulan masa saya beli pakej ni ada promo 20-25% sempena tarikh 11.11.  Saya pilih pakej Northern Lights Photography Tour & BBQ by Nordic Unique Travels.   

Pakej termasuk:

*  Pickup and drop-off at hotel/accommodation in Rovaniemi area (within 10km)
*  English speaking guide
*  Winter clothes (overalls, boots, gloves and hat)
*  Campfire BBQ and blueberry tea
*  Professional photoshoot
*  Photos after the tour

Duration:  approx. 3 hours

Kami diambil oleh tour operator di penginapan kami di Lapland Hotels Sky Ounasvaara dalam sekitar jam 8.00 malam (waktu tempatan).  Mula-mula kami dibawa ke satu tempat untuk bertukar pakaian (overalls, boots etc).  Dari sana kami dibawa ke tempat untuk melihat aurora.  Agak-agak dalam 30 minit perjalanan dari bandar.  Kami dibawa ke tepi tasik beku.  Tempat tu gelap betul.  Harap torchlite and unggun api saja. Cuaca malam tu dlm sekitar -1 celcius only. May be tak brapa sejuk sangat kali tu la aurora pun tak keluar-keluar.

Semasa sampai ke tempat tu, pihak tour operator tengah sibuk untuk menyalakan unggun api sebab nak buat light BBQ (sausage/jagung etc).  Sis tak brapa nak ambil gambar surrounding sebab keadaan gelap sangat... harap cahaya dari unggun api saja.  Ambil gambar pakai handphone pun blurr sebab cuaca sejuk kali.  Jadi, sis tak la upload gambar sis yang guna hp tu di sini.  Tak cantikkk pun 😂😂😂.

Mau juga 1 jam lebih kami menunggu aurora tapi ndakkk jugak dia keluar bah.  Jadi... mau dijadikan cerita... ndak la kami dapat bergambar dengan aurora bah...  

Nasib ada camera (DSLR) mahal kunuk 😂😂😂.  So, bergambar dengan pokok kayu kering pun jadi la ya 😂😂😂.





Ini saja la gambar-gambar yang dapat sis share di sini.  Actually ada banyak lagi gambar random dengan group tour di unggun api segala tapi sis tak sempat download la pulak.  Sis download photo yang ada muka sis saja 😂😂😂.  Photo-photo ni Nordic Unique Travels hantar by email sehari selepas lawatan.  Insya allah kalau ada rezeki, dapat jumpa aurora di masa akan datang.   

Thank you Nordic Unique Travels for this amazing photos.  

Thursday, April 23, 2020

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadan


Panduan Solat Sunat Terawih Di Rumah (Untuk Wanita)












Info dipetik dari facebook

Sup Sayur Cendawan

Hi ouls!  Hari ni sis mau share resepi macam mana mau masak sup sayur cendawan tiram.  Simple ja... tapi sedap.  Ngam ni untuk menu orang diet-diet.  Hihihi. 

Ok, bahan-bahannya seperti berikut:

1 paket cendawan (dicarik-carik/ikut suka)
Sedikit sayur sawi (ikut suka/nak campur boleh...tak nak pun ok)
4 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 biji tomato (belah 4)
1 biji lada besar/merah (belah 2)
Sedikit ikan bilis
Serbuk lada putih
Perasa (garam/aji)
Daun Sup (hiris)

Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih.  
2.  Setelah kekuningan, masukkan ikan bilis.
3.  Apabila wangi, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
4.  Setelah mendidih, masukkan cendawan, sayur sawi, tomato, lada merah, serbuk lada putih dan perasa.  Matikan api apabila sayur/cendawan sudah mulai masak.
5.  Akhir sekali, masukkan daun sup dan tadaa... jadi la sup sayur cendawan sia.  Sedia untuk dimakan 😁😁😁.




Wednesday, April 22, 2020

Snapchat Filter

Sebelum titun, main snapchat filter camera.  Chanteknya la bah mekap begini ni.  Mancung lagi tu hidung.  Hihihi... Good nite lovely peeps.  Sweet dreams.







Bangkok Fashion

Terjumpa gambar-gambar ni dalam handphone.  Sis memang suka ambil gambar fesyen baju-baju.  Gambar ni semua sis ambik time pigi ke Bangkok Januari 2020 hari tu sebelum PKP.  Jadi sebelum sis delete foto-foto ni di handphone, bagus save di sini dulu la supaya lain kali boleh tengok balik gambar di sini.  Tengok ni gambar terus rindu mau shopping di Bangkok.  Kalau dulu sis suka shopping baju di Hong Kong.  Tapi setelah sis ke Bangkok, terus terpikat dengan fesyen baju di Bangkok sebab harganya jauh lebih murah dari HK.  Bangkok is a must shopping place for me.  So mesti repeat shopping di Bangkok kalau boleh every year 😜😜😜 dengan syarat kena cari tiket murah la and direct flight from KK - DMK supaya tak penat dan tak mahal.  Kalau singgah KL kos lagi.

My favourite place shopping kalau di Bangkok is di Platinum mall and Union Mall.  Tak lari kurang-kurang mau 20 helai baju juga aku rembat 😝😝😝.  Itu saja la.  Ok bai.




















Tuesday, April 21, 2020

Program Subsidi Upah (PSU) SIP, PERKESO

Syukur alhamdulilah... hari ni terima emel dari Perkeso duit PSU sudah masuk.  Boleh lah serba sedikit dapat membantu syarikat untuk menampung bayaran gaji pekerja sepanjang tempoh PKP ni.  Syukur... amat-amat... Ya Allah ...  🙌🙌🙌



Apakah Program Subsidi Upah?

Subsidi upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.  Tujuan Program Subsidi Upah (PSU) ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program Subsidi Upah yang diumumukan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020.

Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa 1 April 2020.  Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.  Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.  Butiran lebih lanjut boleh baca di sini.

Kepada majikan yang terkesan dan belum memohon, boleh lah cuba membuat permohonan secara online di website ini.

Nota: 

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka, tidak memotong gaji ataupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Monday, April 20, 2020

Ayam Masak Serai Thai

Hai gais... hari ni sisthur masak ayam masak serai Thai kunuk.  First time masak ayam serai-serai ni.  Biasa kalau kepak ayam ni aku goreng jer.  Resepi ni sisthur nampak dari FB/IG ya.  Yang tiada idea mau masak apa tu, boleh la cuba resepi ni.  Sedap jugak.



Bahan-bahan:

6 kepak ayam*
1 tsp serbuk kunyit*
Garam*

*Gaulkan semua bahan di atas, goreng ayam hingga masak tapi jangan terlalu garing.

Bahan-bahan sambal:

2 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)

Bahan kisar:

5 biji cili besar/merah
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara-cara memasak:

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2.  Masukkan serai dan daun limau purut.
3.  Kacau rata masukkan kiub ayam
4.  Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
5.  Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6.  Tambahkan 1/2 cawan air, masak hingga pecah minyak.
7.  Tutup api, sedia untuk dihidang 😊😊




Sunday, April 19, 2020

Throwback 2003 - Seoul, Korea

Memandangkan PKP ni sisthur ada banyak masa free, so sisthur mau share some of my foto-foto percutian.

This was 17 years ago... semasa percutian musim winter in Muju Resort (Deogyusan Resort), Seoul, Korea pada awal tahun 2003 (Januari or Feb 2003 I can't remember).  Mudanya sisthurrr time ni 😁😁😁.  How time flies... yeehaww...

Tengok ni.  Chomel kan sisthur 😆😆😆






Itu ja la untuk hari ini 😁.

Faces of Cats










This is my Puteh.  He is siamese cat.  Puteh bring success, good health & long life 💗💖💓



This is Husky.  Husky is BSH in grey color.  Husky bring love & harmony to my home 💖💖💖


This is Princess Jasmine Aladdin.  She is mix maincoone & parsi (striped).  Jasmine bring 
good fortune & happiness  💖💖💖