Showing posts with label covid19. Show all posts
Showing posts with label covid19. Show all posts

Sunday, May 24, 2020

Raya PKPB Be Like

Raya PKPB be like πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.  Kena ikut SOP beraya di rumah orang walaupun di rumah family sendiri πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.  Comel sangat la gaya tuan rumah nie πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.




Saturday, May 16, 2020

Projek Color Rambut LIESE

Hari ni buat projek mengcolor rambut DIY di rumah.  First time buat sendiri di rumah ohh.  Mujur ada si Rika di rumah boleh bantu-bantu mengecat.  Not bad juga la hasilnya macam buat di salon juga.  Kalau bikin di salon brapa ratus sudah ni harganya.  Hihihi.  Aku guna produk LIESE (Creamy Bubble Color - Cool Ash).  Senang guna macam pakai syampu saja.  Boleh didapati di Watson/Guardian dengan harga RM30.00++ sekotak.  FYI, aku cuma pakai 1 kotak saja walaupun rambutku panjang sebab rambutku bukannya tebal pun.







Hasilnya... 


Actual color tidak seperi dalam gambar ni.  More to ke hijau-hijauan.  Maybe pasal lighting jadi nampak warna tu agak keperangan. Boleh nampak juga tu color macam rata.  Nanti tingu 1 minggu kemudian baru tau warna sebenarnya.  Sebab biasanya lepas 1 week baru warna tu akan turun sebati. Itu saja la aku mau share hari ni.  Bye!

My Ikan Steam Kerapu Merah

Hari ni laki beli ikan kerapu merah dari pasar Menggatal.  First time la membeli ikan kerapu ni.  Sebab aku balik-balik suruh beli ikan yang aku boleh steam guna my TRIO.  Jadi betul-betul dibelikannya aku ikan kerapu.  Bukan alang-alang ya.  Beratnya 1.1kg.  Harganya cuma RM17.00.  Hokayyy.... that was cheap ya. 

Jadi, aku pun semangat la mau men-steam ini ikan.  Resepi stim ikan kali ni aku mau cuba guna resepi dari my friend si Suzana sebab aku nampak dia selalu post-post gambar ikan stimnya dekat IG yang nampak sangat menarik.

Aku siap gambar ikan tu dan send sama bapaku.  Bapaku call aku and ajar cara potong tu ikan supaya ikan tu boleh dikasi tiarap di atas piring πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.  Well, food presentation is very important.  Preparing untuk stim ikan ni sekejap sebenarnya.  Mudah dan sangat senang sebab bahan-bahannya tidak banyak.  Memang semua bahannya ada dalam icebox sudah.

So, menu berbuka puasa hari ini adalah sangat simple.  Ikan kerapu steam kicap and sayur sawi garlic.  Ikan tu masak ngam-ngam waktu berbuka. Dia punya rasa.... maigattt... Wow! SANGAT SEDAP! And tidak mengecewakan.  Thank you Suzana.  I lop u πŸ’–πŸ’‹. #achievementunlock! Hahaha..




I want to share with you gais dia punya resepi di sini.  Mungkin ada yang berminat mau cuba kan.

*Bahannya:

1 ekor ikan kerapu merah
Fish sauce (Entah apa brand)
Seafood sauce (aku guna Lee Kum Kee)
Sos tiram (juga from Lee Kum Kee)
Kicap soya cair (aku guna KIKOMAN)
Lada putih
Sesame oil (minyak bijan)
Sikit gula
Maggie Cukup Rasa

*All mix with hot water.  Baru siram atas ikan, perap kejap.  Aku perap dalam 30 minit gitu. Then steam tu ikan.  Aku set 20 minutes guna steamer TRIO ku.  Memang power.

5 minit sebelum ikan tu masak, aku masukkan halia hiris.  Then after 20 minutes, ikan sudah masak... baru la i tabur aksesories.  Korang boleh letak apa ja yang korang suka.  Yang ni aku letak halia hiris (goreng), bawang putih dicincang (goreng), daun bawang (hiris) dan daun sup.  Kalau ada daun ketumbar lagi wangi.  Tapi since tiada ketumbar, aku kasi letak daun sup ja la.  But before aku letak aksesories, aku tuang lagi sedikit minyak bijan di atas ikan supaya wangi.  Kasi perfume-perfume dia sikit πŸ˜†.  

Okay, selamat mencuba.

Thursday, May 14, 2020

Memanik & Membatu

Projek malam ini - menampal dan membatu baju yang sudah lama siap. Bongkar manik dan batu  terjumpa warna yang sesuai. Gigih sis kasi siap πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Boleh sudah dipakai untuk fesyen show dalam rumah atau dipakai raya tahun depan atau acara yang sewaktu dengannya 🀭🀭🀭.  Raya tahun ni sis tak balik kampung.  Duduk di rumah jer la ... sambil tingu IG/FB πŸ˜… dengan memakai baju tidur.  Kesian baju-baju sis yang sejak tahun lepas lagi dah siap terpaksa carry forward ke raya tahun 2021 πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….  Itu pun kalau masih muat la.



#acaramemaniksetiaptahun😁 #walaupuntahunnitakraya

Wednesday, May 13, 2020

Friday, May 8, 2020

Bil Letrik PKP



Psstt!  Sudah kamu terima bil letrik rumah kamu? Aku baru terima bil letrik kelmarin. Ngam2 tu staf SESB ada depan gate tengah check meter reading.  Terkejut makkkk terima bil.  Untuk 2 bulan punya bil letrik is RM1664.85. (Bulan Mac is RM653 and bulan April is RM1012.85). Last payment is 4 Mac 2020. Never in my life bil letrik sebegini tinggi. Paling tinggi pun dlm RM600++ sebulan. Ndak juga pasal steamer baru bah kan 🀣🀣🀣. 3 org ja tinggal dalam rumah ni. Dan hanya guna 1 acond (panasonic 2hp mini) saja dalam bilik kami dan bukan guna 24 hours. Sebab kalo di bawah kami memang akan lepak di luar dengan pakai kipas saja. Kamon SESB... betul kah ni meter reading siurang πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ. Banyak ni tau. Bulan ke 2 saja sudah 1k++. Diskaun yang Kerajaan bagipun ciput.  Hanya 2% bah untuk bil RM400 ke atas πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….  Maigatt...

Tuesday, April 21, 2020

Program Subsidi Upah (PSU) SIP, PERKESO

Syukur alhamdulilah... hari ni terima emel dari Perkeso duit PSU sudah masuk.  Boleh lah serba sedikit dapat membantu syarikat untuk menampung bayaran gaji pekerja sepanjang tempoh PKP ni.  Syukur... amat-amat... Ya Allah ...  πŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ



Apakah Program Subsidi Upah?

Subsidi upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.  Tujuan Program Subsidi Upah (PSU) ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program Subsidi Upah yang diumumukan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020.

Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa 1 April 2020.  Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.  Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.  Butiran lebih lanjut boleh baca di sini.

Kepada majikan yang terkesan dan belum memohon, boleh lah cuba membuat permohonan secara online di website ini.

Nota: 

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka, tidak memotong gaji ataupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Saturday, April 18, 2020

Bantuan COVID-19 Sabah

Kerajaan Negeri Sabah telah membuat satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang berjumlah RM300 secara one-off.  Permohonan bantuan ini meliputi warga sabah dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berada di Semenanjung.  Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berlangsung.   

Sehubungan dengan itu, rakyat sabah boleh membuat semakan dan membuat permohonan Bantuan Khas Covid-19  melalui sistem bantuan.covid19.sabah.gov.my bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu wecare.sabah.gov.my sejak 15 April lalu.  Laman web ini juga boleh digunakan untuk membuat permohonan untuk golongan-golongan berikut:

1.  Anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
2.  Pemandu Teksi, bas, lori dan kereta sewa
3.  Petani/pekebun kecil, nelayan dan penternak
4.  Porter/Malim Gunung
5.  Freelance Tour guide
6.  Warga tua, anakyatim, orang kelainan upaya (OKU)

So, hari ni sis belajar macam mana nak buat permohonan ni.  Tapi sis bukan buat untuk diri sendiri.  Sis tak layak la ouls... Sis buat ni untuk ibu/bapa sis yang dalam kategori golongan warga emas/warga tua. Tak tau la lulus kah tidak ni.  Just try mohon la sebab ibubapa suruh mohon kan. Harap-harap lulus la.

So sesiapa yang ingin membuat permohonan atau menyemak permohonan boleh tengok di website ini.  Caranya mudah saja.  Just key in no. kad pengenalan dan klik dekat petak kosong (saya bukan robot) dan tekan SEMAK.


Sekiranya belum ada permohonan, tekan butang BUAT PERMOHONAN.


Keluar la gambar macam ni.  PERINGATAN:  Permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.  So pastikan maklumat yang dihantar adalah benar.

Pendaftaran untuk ibu tunggal boleh dibuat melalui website wise.sabah.gov.my.


Isikan maklumat peribadi seperti di bawah (no kad pengenalan, nama penuh, no telefon, daerah, maklumat pekerjaan, sektor pekerjaan dan maklumat lain-lain yang diperlukan)



Last sekali, kena muatnaik gambar kad pengenalan dan dokumen yang menunjukkan no. akaun bank (buku bank, screenshot penyata online banking etc) dalam format pdf, jpg, jpeg, png (maksimum size 20mb).


Ini contoh format lampiran (kad pengenalan & buku bank) yang perlu dimasukkan (upload) ke dalam sistem.

Selepas isi maklumat dan upload gambar, tekan butang HANTAR. Jangan lupa klik di ruangan SAYA BUKAN ROBOT.

So selepas hantar permohonan, boleh rujuk semula permohonan di website tadi.  Key in no kad pengenalan semula dan tekan butang SEMAK.  Then keluar la status begini.  MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIPROSES.  


Begitu la caranya.  Mudah kan? So kita tunggu saja la.  Harap-harap lulus la.  Senang hati jugak dorang terima bantuan ni.  RM300 ouls... siapa kasih kan.  Bah ouls yang di luar tu... kesian ibu/bapa yang tak reti nak upload2 ni.. boleh la tolong buatkan untuk dorang.  Kalau kita tak bantu, siapa lagi nak buatkan untuk dorang kan.   

Itu saja la sis nak share untuk hari ini.  Sekian, terima kasih.

Info dipetik dari:


Thursday, April 16, 2020

Challenge Tag: Travelling Photos

#ChallengeAccepted  #24hrs

I was tagged by Michelle Chong Yun Kee.

I choose 16 photos of myself from 14 countries to remind me of happier times when we could travel freely and hope all the places will be safe from COVID-19 soon.

If i tagged you, please don't disappoint me.  Fitri Suzanie  Sharizal Othman  Anne Charles  Pamela A.Moguil  Lennie Tang  Elsa Emmilia Kee

Upload 4 or more pictures of yourself.  Then tag many people to do the same and keep the day interesting.

To those i tag, i hope you keep this circle going.  Miss my travel life so much.

Pic 1 -  Cape Town, South Africa (2006)

Pic 2 - Florence, Italy (2010)

Pic 3 - Mount Titlis, Switzerland (2010)

Pic 4 - Melbourne, Australia (2011)

Pic 5 - Stonehenge, Wiltshire, England (2011)

Pic 6 - Mykonos, Greece (2012)

Pic 7 - Athens, Greece (2012)

Pic 8 - New York City, United States (2012)

Pic 9 - Jardin De Luxembourg, Paris, France (2013)

Pic 10 - Monte Carlo, Monaco (2013)

Pic 11 - Grand Canyon, Arizona, Nevada, United States

Pic 12 - Cappadocia, Turkey (2016)

Pic 13 - Edinburgh, Scotland (2018)

Pic 14 - Dubai, UAE (2019)

Pic 15 - Rovaniemi, Finland (2019)

Pic 16 - Osaka, Japan (2020)


Wednesday, April 15, 2020

Covid 19: Sporadic



Apakah Maksud Kes Sporadic? Ketua Pengarah Kesihatan, menjelaskan bahawa terdapat 69 Kes Sporadic di negara ini. Kes Sporadic merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19. 

Bagaimanakah dia boleh dijangkiti? Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga.  Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. 

Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Convid-19. Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari. Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka tetapi datang di rumah kita tak bersihkan diri. Terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV. 

Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi. Jagalah diri, hargailah nyawa. Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat. 

Oleh itu, kurangkan pergerakan. Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini. Minum air panas. Mandi air panas (jika ada). Mandi 3 kali sehari (setiap kali selepas keluar rumah).  Minum air putih 1.5 liter sehari.  Basuh tangan dengan kerap dan betul.


Friday, April 10, 2020

PKP Dilanjutkan


Bertabah la semua rakyat Malaysia.  Ini semua untuk kebaikan kita bersama.  We can do it!

P/S:  FYI, kalau tak kena lanjut PKP hingga hujung bulan pun sis tetap kuarantin diri di rumah.  Biar la sampai betul-betul redah dulu.  

Saturday, April 4, 2020

Coronavirus (Covid-19) Pandemic

Just so I NEVER forget ..... April 4, 2020.  Petrol price is down to RM1.30 per liter. Our offices throughout Malaysia will remain closed throughout the MCO period and will continue to operate fully on a work-from-home. All schools abruptly moved online.  Self-distancing measures on the rise. 

Tape on the floors at stores to help distance customers (1 mtr) from each other. Restaurants closed, take out only. Limited number of people inside stores. Non-essential stores and businesses mandated closed. Entire sports seasons cancelled. 

Concerts, tours, festivals, entertainment events - cancelled. Weddings, family celebrations, holiday gatherings - cancelled No masses, mosque, churches are closed.   No gatherings of 50 or more, then 20 or more, now 10 or less. Children's outdoor play parks are closed.  Shortage of masks, gowns, gloves for our front-line workers.  Shortage of ventilators for the critically ill. Panic buying sets in no disinfecting supplies, no laundry soap, no hand sanitizer.   Shelves are bare. Manufacturers, distilleries and other businesses switch their lines to help make visors, masks, hand sanitizer and PPE. 

Government has check points in every province and is closed to all non-essential travel. Airline tickets are cheap but we can't travel. Press conferences daily from KKM, Daily updates on new cases, recoveries, and deaths. Barely anyone on the roads. People wearing masks and gloves outside. 

Essential service workers are terrified to go to work. Medical field workers are afraid to go home to their families. "Flatten the curve" is a daily saying, along with "We are in this together," and "We heal as one". 

This is the Novel Coronavirus (Covid-19) Pandemic, declared March 18, 2020.  Why, you ask, do I write this status? One day it will show up in my memory feed,  and it will be a yearly reminder that life is precious and not to take the things we dearly love for granted. We have so much! Be thankful. Be grateful. Be kind to each other - love one another - support everyone. We are all one! ❤️ Please copy and share!

#copiedfromfacebook  #nakjugasimpandalamblogformemories #2020 #covid19

Wednesday, April 1, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan


Hopefully this will end soon.  Aamiin...

Saturday, March 28, 2020

Friday, March 27, 2020

Tabung Bantuan Khas Covid-19 UMS





Kepada syarikat-syarikat, NGO's, individu dan sesiapa sahaja yang berkemampuan adalah dialu-alukan untuk menyumbang kepada Tabung Khas Covid-19 UMS dalam bentuk tunai ataupun dalam bentuk sumbangan lain seperti makanan (beras, gula, minyak makan, telur, makanan dalam tin, sabun dan lain-lain), mask, sanitizer dan lain-lain.

Bantuan makanan dan lain-lain keperluan ditujukan kepada pelajar UMS di dalam dan luar Kolej Kediaman serta kepada pelajar yang terkesan daripada Covid-19.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita membantu antara satu sama lain untuk memutuskan penularan Covid-19 ini.  Stay at home.  Bersama-sama lah kita berdoa agar situasi ini segera pulih sediakala agar semua rakyat Malaysia boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.  Aamiin...