Wednesday, July 30, 2008

Congratsss NAL on your new Beaubourg!


Semalam aku terima MMS dari my fren - NAL showing his new gorgeous Beaubourg. Aku rasa dia mesti tersenyum masa baca blog aku ni. Ni, kalau datang jumpa aku, kena bawa beg tu sekali. Aku nak tengok dekat-dekat dan pegang, gendong, dukung beg tu kalo boleh .... hehehe

Love Shoes No. 9


Sekarang sudah nak masuk bulan Ogos dah. Aku baru dapat kumpul 9 pasang kasut untuk tahun ini. Kasut di atas ni adalah yang terbaru aku beli semalam. Mula-mula pakai memang rasa selesa. Tapi bila hari ni pakai pergi kerja.... makkkk aiiii.... susahnya aku nak berjalan... sudah la bunyi kelatuk-kelatuk, macam kasut ni kebesaran pulak dengan aku. Bila berjalan kaki pun ikut terkeluar-keluar ni. Sungguh tidak selesa. Aku beli kasut ni pasal aku suka colour nya.
Nampaknya macam mustahil untuk mencapai impian mempunyai 60 pasang kasut sehingga hujung tahun ni kan. Hmmm.... sedihnya.

Sunday, July 27, 2008

Skinny Amber

Kenalkan my new friend - Amber. Not Amber Chia... but my new levis jean - AMBER. She's sooo... skinny.... and i love her....







Saturday, July 26, 2008

Powermate P3000 NEC

Wowwwwwww......... iklan lagi.... bukan kereta saja dicipta berciri hibrid! Komputer pun ya.... Ini la Powermate P3000 keluaran NEC. Haaa... baca ni... 'All-in-One PC featuring pro-multimedia functions. Watch movies, preview photos, listen to music or even edit your very own music video is made possible with this exciting PC'.

Hmmm, agaknya bila la dapat tukar komputer yang di bawah ni dengan yang di atas tu. Aku rasa, komputer aku ni kalo masuk lelong.com pun tak ada orang nak beli.


Friday, July 25, 2008

Selamat Pengantin Baru to Ija...



Ucapkan Selamat Pengantin Baru to Ija.... yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan 25 Mei 2008 lepas. Ija adalah kawan se-ITM ku yang mengambil jurusan Business Studies tapi akhirnya telah bekerja sebagai stewardess MAS untuk penerbangan luar negara you... Aku belum dapat story/info pasal hubby nya ni. Ya la... seperti macam mana dia berkenalan dengan hubbynya tu etc. Dia cuma bagi tahu aku bahawa hubby nya ni adalah chinese dan kerja sebagai steward. Cinta di awang-awangan la tu kot... Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT....

Thursday, July 24, 2008

N96

Iklan lagi ...... It is about the time for the famous N95 to be “retired”, in order to let Nokia N96 wear the Nokia Crown Jewel, the official announcement sets the N96 release date to 31 July. Entah betulkah tidak oooh.... N96 is a total update for N95, in every way from design to specs. The new Nokia comes with a very “industrial” design, very similar to N81. The features list includes a 2.8 inch QVGA display plus 16GB of internal memory (memory can be expanded with an extra 8Gb microSD card). Naturally, the super features list continues with the WiFi connectivity and the enhanced 5 megapixels camera. Wow..... bestnya handphone ni .... So, anyone out there yang berani membida N95ku?? Lan.... oooh Lan.... mana ko ni Lan?? Ko yang mati-mati sangat nak N95 tu kan. Kalo berani, bida la awal-awal. Hehehe....

Wednesday, July 23, 2008

Paris Hilton in Pavillion?


Yaa... betul la tu.... Bukan la orangnya... tapi bag nya.... handbagnya dijual di Pavillion. Setakat ni aku belum pernah pigi lagi. Mo harap laki tolong belikan, nanti tersalah beli bikin panas lagi. Mungkin bulan 9 nanti baru dapat pigi. Paris, wait for me.....
P/s: For those of you yang berminat nak tengok beg Paris Hilton boleh tengok dekat friendster orang ni ----> joey_0621@hotmail.com

Petua untuk berhenti merokok

Hello kawan-kawan, ini ada sedikit Artikel & Info Kesihatan mengenai Kesan & Akibat Tabiat Merokok untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Idea ini muncul kerana tiba-tiba laki aku telah berenti merokok secara drastik! Lucu dan aku sendiri tak percaya tapi benar ya!! Bayangkan laki aku ni dikira heavy smoker... dah 30 tahun merokok dan jenis satu hari, satu kotak dia habiskan rokok tu. Tapi syukur alhamdulillah.... dia berjaya juga berenti merokok. Ni kira dah dekat 3 bulan sudah dia tak merokok. Macam mana dia berjaya melakukannya?? Kerana kesungguhan dan keazaman kot.

Tahukah anda? Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Tuesday, July 22, 2008

2 kematian di rumah Bob



Ingatkah anda dengan si kecil comel ini??? Yang aku pinjamkan dengan kawan (Bob) tempoh hari untuk tujuan mengasih susu sementara menunggu dia besar sedikit baru diambil semula telah disahkan mati!! Ya. Aku dapat berita ni 2 minggu lepas. Sedih juga aku mo update kisah kematian ini dalam blog ni. Kesian... umur tak sampai 2 bulan. Tak sampai 2 minggu aku letak di rumah Bob dia dah mati. Menurut si Bob mungkin pasal dia demam kot. Hmm... rugi aku... sudah la first time aku dapat warna grey macam ni yang jenis kembang bulu (dia ni kacukan siam+parsi). Tak der nasib aku. Yang bikin geramnya tu... ingatkan satu saja kematian. Rupa-rupanya sebelum si Baby Smoky ni mati, kucing yang di bawah ni pun mati juga!! I wonder macam mana agaknya si Bob pelihara kucing-kucing aku ni. Malang betul nasib kucing-kucing aku ni. Terasa berdosa pula aku dengan kucing-kucing ni.

Aku pun tak tau yang mana satu yang mati di antara 2 gambar ni pasal muka dorang ni sama saja. Warna pun sama. Tapi heran juga aku macam mana boleh mati sedangkan dorang ni sihat, gemuk, nakal & comel.

Kain Spider Indon


Kain ini dibeli khas untuk seorang kawan yang akan berkonvokesyen tidak lama lagi. Rasa-rasanya bila dia baca blog ni, dia tentu tahu untuk dia :) . Tahniah geng. Dapat MUET 4 lagi tu. Fuyoo... gua caya sama lu. Phewitt.... Apa-apa halpun, aku harap ko suka dengan kain ni. Masa aku beli kain ni di Indon hari tu, dia kata kain ni model terbaru. Kain SPIDER namanya... Sebab net/lacenya jarang-jarang :) - Harap-harap sempat dijahit sebelum ber-konvo. Tahniah sekali lagi.

Monday, July 21, 2008

The Hair

Hmmm.... apa ni? Macam rambut kuntilanak saja... hehehehe. Akhirnya aku telah melakukan perm terhadap rambutku. Emm... bayangkan, last aku buat perm masa tahun 1998. That was 10 years ago... oh my god.... Kali ni aku buat digital perm yang size paling besar. Walaupun hairstylist tu siap warning aku bahawa kalau buat perm yang paling besar mungkin tidak berapa tahan/menjadi. Tapi aku terima saja. Sebab... sememangnya aku cuma mau rambutku keriting yang ikal-ikal saja... so, ini la dia... The Hair... masih panas lagi... baru buat kelmarin petang :) Kalau cuci nanti, aku tak tau la apa akan jadi. Jangan saja jadi SCARY HAIR ... takuttttt...

THE MUMMY: Tomb of the Dragon Emperor


Iklan sekejap...

To Mummy fans out there.... Please take note.... The summer blockbuster movie is just around the corner- The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (31 July kot... kalo tak silap). Beli la tiket siap-siap kalo tak nak berbaris. Hmmm..... tak sabar hakuuu....

Journey To The Center Of The Earth

Semalam aku dan hubby ke 1B tengok wayang Journey to the Center of the Earth. Best la cerita ni. Lebih best dari wayang Indiana Jones yang aku tengok tempoh hari walaupun kenyataannya hanya 3 orang saja pelakon utamanya. Ceritanya mengisahkan seorang Professor (Brendan Fraser) dan anak buahnya pergi ke ekspedisi saintifik di Iceland dengan dibantu oleh seorang perempuan (Local Guide) dan malangnya telah terperangkap di dalam sebuah gua. Semakin mereka ingin mencari jalan keluar dari dalam gua tersebut, semakin dalam mereka masuk ke lapisan perut bumi. Yang seronoknya, macam-macam pengalaman yang mereka lalui semasa mencari jalan keluar seperti terjumpa giant flying piranha, man-eating plants, dinosaurs, glow birds etc. Pokoknya best la bah cerita ni. Korang tengok sendiri la. Malas aku mo cerita dalam ni.

Saturday, July 19, 2008

Ladaku Hijau...



Tengok tanaman ini. Lada yang segar mugar ni tumbuh sendiri di belakang rumahku dengan bantuan dibaja oleh taik kucingku dan dijaga oleh kucingku (burung pun tak berani hinggap pasal kucing akan menerkam burung-burung yang singgah). Bukan saja lada padi yang tumbuh. Lada besar pun tumbuh!! Senang aku... lama sudah aku tak membeli lada di pasar. Sekarang ni, macam-macam tanaman sudah ada dekat belakang rumah aku. Segala kacang bendi, kacang panjang, serai - tapi jangan korang silap. Yang ni bukan burung yang tanam. Amahku yang tanam!

Wednesday, July 16, 2008

Guess Vs. LV ?

Huhu..... finally.... i found her in Jakarta!! Bayangkan... dah lama aku cari jam ni. Di KK, KL, JB, Perth... dan akhirnya jumpa di Guess Senayan City, Jakarta. Syukur alhamdullilah... Akhirnya dapat aku tidur dengan lena. Berbulan-bulan juga aku mencari jam ni akhirnya jumpa. Yang sebenarnya memang dah jumpa sebelum ni tapi yang ada bukan gold colour. Itupun nasib baik aku terus beli masa dekat Senayan City coz bila cari di tempat lain semua jual warna lain (silver, black, white). Itupun tak semua outlet ada jual. Harganya murah sedikit dari Malaysia coz ada sale. Cantik tak?? Silau mata memandang you.... tapi... tu la aku... tidak dapat dinafikan lagi... ratu bling-bling kan... Hehehehe.



Tuesday, July 15, 2008

Weekend in Jakarta

11 July 2008 @ 8.30pm, aku dan hubby ke Jakarta. This is my 3rd time pergi Jakarta. So, tak banyak tangkap gambar sebab trip kali ni adalah shopping trip. Actually kami dah lama beli tiket ni. KK-Jakarta-KK baru bayar RM200.00 saja. So cheap. Now everyone can fly - Air Asia la. Hehehe. Mahal lagi tambang ke KL. Kami menginap di Hotel Paragon. Hotel ni biasa-biasa ja. Dalam USD35 per nite. Ok la...kalau saja mo pergi shopping walaupun laki aku merungut sepanjang di Jakarta pasal dia tak suka hotel ni. Tak banyak yang mo dicerita pasal trip ni adalah shopping trip. Tempat-tempat yang sempat kami pergi adalah Tanah Abang, Plaza Senayan, Senayan City, Plaza Indonesia, Grand Indonesia, ITC Cempaka Mas dan Ambasador Mall. Itu saja yang sempat kami pergi pasal kami cuma ada 2 hari setengah saja untuk shopping. So, agak kelam kabut la pasal kami balik KK pada 14 July 2008 @ 4.30pm.

Ini gambar kami semasa di Grand Indonesia - besar you shopping mallnya. Exclusive gitu...


Makanan lain-lain tak sempat digambar. Terlupa!!
Ini barangan shopping kami. Sempat aku beli baju for Raya. Tapi tak boleh publish dalam sini pasal nanti tak surprise pulak kan.
Menyempat kami ke Salun D'Glam di Senayan City. Sekali sekala mo juga merasa salun di luar negara. Bila lagi mo merasa...

Yang ni pula di Salun Johnny Andrean di Grand Indonesia. Sambil cuci rambut kami terhibur dengan pemandangan siling gambar angel-angel lucah. Hehehe.


Thursday, July 10, 2008

Yellow Clutch



Hello orang ofisku yang dikasihi dan sedang membaca blog ini!!! Aku nak mintak puji dulu ni. Cantik tak clutch aku?? Sudah la stricking yellow... ada bling-bling lagi. Lepas ni aku kena cari kasut untuk match dengan beg ni. Harganya sungguh unbelievable!! Korang mesti tak akan percaya. Tapi biar la rahsia... kalo dah bosan nanti, i lelong dot com dengan you all ok.

Wednesday, July 9, 2008

Cats Whispering


Kucing-kucing yang tinggal - kesian...

Dark Water



Eeee...... apa tu? Macam Dark Water la.... Ngerinya.... Makin membesar la. Bikin geli!! Berkulat! Cukup la aku mengalami peristiwa "tandas roboh". Jangan sampai atap/siling pula yang roboh! (Orang ofis yang sedang membaca blog aku ni, mesti ingat kes "tandas roboh" ni kan. Sayang la gambarnya sudah tiada. Kalo tak sudah tentu aku masukkan dalam blog ni)

Wahai orang JPP yang berkenaan, simpati la dengan tandas wanita di Aras 3, Blok Selatan ni. Silap hari bulan, hantu Dark Water keluar dari atas tu.
P/S: Aku tahu orang-orang di ofis aku (yang ladies), lepas ni mesti terbayang-bayang/tengok ke atas setiap kali ke toilet. Hehehe.

Tuesday, July 8, 2008

M.A.C

Memandangkan bedak muka DIOR aku dah habis, so kali ni aku nak try product lain iaitu MAC. Dulu susah mo beli product MAC ni pasal di KL jer ada. Since 1 Borneo dah ada MAC, senang la sikit. So, pelaburan hari ini adalah foundation, powder and eye brows pencil. First time beli foundation/powder MAC. Sebelum ni cuma beli eyeshadow MAC saja.
Harap-harap la foundationnya ni ok pasal foundation Laneige yang aku beli sebelum ni ada sedikit berminyak. Sudah la muka aku ni memang jenis berminyak, tambah lagi minyak = boleh goreng telur/buat roti canai sudah atas muka aku ni.

Sunday, July 6, 2008

Hancock


Semalam aku dan laki telah merasmikan panggung wayang GSC di 1 Borneo dengan menonton wayang Hancock. Lucunya cerita ni. Aku syorkan kawan-kawan semua pigi tengok citer ni. Mulanya aku fikir pelik juga nama wayang ni. Ya la... sebab cerita ni kan berkisahkan super heroes. Kita ada Superman, Batman, Spiderman etc and suddenly ada HANCOCK. Rupa-rupanya namanya berkaitan dengan John Hancock insurance tu... Hehehe. Korang kena tengok sendiri la baru faham.

Amah ooh Amah...

Semalam lakiku bagi tahu sesuatu pasal amah kami. Amahku mo berenti kerja. Terkejut aku. Ingatkan pasal apa. Rupa-rupanya dia terpaksa berenti kerana majikan lamanya (Doktor yang sedang cuti belajar di UK), akan menghantar anaknya balik ke KK kerana dengan alasan dia tidak dapat belajar. Bayangkan… aku baru saja menikmati kebahagian hidup selama 2 bulan. Bila laki aku cerita pasal ni, terus aku tak der mood. So, ceritanya dia akan berenti kerja dengan kami efektif 1 September 2008 ni. Sedihnya aku… mo time puasa lagi tu…. Kononnya dia akan tolong kami carikan amah/pengganti. Ceritanya, dia nak letak anaknya kerja dengan kami. Tapi dia minta gaji RM430 ya... waduh... lumayan. Bagus kalo pandai kerja/reti memasak. Kalo terror masak macam mak dia, mungkin aku boleh consider la.
My dear amah... kalau la ko sedang membaca blog aku ni... ko tau kah betapa sebenarnya aku lebih memerlukan ko dibandingkan dengan majikan lamamu itu?? Dan kerja di rumah kami ni bukannya banyak pun. Setakat menjaga 4-5 ekor kucing. Tapi nak buat camana kan. Bukan style aku tu memujuk/membegging... So, terpaksa la aku menerima hakikat kehilanganmu.
Kawan-kawan di luar sana... simpati la kepada diriku ini. Kalo ada amah-amah kamurang ya mempunyai kawan/amah yang ingin bekerja, silalah hubungi saya. Terima kasih.