Showing posts with label ibaked. Show all posts
Showing posts with label ibaked. Show all posts

Monday, June 15, 2020

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Hari ni aku dan Rika tes bikin kek coklat secara kukus pula seawal jam 9.30am.  Semangatnya kami kan.  Tapi kenapa aku tidak suka ini kek? Too moist.  Makan 2 potong terus kenyang semacam eh.  Sisthur lebih prefer kek coklat bakar la ni macam.




Ini resepi sisthur dapat daripada Instagram (Resepimantap).  So kalau korang mau try bikin, boleh tingu resepi di bawah ni ya.


Sunday, June 7, 2020

My Baking Tools

Kali ni sis tidak tertipu oleh Shoppee. Hahaha. Puas hati kali ni. Warna pun comel sangat... colourful gitewww...


Kalau berminat mau beli boleh check dekat Shoppee or cari seller di bawah ni gais. Mur-mur saja... 




Thursday, June 4, 2020

Oh Shoppee!

Begini la bah tu... kalau shopping online.  Yang diharapkan besar macam dalam gambar.  Sekali yang sampai punya laa kecil dari tapak tangan 😂😂😂.  Ndukkk kesian.  Sudah la barangnya lambat sampai.  Silapku juga tidak mengukur sebelum membeli.  Sesuai sangat la dengan harganya.  Belum masuk kos postage.  Hahaha.  What say you?

#ohshoppee  #PKP  #simpansiniuntukkenangan






Tuesday, June 2, 2020

Periuk Steamer





Haa... ni la aku cari... size kecil 18cm (just nice/cute size orang  bilang). Boleh kasi stim lauk sikit-sikit, kasi panas kelupis setakat 10 biji dan boleh guna utk rebus pasta 👍👍👍.  FYI, aku bayar/beli guna voucher Parkson yer. Harganya dalam RM90++ beli di Parkson 1B (in case you ouls nak tau ler). #justsharing #sharingiscaring

P/S: Aku punya periuk steamer yang lama bucur bah. Ada lubang kecil sikit 😅. Adakah yang boleh tolong welding for free ya 😅🤭.

Tuesday, May 19, 2020

Biskut Coklat

PKP oh PKP.  Ko buat aku jadi rajin dan kreatif.  Hahaha... Projek seterusnya is bikin biskut coklat.  Nampak simple and senang tapi lamaaaanya la bah.... baru siap 😅😅😅.  Maybe sebab ovenku kecil.  Hanya boleh masuk 1 tray saja untuk membakar.  Setiap 1 tray dibakar selama 30 minit.   Bayangkan bah dari jam 10.30am aku and Rika memerojek,  jam 3pm baru selesai membakar.  Dan akhirnya... hanya dapat 1 balang setengah saja 😅😅😅. FYI, resepinya ni gue dapat dari instagram @bawangchannel.  




Resepinya boleh tengok dekat bawah ni yer.  Mana tau you ouls nak cuba 😀😀😀


Tuesday, May 12, 2020

Kisah Food Steamer TRIO dan Kuih Seri Muka

Haiii.... kamu ingatkah post ku pasal bikin puding caramel hari tu?  Alaa... pasal kes yang aku punya periuk kukus bucur time mengukus tu.  Hihihi.  

So, akhirnya... aku telah membeli Food Steamer letrik ya.  Jenama TRIO menjadi pilihan hati setelah menggoogle dan bertanya pendapat kawan-kawan yang menggunakan TRIO Food Steamer ni.  So, ini la dia.



Aku beli ni di Shoppee.  Kira murah la.  Harganya baru RM279.00.  Model TFS-28.  Size 25 liter (10+10+5).  Aku tanya kawan-kawan yang ada beli ni, memang durang beli dari shoppee/lazada la.  Harga lain-lain juga.  Ada yang murah, ada yang mahal.  Ikut modelnya.  Kadang ada yang murah tapi postagenya makkk aii... mahalll... mau-mau juga RM80 kalau pos ke KK (dari semenanjung).  

Jadi, aku try cari dalam shoppee yang penjual nya beralamat di Sabah (KK area).  Baru ku inbox/DM durang.  Aku tanya boleh COD kah.  Dia cakap boleh 😀😀😀.  Nah senangnya hatiku terus.  Ada nampak mami happy 😀😀😀??  Pasal aku sudah excited mau pakai ni food steamer untuk bikin kuih kukus.  Hahaha.  

Kiranya aku beli ni bukan melalui Shoppee.  Ni kira runding luar la.  Tapi harga tetap sama macam harga di Shoppee (RM279.00).  Lepas tu the next day nya dia COD sama aku di area KK.  Aku bayar direct sama dia RM279.00 and no extra charges for delivery.  Bijak tak mak 😁😁😁??  

Kalau aku order sama dia melalui shoppee, ada extra bayaran postage RM30.00 lagi.  Bukan itu saja.  Barangnya entah bila boleh sampai.  Sebab sekarang kan ada masalah dengan perkhidmatan pos laju disebabkan PKP.  Silap haribulan, lepas raya baru barangnya sampai 😒😒😒.  Resit pembelian dia bagi melalui whatsapp .  Ada kad warranty (1 year) dalam box tu disertakan.  

Jadi dipendekkan cerita, projek pertamaku ialah membuat kuih seri muka.   Nahh ko... never in my life terfikir mau bikin kuih melayu bah.  Hahaha... ini kali la.  Kalau bukan pasal PKP, tiada ni ya.  Hahaha.  

Nah, dengan ini aku rasmikan food steamer baruku.  Comel kan food steamerku.  Besar oh.  Boleh masuk loyang size 10 x 10.  Kuat lagi tu wapnya.  Boleh satu kali stim muka 😂😂😂.  FYI, aku kukus ni kuih seri muka selama 40 minit, airnya tak payah ditambah.  


So, ini la dia, kuih seri mukaku yang baru siap dikukus dan kurang berseri 😏😏😏.   FYI, aku dapat ni resepi dari youtube.  Korang boleh tengok cara-caranya dari youtube tu.   



Setelah menunggu kuih sejuk dalam 3 jam begitu, baru la dapat potong kuih.   Walaupun rupa kuih ni kurang menarik, tapi rasanya boleh tahan ohh!  Tidak manis.  Ngam-ngam rasanya.  Kiranya berjaya juga la projek membikin kuih seri muka ni 👏👏👏👏.  Mission accomplished!  So, i was thinking... what's the next project?? Takkan itu saja kan 😁😁😁.  Any idea??




Sunday, May 10, 2020

SUKATAN GRAM KE CAWAN



Sejak PKP and lebih-lebih lagi bulan puasa ni, sis rajin menggoogle masakan dan resepi kuih.   Tapi masalahnya setiap kali mau buat masakan/buat kuih tu, kena google lagi conversion sukatan. Ya la.. ada sukatan yang dalam gram.  Kadang ada sukatan yang dalam cawan.  Mana la aku biasa sukatan-sukatan ni sebab bukannya aku ni selalu memasak/baking kan.  So, time google-google untuk cari conversion sukatan, i found this very interesting blog pasal sukatan gram ke cawan.  Korang boleh tengok dekat blog dia ataupun tengok dekat sini pun boleh.  I sudah copy sukatan ke sini untuk memudahkan sis  buat rujukan di masa akan datang.  So, here it goes.

SUKATAN TEPUNG 

10 gram = 2 sudu kecil
15 gram = 2 sudu besar
45 gram = 1/4 cawan
65 gram = 1/2 cawan
90 gram = 3/4 cawan
125 gram = 1 cawan
250 gram = 2 cawan
500 gram = 4 cawan

SUKATAN GULA

10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan

SUKATAN MENTEGA

10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan

SUKATAN CECAIR

50ml = 1/4 cawan
125ml = 1/2 cawan
180ml = 3/4 cawan
250ml = 1 cawan
1000ml @ 1 liter = 4 cawan (1 quart)


Thank you Nota Chenta Mummy for sharing this info.  Sangat bermanfaat.

Friday, May 8, 2020

My First Trial Puding Caramel

Sejak menjak PKP ni... rajin pula masak memasak.  Hihihi.  So, hari ni aku mau share resepi puding caramel yang aku buat hari tu.  Puding caramel ni is my favourite sebenarnya.  Kalau jual di kedai sepotong (1 slice) kadang ada yang RM4.00.  Mahal.  Jadi tetiber... menggoogle la cara-cara membikin puding ni.  Rupanya senang pulak ya.  So, here it is.  My first trial buat puding caramel.

Bahan untuk gula caramel:

90 gram gula
5 sudu makan air
Sedikit mentega

Cara-cara:

1.  Mula-mula buat gula caramel terlebih dahulu.  Masukkan gula (90gram) ke dalam periuk.  Masak dengan api sederhana.  Kacau sentiasa hingga cair dan bertukar perang.  

2.  Kemudian kecilkan api dan masukkan air (5 sudu makan).  Kacau dengan pantas supaya gula caramel tidak hangus.  Kacau rata hingga gula hancur sebati dan tutup api.

3.  Sapu sedikit mentega di permukaan acuan.

4.  Masukkan gula caramel ke dalam acuan dan asingkan.


Bahan-bahan untuk puding:

5 biji telur
500ml susu sejat/susu segar (saya guna susu cair jenama IDEAL)
80 gram gula
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1.  Panaskan susu sejat ke dalam periuk bersama gula di api yang kecil.  Kacau sentiasa supaya gula hancur dan tidak mendidih.  Matikan api.

2.  Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan dan putar selama 10 saat sahaja (jangan sampai telur kembang)

3.  Kemudian masukkan susu yang telah dimasak tadi ke dalam adunan dan kacau rata hingga sebati.  

4.  Akhir sekali masukkan ke dalam acuan perlahan-lahan.

5.  Kukus selama 40 minit hingga masak.


Tadaa... siap sudah puding caramel saya.  FYI,  untuk bikin puding ni, aku tingu dari sini.  Korang boleh tengok cara-caranya dekat situ.  Memang mudah dan sekejap saja.


Setelah puding sejuk (agak-agak dalam sejam begitu), potong keliling puding dengan pisau tajam dan terbalikkannya di atas piring (yang dalam) sebab takut air puding meleleh keluar.  Jangan jadi macam aku.  Adakah aku pakai pisau butter 😹😹😹.  Sumpak bah siring-siring pudingku.  Hahaha.  Masukkan puding ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.  


But... still cantik juga bah.  Bukan juga pertandingan kan.  Hahaha... my first trial. So, not bad la.  Puji diri sendiri lagi... Hahaha... bangga bah dapat bikin puding.  Kah kah kah.   





Ndak sangka ooh menjadi juga aku bikin ni puding.  Sedap pula tu.  Rasa gula hangusnya pun sedap.     Ni kalau mamiku nampak ni mesti dia senyum.  Hahaha... Well, kalau aku bikin agar-agar pun dia sudah bangga.  Apa lagi kalau up sikit.  Tau la... aku kan paling kurenggg mahir dalam bab-bab masakan dalam family.  Tapi yang lucunya, saya ada restoran pulak.  Can't believe it.

By the way, mau juga share cerita di sebalik penyediaan puding ni.  Masa aku tengah kukus puding tu dalam periuk kukus.  Tetibe... periuk kukus aku buat hal.  Periuk aku bucur  😱😭.  keluar-keluar air. Panik nya makkk.  Mujur jumpa periuk lama (periuk indon bunga-bunga) hahaha.  Nasib size tu ngam ya.  Hahaha.  Jadi moral of the story, ini membuatkan aku bersemangat untuk membeli food steamer letrik.  So, entry/post seterusnya adalah pasal food steamer.  Thanx for reading my post.