Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day

Today is my last day kerja.  Starting from tomorrow aku akan start bercuti tanpa gaji selama 1 tahun.  Actually cuti tanpa gajiku bermula 1 Jun 2012 tetapi start bulan Mei ni aku menghabiskan cuti rehatku yang berkelayakan.  Maksudnya bulan Mei aku masih dibayar gaji.

Bagaimana perasaanku?? Hihihi.... Macam bingung-bingung aku.  Tadi pagi time aku bersiap mau pigi kerja aku cakap sama lakiku aku macam sedih hari ni.  Entah kenapa tiba-tiba aku terpikir aku akan meninggalkan ofisku untuk selamanya.  I mean, aku pun tak pasti samada selepas satu tahun tu aku akan balik semula kerja ataupun tidak.  Entah laa... aku pun belum ada perancangan dan hala tuju lagi ni.  Biar la aku berehat seketika dulu.  Penat sudah aku memikir di mana aku simpan dokumen boss, jaga Bossku dan dalam masa yang sama memikir untuk menaikkan imej jabatan.  Huhuuu... Sudah tiba masanya aku membusy body di ofis laki laa pulak.  Hahaha...

Jadi... aku pun ndak pasti la samada aku patut sedih ataupun gembira ni.   Of course la perasaan sedih tu lebih banyak dibandingkan dengan perasaan gembira.  Selama ni aku memang kepingin mau berenti kerja sebab aku sudah penat dan bosan dengan kerjaku.  Jadi kunuk aku telah buat keputusan untuk ambil cuti tanpa gaji dulu.  Test-test dulu ni.  Takut aku rindu ofis la pula nanti.  Kalau rindu, pendek la cutiku ni nampaknya. Hahaha...

Bila sudah ada kelulusan cuti tanpa gaji tu kenapa ada perasaan sedih la pulak.  Adehhh.... ni yang aku tidak suka ni.  Selama 16 tahun lebih aku kerja di ofisku di Jabatan Bendahari ni... banyak betul memory suka duka bersama kawan-kawan ofis yang tersayang.  Boleh dikatakan aku lebih banyak meluangkan masa di pejabat berbanding dengan di rumah.  Ofis adalah sebahagian dari hidupku.  I'll be missing my ofis especially my friends... and my bos.... huhuuu.... Walaupun perangai Bos sometimes menjengkelkan... tapi aku tetap setia dengan Bosku.  Aku belajar erti kesabaran dari Bosku la. Hahaha... Penyabar kah aku ni? Toinkkk.... hahaha... Aku tidak mau la meleter panjang ataupun meluahkan perasaan di sini nanti kamu boring pulak kan.  

So... kepada semua kawan-kawan ofisku yang tersayang, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya kamu telah terambil hati dengan saya, saya telah terkasar bahasa and of course marah-marah sayang kepada kamu.  Saya tidak akan melupakan kamu semua.  You all are the best.  PALING BESTTT & PALING MANANG!!  Luv you all.... (tears).  Sedang aku menaip blog ni kan, banyak juga la yang aku terbayang dan ingat rupa-rupa kamurang ni.  Of course la ada muka si Sidar, Radi, Nana, Shelly, Donna, Linah.N, Linah.B, Wani, Yati, Yus, Alice, Fender, Meng, Ijan, Beth, Inai, Jovelin, Sherry, Meng, Mariah, Mel, Airul, Pecinta Ungu pun ada, si Bunga, Loly, Roslia, Cindy, Erniza, Arfan, Fui, Tini, Marlin, Sarimah, Sazura, Zulin and of course tak ketinggalan all the favourite officers Zally, Saima, MEO, Bad, Sila, Ros, Muha, Matsah, Elly, Nazir, Zainon, Johnson,William, Yuslinah, Ilham, Terence (oh ya... nama si Terence yang terakhir la pasal dia tiada datang melawat aku kan.  Jadi biar dia sedar. Huhuu) dan ramai lagi la... sorry yang tak tersebut namanya tu. Mau ku sebut semua nama-nama tu tapi makin panjang la pulak blog aku nanti. Hahaha...

Sebelum aku akhiri post ini, just want to share & show off hadiah yang aku dapat dari Donna & Yusri petang tadi yang telah mengembirakan hari terakhirku di pejabat :)



Cute. Palingggg di-LIKE.  Thanx Don & Yus for making my day.


Oh ya! Besok cuti kan... so, SELAMAT HARI PEKERJA...


Thursday, April 19, 2012

100K

Hari tu aku membelek-belek suratkhabar.  Ehem-ehem.  Ya la... aku tau la aku jarang baca suratkhabar.  Busy bah aku ni.  Bukan ada masa mau baca suratkhabar.  Dijadikan cerita... aku ternampak la gambar yang menarik perhatianku ni.



Ini orang telah menang cabutan bertuah bernilai RM100,000.00!! My God... punya lumayan tu hadiah 100K. Kebetulan dia ni adalah cousin kepada my friend si Zimah.  Jadi kutanya la dengan si Zimah macam mana dia boleh ikut tu peraduan/menang.  Konok dia shopping beli barang-barang persiapan perkahwinannya di Suria Sabah.  Jadi dia isi jak la borang peraduan yang dibagi sama dia.  Setiap 6 bulan konok ada cabutannya bah ni. Siapa sangka dia bertuah kan.  Memang bertuah sangat la bah tu.... Tahniah la kepada Nurazwine & hubbynya... dan Selamat Pengantin Baru.  Konpom honeymoon terus ni ;p.

Terus aku terfikir bah kan.  Angan-angan dulu aku konok.  Kalau la aku menang RM100,000.00... apa la aku mau buat tu ya? Macam mana la aku mau celebrate dan belanja tu 100k aah? Hahaha... Well, who knows kan? Mana tau nasibku baik.  Aku ni paling rajin ikut contest/isi-isi form ni.  Mana tau bulih manang. Hahaha...  Siok bah tu dapat duit angin. Hahaha... tapi kalau aku kan, aku ni jenis menyimpan. Paling-paling aku cuma belanja RM5-10ribu saja.  The rest memang simpan di bank la jawapannya.... ingat-ingat hari tua konok.

Kalau kamu? Macam mana? Apa la kamu akan buat dengan duit tu? Belanja semua? atau terus makan angin? hihihi...

Wednesday, April 18, 2012

From 46" inch to 60" inch

Hari ni aku mau mengumpat pasal lakiku.  Aku kan paling benci kalau biarkan lakiku berjalan sendiri.  Dia ni boleh tahan juga shopaholicnya.  Kalau dia berjalan saturang tu ada jak yang dia shopping yang ndak-ndak bah.  Bikin panas bah kadang-kadang.  Contohnya dia beli handphone atau ipad ndak sampai sebulan dia akan tukar lagi untuk model yang terbaru (trade in).  Kalau bilang cepat bosan ndak jugak.  Tapi macam jadi habitnya.  Kalau aku ada dia ndak gitu sebab aku ni malar putung stimnya tapi kalau dia sudah berjalan sendiri tu.... nahhh... ada-ada jak la dia tu.  Sudah tu ndak mengasi tahu kalau dia membeli barang.  Tunggu tu barang ada di rumah baru dia bagi tau aku.  Kadang dia membeli barang tapi ndak pun dipakainya.  Contoh barang:  DVD Blueray dan handphone blackberry.  Handphone blackberry dia tidak pandai guna.  Manakala DVD blueray tu hanya sekali saja digunakan kerana itu DVD hanya untuk CD Blueray.  Sejak bila bah dia ni pandai tingu CD.  Aku pun tidak faham.  (En. Awang... mesti ko ketawa-ketawa ni kan kalau ko baca blogku ni)

Aku masih ingat last year dia tipu aku.  Aku tanya mana keretanya.  Dia cakap keretanya di workshop pasal konok driver terlanggar tiang time reverse kereta jadi ada ngigis sikit so dia pigi repair la kunuk.  Sudah seminggu ndak juga pandai keluar dari workshop.  Itu yang aku hairan tu.  Tuk-tuk... nah....rupa-rupanya... member tukar kereta baru.   Yang lucunya tu... aku ndak pun perasan dia tukar baru sebab cat kereta/colour, badan kereta semua sama.  Dia cakap ada perbezaan kunuk dari segi spec dalaman kah.  Pokoknya aku tidak dapat bezakan pun.  Pelik aku orang lelaki nie.  Semua lelaki begitu kah ataupun lakiku jak begitu?

Jadi... ceritanya yang terkini... last Sunday tu aku pigi facial.  Bila aku balik rumah aku call dia.  Dia cakap dia berada di Karamunsing.  Aku suruh la dia pulang awal.  Aku cakap sama dia, "pulang ko sekarang.  Nanti ko tu terbeli barang yang ndak-ndak lagi".

Sekalinya... Monday baru-baru ni... aku pulang kerja... dia sambut aku dengan tersenyum-senyum tersipu-sipu.  

Me :  "Napa ko? macam senang hati jak ni.  Ko dapat projek kah??" (Aku pun excited sudah nie).
Hubby:  "Hehehe... lai, aku beli TV untuk bilik kita"
Me:  "Ko sudah gila kah?!!" (Bikin panas)

Tau napa aku marah?? sebab TV di bilik kami tu baru juga dibeli last year. Berkecai hatiku tapi nak buat camana... dia sudah beli.   


Ini adalah TV kami yang dibeli last year 46" inch.  For me 46" tu quite big juga.



Dan yang terbaru ni dia beli 60" inch dengan jenama yang sama - SHARP!! Gilaak.... Kenapa tidak besar??? Terus terpikir bah aku.  Adakah juga orang letak tv sebesar 60" inch di bilik tidur dorang aah?? Kalau di ruang tamu tu ndak hairan la. Isskk pelik la aku.  Tambah la aku susah mau tidur malam kalau lakiku tengok tv pasal kalau kasi mati lampu bilik tu tv terlampau terang.  Silau!


So, keputusannya... TV yang di bilik tidur dipindahkan ke ruang tamu.  Manakala tv yang di ruang tamu akan dihantar ke kampung.  Takkan mau kasih taruk di bilik amah lagi.  FYI, amahku pun sudah ada TV besar aah... Hebat kan.  Gara-gara kes tukar tv juga la ni.  Untung dia. 

To my hubby En. Awang... if you reading my blog...  lain kali kalau mau beli barang rumah, sila berbincang dengan Menteri Kewangan terlebih dahulu ok.  Jangan pandai-pandai beli.  Terima kasih di atas kerjasama anda.


Friday, April 13, 2012

An Evening of Kebaya



Aduii... punya lama... mau hampir sebulan baru aku ada masa memblog pasal kami punya Majlis Makan Malam KESUMBA 2012 yang diadakan pada 17 Mac 2012 di Blue Lagoon, Marina Sutera Harbour Resort.  Cian.  Sorry-sorry... aku harap bila aku cuti panjang nanti aku ada masa untuk memblog.  

Majlis makan malam kali ni adalah bertemakan "An Evening of Kebaya".  Untuk makluman, Yang DiPertua KESUMBA telah melantik kamiurang Setiausaha-Setiausaha kepada Pegawai Utama UMS   sebagai Ahli Jawatankuasa untuk majlis makan malam kali ini.  Kamiurang yang dimaksudkan tu adalah si Joe, Natasha, Mariana, Nurul, Kak Sal and me yang menggelar ourself sebagai 6 Jahanam.  Hihihi...  Oh ya! Mana la tau ada yang tidak tau apa tu KESUMBA... KESUMBA stands for KELAB SURI RUMAH DAN STAFF WANITA UMS.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tu seperti games, karaoke, tari menari, cabutan bertuah dan termasuk la acara kemuncaknya iaitu Pertandingan Ratu Kebaya Inovatif.  Seramai 15 orang ahli KESUMBA telah mendaftar diri untuk menyertai pertandingan tersebut.  Peserta yang mengikuti pertandingan ini hendaklah memperagakan baju kebaya yang kreatif dan inovatif dengan mengekalkan keaslian dan ciri-ciri klasik kebaya tradisional tetapi diberi sentuhan moden.

Okay, mari la kita tengok peserta-peserta dengan fesyen baju masing-masing.... (kalau gambar ni kecik, boleh kasi click tu photo to enlarge ya)







Nahh... itu dia.... semua ber-catwalk malam tu... dengan penuh ayu, anggun dan chantek.


Untuk makluman, peserta adalah dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:

 ·       Keaslian (mengekalkan ciri-ciri kebaya tradisional) = 30%
 ·       Kreativiti (kebolehan menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden) = 50%
 ·       Penampilan diri (imej, solekan dan dandanan) = 20%

Daripada 15 peserta di atas, pihak juri telah memilih 7 orang wanita ini untuk sesi round 2 dan mereka diminta untuk catwalk sekali lagi.  





Sementara menunggu keputusan juri dibuat, Yang DiPertua KESUMBA telah diminta untuk membuat 3 cabutan terakhir tiket bertuah.  Hadiah Grand Prizenya adalah LCD TV 40 inch bernilai RM1299, hadiah kedua ialah handphone Samsung Wave bernilai RM999 dan hadiah ketiga adalah Washing Machine bernilai RM799.

Tanpa membuang masa, saya ingin maklumkan kepada kamu bahawa... eh malu pulak aku mau cakap bah.  Hahahaha.... Kamu tengok sendiri la gambar ni ya.


Nahhh... kamu nampakkah tu aku ketawa berabis?? Apa ertinya tu? 
Hahahahaha....


Yeayyyy.... aku menang tu handphone!! Wehooo.... 
Jeleknya aku di gambar ni.  Hahaha...

Time tu kan, ndak juga aku sangka bah yang aku akan menang handphone.  Padahal aku tu pok TV bah tu. Hahahaha.... Bila kena annouce tu nombor 015 terkejut jugak aku.  Pasal time tu aku memang bertugas di atas pentas dan tengah pegang tu handphone untuk dipass kepada YDP KESUMBA.  (Sebab aku AJK Hadiah).  Itu yang aku terpaksa turun dari pentas untuk ambik tiket aku dengan si Yati.  Hihihi...  Happy punya pasal sampai ndak ku peduli bah siapa yang menang TV time tu. Hahaha...  Congrats to my friend/opismate - Silawati sebab dapat tu washing machine la.  Happy and tumpang gembira aku kalau orang ofisku sendiri yang dapat cabutan bertuah.

Okay... Majlis malam tu telah ditamatkan dengan pengumuman Ratu Kebaya Inovatif KESUMBA 2012 yang telah dimenangi oleh Cik Jurinah Johnny dari Jabatan Pendaftar dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500.  Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Aznaem Azilah dari Jabatan Bendahari dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300 dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Ima.R dari Pejabat Pendaftar dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200.


Sebelum pulang tu, kami sempat mengadakan kezutan harijadi untuk si Joe malam tu.  Hihihi... Happy Birthday Joe.  May God bless you.


Ini la 6 Jahanam tu.  Hihihi...
From left:  Joe, Kak Sal, Mariana, Tasha, Nurul & me


Sempat bergambar dengan para juri


Lama sudah Baby C tak keluar-keluar dari kotak. Baru laa keluar malam tu. Cian...


Kami 6 Jahanam turut dibantu oleh rakan-rakan Setiausaha yang lain.
Thanks a lot guys...


Ramai yang sudah pulang.  So, ini saja yang ada.  Bulih laa kan....





Thursday, April 12, 2012

Hokkaido Seafood Restaurant

Post kali ni pasal jalan-jalan cari makan lagi.  Hari ni aku mau share sama kamurang satu restoran seafood yang sedap bernama Hokkaido Seafood Restaurant.  Nama macam di Jepun tapi terletak sanaaaa KL (Berdepan dengan Vistana Hotel, Jalan Lumut).  Actually it is a chinese restaurant (serve no pork).  Masakannya kira agak sedap dan harga pun berbaloi.  Kira murah laa compare makan di restoran seafood di KK ni (Ocean/Portview).  Aku sudah beberapa kali makan di sini tapi ndak pernah berkesempatan untuk blog pasal restoran ni.  So, hari ni... aku mau tayang sama kamu makanan yang biasanya kami order.  Tapi sebelum tu, mari kita tengok jenis-jenis seafood yang dia jual.  

Okay... cuba buka mata besar-besar... kamu nampakkah apa yang aku nampak?? oopsssss...




Nah... aku kasi zoom lagi ya. Kamu nampak tu? Cian kan... bulih-bulih ada baby shark bah di situ.  Endukk... bukan binatang terkawal kah ni? Kenapa ada dijual di sini? Cian dia...


Anyway, itu tidak menghalangku untuk terus makan di sana.  Hahaha...Tapi aku ndak la makan itu baby shark.  Aku makan seafood yang common-common jak. Mari sini aku tayang sama kamu makananku yang sedap-sedap ni.  Biar kamu menitis air liur di sana.  Hahaha... (Jahatnya aku. I likeeee).  Nah, ni la yang kami order...

Kerang masak pedas 
(Rating:  *****)


Sotong goreng sambal petai
(Rating:  *****)


Ikan kerapu masak sweet & sour
(Rating:  ****)


Yam Ring Basket
(Rating:  ****)


Ikan Bawal Stim
(Rating:  ***** - makanan wajibku. I love bawal)


Sayur Asparagus Belacan
(Rating:  ****)


Bah, sesiapa yang kebetulan berada di KL tu ataupun sesiapa yang memang minat makan seafood tu boleh lah mencuba di restoran ini. Sadapppp bah... Good luck!

Wednesday, April 11, 2012

My Big Apple!

Setelah bersabar selama 3 minggu menunggu stok iMac dari MacBorneo... akhirnya sampai juga big appleku. Huhuuu... I'm so happy!!

Sebenarnya lama sudah aku mau beli bah ni. Mula-mula aku mau beli yang size 27 inch. Sekali aku pigi tengok punya la basar.... gilak eh. Ku pikir-pikir kalau beli yang 27 inch tu macam meningu tv la pulak. Sedangkan bila ku compare dengan yang 21.5 inch ni pun sudah cukup besar bagiku. Ya laa... selama ni di ofis pun pakai pc yang 17 inch jak.



So, akhirnya aku beli la yang 21.5 inch ni. Apa keistimewaannya? Selain keyboard dan mousenya wireless, aku suka sebab design imac ni memang lawa dari PC biasa dan gambar di skrinnya terang sebab LED kan. Lagipun siapa-siapa yang sudah pernah pakai product Apple biasanya tetap akan suka dan puas hati la dengan iMac ni. Untuk keterangan selanjutnya kalau mau tau dia punya spesifikasi boleh layari laman web apple. Sekiranya anda berminat untuk membeli atau mau minta penerangan yang lebih lanjut pasal iMac ni boleh cari si Imelda di MacBorneo di Karamunsing Kompleks. Orangnya sangat baik dan friendly.

Untuk makluman, big appleku ni la yang bakal jadi temanku sepanjang aku cuti satu tahun nanti ;)



Besar dan smart kan kotaknya. Hehehe...

KESIMPULANNYA... AKU PUAS HATI DENGAN PEMBELIANKU HARI NI :)
SANGAT BERBALOI!!



Wednesday, April 4, 2012

The stilettos to die for

Photo of the day
(Just want to show off my new heels. Hehehe... baru sampai minggu lepas)

What say you?


Tuesday, April 3, 2012

Happy Birthday Zally & April Babies

Post ini kutujukan khas kepada my opismate yang meraikan harijadi dalam bulan April ni iaitu si Zally, Cdar, Don, Naem, Fui, Sherry...and not forgetting Ziela, Nana, Shamsol and Haslan walaupun dorang ber-4 ni tidak muncul time sambut harijadi tadi.

To Zally, HAPPY BIRTHDAY. Aku harap ko puas hati dengan sambutan majlis harijadimu kali ni sebab ini last la ni aku buat harijadi untukmu.  I am sure ko akan rindu aku di harijadi mu tahun depan.  Hahaha... (Special thanks to Shelly, Donna & Cdar kerana turut membantu menjayakan sambutan majlis ini dan tidak dilupakan juga staff Zon Bendahari PPI - Rafeah, Andy, Sharon & Rahma yang turut membantu menghias/memasang belon)



and... i hope you'll love my birthday prezzie.  Kasih kerja dulu sama ko untuk piara ni 7 ekor ikan.  Why 7 ekor?? entah laa... suka hatiku laa... hahaha... Nanti pandai-pandai la ko kasi nama dorang aah... Yang penting, satu hari dua kali diorang perlu makan (pagi dan petang).  Dan itu cahaya lampu hanya perlu on selama 8 jam.  1 minggu airnya perlu ditukar separuh dan diganti dengan air R.O.  Air R.O boleh dibeli daripada si Cdar.  (Shelly please take note)


and for the rest of the April babies.... terima laa sebuah kek perisa Mango pilihan si Donna from Secret Resepi ikhlas dari Lady F. (Fuyooo... untung kamu lahir bulan April... dapat celebrate harijadi sekali dengan Boss)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ALL
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.... amin...

Nah... saksikan laa youtube kamu ni.

GONNA MISS YOU ALL...

Sincerely Love,


LADY F

Monday, April 2, 2012

Kain For You Guys

Wahai orang ofisku... kamu rasa yang mana satu yang cantik???


?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


TADAAAAAAAAAAA......

Ini saja yang cukup stock dan telah dipilih oleh pegawai-pegawai.  
Sila la terima kenyataan ya.  Terima kasih.


P/S:  Diharap tiada sebarang komplen/rungutan kerana bukan senang mau cari stock kain untuk 700++ meter.  Aku terpaksa datang pigi ke kedai kain almost setiap weekend dan mengambil masa hampir 1 bulan setengah untuk berurusan. Last sudah ni aku buat kerja ni.  Diharap kamu terima kenyataan seadanya.


Sunday, April 1, 2012

Fullhouse

Hari ni aku mau story pasal Restoran Fullhouse yang terletak di Suria Sabah, KK.  Kamu tau kah tu restoran? Alaaa... yang cantik tu bah... kalau kita limpas di Suria Sabah, ngam-ngam di tengah-tengah tu restoran... dari luar pun boleh nampak serba putih... yang cantik dan unik tu.  Well, aku sudah pigi tu restoran aah... dan ramai yang bertanya sama aku pasal tu restoran sebab dorang nampak gambar aku dalam FB makan-makan di sana kunuk.  So, kamu mau tau kah apa komenku???

Cantek memang cantek....  nice interior... bulih-bulih ada katil dalam restoran. Hahaha... bukan saja ada katil.  Siap ada kereta aah... 


Kalau bilang untuk lepak-lepak sama kawan-kawan ok juga la.  Tapi... kalau kamu cakap kamu LAPAR.... ndak payah la kamu pigi ya.  Pasal...

1.  FULLHOUSE - namanyapun Fullhouse kan.  Sebenarnya ndak jugak fullhouse tapi bila kami datang kan, itu waiter suruh kami tunggu/kasih tinggal nombor phone sebab dia cakap penuh/fullybooked. Terpaksa kami jadi pilak menunggu di luar kedai.  Lapar lagi time tu.  Nasib baik si Sidar ada kawan kerja di sana time tu dan dikasinya la kami meja.

2.  SERVICE LAMBAT - servisnya lambat okkk.... makanan pun sampai lambat.  Satu-satu kena hantar.  Si Radi dan Sidar order menu yang sama.  Tapi bila si Radi sudah habis makan baru order si Sidar sampai.  Sungguh dead. Mungkin pasal dorang baru buka kedai kan.  Itu la tu.  Kena bersabar la.

3.  MAKANANNYA SIKIT -  portion makanan amat sedikit.  Itu la aku cakap tadi... kalau kamurang lapar jangan kamu datang sana makan pasal makanan yang dihidang macam tidak cukup.  Di gambar nampak cantik dan besar.  Sekali tengok... piring saja yang besar.  Makanan pun pucat dan tidak la sesedap mana.  Biasa-biasa saja....  Menu makanan macam mostly western food kah.  Aku tak brapa tengok sangat.  Aku order spaggethi.

4.  HARGA - harga makanannya... hmmm.... tidak setimpal dengan portion makanan.  Itu saja la komenku.



Pada pendapatku Restoran Fullhouse ni boleh dijadikan tempat lepak-lepak/santai jak la. Ngam untuk minum-minum tetapi tidak sesuai untuk dijadikan DINNER bersama family. Bulih bikin panas.  Hahaha.