Daifonai Herbal Bath ataupun Mandian Herba Daifonai adalah sejenis ubat tradisional turun-temurun. Kini telah diproses dengan kaedah saintifik. Keberkesanannya telah dipastikan. Produk ini diproses dengan bahan semulajadi tidak dicampur dengan bahan pewarna dan pengawet. Senang digunakan.
Mandian herba ini digunakan oleh ibu-ibu bersalin untuk membuang angin (digunakan berterusan selama 30-40 hari). Ia juga boleh digunakan untuk spa, rendam kaki atau mandian biasa. Ia dapat melegakan perasaan kepenatan dan tekanan dan juga melancarkan peredaran darah.
Apabila saya rasa badan berangin, terutamanya apabila angin gastrik melanda macam yang saya alami sejak 2 minggu lepas… maka saya pun terpaksa la merebus ni Herbal Bath. Kalau dulu ada si Nor (my maid), nah dia la yang mengatur mandianku. Sekarang… kotohhhh!! Padan mukakan… Kena buat sendiri. Huwargghhh… terpaksa call my mummy lagi tanya macam mana cara mau rebusnya.
So, here it is… mudah saja… kalau ikut arahan dalam packet, cara penggunaannya adalah seperti berikut:
Masukkan sebungkus herbal bath ke dalam air sebanyak 1.8 liter (boleh menambahkan halia) dan dimasak sehingga mendidih, selepas itu dibiarkan mereneh selama 10-15 minit dan dibiar sejuk sehingga suhu yang sesuai. Ia boleh digunakan untuk mandi atau mengelap.
Tetapi, kalau ikut cara my mummy pula…
Masukkan sebungkus herbal bath ke dalam air sebanyak 1.8 liter, campur serangkai halia tua yang telah dibersihkan/diberus - tak perlu dikupas/hanya diketuk/dipecahkan) - halia tu lagi banyak lagi bagus, masukkan 5-6 batang serai (yang telah dibersihkan/diketuk) dan masukkan beberapa helai daun pandan (tujuan untuk kasi wangi saja) seperti gambar di bawah.
Direbus selama 45 minit (tutup periuk). Selepas itu, rebusan tadi jangan dibiarkan sejuk. Terus duduk berbungkus dalam selimut panas (2 atau 3 lapis selimut seboleh-bolehnya) bersama-sama periuk rebusan tersebut selama 20-30 minit atau sehingga wap rebusan sudah tidak berapa panas. Macam gambar di bawah. Kiranya macam ber-sauna/steambath la ni. Konpom satu badan basah keluar peluh ya! Badan terus rasa ringan dan lega… Tidak percaya?? Sila la cuba...
Selepas selesai, lap bersih badan dan pakai baju. Jangan berkipas. Bungkus kaki, kalau boleh pakai stocking. Sebab takut nanti angin masuk semula. Rehat selama 30 minit atau 1 jam. Selepas badan sudah sejuk, baru la mandi. Selepas mandi, air rebusan tadi dilap ke badan ya (pakai towel).
SELESAI… badan konpom baukkkk… ahahahaha…
Lepas tu, kalau ikut cara saya… saya akan gosok badan pakai ubat buang angin supaya badan rasa lagi lega.