Thursday, December 11, 2008

Who will be my Guardian Angel?

Since Hari Natal is around the corner, kami di ofis telah suka-suka buat permainan yang dinamakan GUARDIAN ANGEL. Mungkin ada di antara kamu di luar sana pernah main game ini. Permainannya begini:-


1. Mula-mula kami senaraikan nama kawan-kawan yang hendak mengikuti game ini. (Sambutannya boleh tahan. Seramai 56 orang dalam ofis ini telah menyertai permainan ini).


2. Urusetia akan menyediakan nama-nama orang yang menyertai game ini dalam sehelai kertas kecil dan memasukkan nama-nama tersebut ke dalam sebuah kotak. Setiap orang dikehendaki untuk mencabut nama kawan-kawan yang telah disediakan di dalam kotak tersebut. Nama yang telah dicabut adalah merupakan "Angel" anda dan kita yang mencabut ni pula adalah merupakan "Guardian Angel". Meaning to say, semua orang akan jadi "Angel" dan dalam masa yang sama jadi "Guardian Angel" juga.


3. Nama "Angel" anda adalah rahsia. Hanya anda sahaja yang tahu. Kalo kasi tau orang lain ndak la surprise kan. Anda hendaklah menyayangi dan menggembirakan hati "angel" anda. Macam-macam cara yang anda boleh lakukan kepada "angel" anda supaya dia sentiasa gumbira. Macam "secret admirer" la bah ni konon. (Konon boleh jugak kalo mo hantar hadiah kecil-kecilan kepada "angel" anda melalui orang tengah).


4. Setiap "Guardian Angel" dikehendaki menyediakan hadiah kepada "angel" masing-masing. (Note: Hadiah hendaklah bernilai RM10.00 ke atas dan hadiah berbentuk makanan adalah tidak dibenarkan).


5. Tarikh akhir pemberian hadiah kepada "angel" masing-masing adalah pada 18 Disember 2008 (tarikh terpaksa diawalkan since ramai orang sudah mulai cuti x'mas pada 19 Disember 2008. Including me ya... Tapi aku bukan cuti x'mas. Aku cuti sempena ada orang mau menyambut Selamat Hari Tua nya!!! Ahakss).


6. Pada hari terakhir iaitu 18 Disember 2008, "Guardian Angel" hendaklah memberi hadiah kepada "angel" masing-masing (mengikut cara masing-masing la. Kot-kot ada yang mo buat ala-ala kezutan kah) tapi kena la maklumkan kepada "angel" anda bahawa anda adalah "Guardian Angel"nya selama ini. Cute kan?? Hehehe...


So, hari ini aku telah mencabut nama ANGEL aku yang merupakan seorang perempuan. Wah untung dia dapat aku ni.... Aku tidak akan sebut namanya dalam blog ni coz nanti semua satu ofis tau la pulak. Nanti tidak surprise. So, aku gelar my angel ni "Ms. X". Walau bagaimanapun, pada tanggal 18 Disember 2008 nanti akan ku-umumkan sapa dia "Ms. X" ini di dalam post aku yang seterusnya. Hehehehe....


Tapi aku sedang wondering ni, sapa pulak agaknya yang jadi GUARDIAN ANGEL aku.... puas sudah kurisik-risik di ofis ni tapi... macam masih belum diketahui sapa Guardian Angel ku. Sekiranya la si Guardian Angelku ni tengah membaca blog aku ni.... hehehehe... (i wish dia baca....), tidak kira la sapa dia tu, apa jantinanya.... tolong jangan belikan aku sesuatu barang yang boleh diletak di atas meja ofisku atau seperti barang perhiasan yang boleh disimpan di pejabat. Bikin semak. Ini adalah kerana... aku sedang dalam proses 5S. Hehehe... faham-faham saja la ya. Jadi, bagus ko belikan aku sesuatu yang aku suka dan hargai... (Ya... memang aku ni memilih/cerewet. Nasib ko la dapat aku sebagai angel mu. Rugi! Hahahah)


So, to my Guardian Angel, please read this carefully. I want accessories wanita. Yaa... aku lebih appreciate kalo dihadiahkan dengan sesuatu yang bling-bling... tak semestinya mahal... ada tu harga yang murah-murah di luar sana. If aku boleh cari... kenapa ko ndak boleh dapat kan... haa... dan satu lagi.... Tolong jangan berani kirim cubit-cubitan or pukul-pukul sama aku. Nanti habis orang tengahmu aku pukul balik!!! Kalo kirim $$$ or food or gift boleh. Tq very much. Have a pleasant day.

10 comments:

Agee said...

wah mcm best pula game korang ni... kesiannya yg jadi guardian angel ko tu.. susahnya dia mencari hadiah.. I wonder siapa la tu ... jeng jeng jeng !!! sekali bos ko .. hahaha .. eh bos korang ikut juga ka game ni

CHINA DOLL said...

To Agee,
Ya... memang malang sapa jagi Guardian Angel aku. Pasal habis nanti dia kena kutuk kalo bagi aku hadiah yang bidak. Hahahaha... Ketara aku ni kejam/jahat di ofis.
Tapi banyak orang di ofis kami ni tidak berapa tahu ni game. Diorang ingat ini suka-suka macam exchange gift. Bos aku tidak join pasal dia cuti.

Anonymous said...

wahahahahhahaaaa....lawakssss..
memang untung la urang yg jadi guardian mu ni..eheheheee....kalu aku yg jd guardian mu aku kasi hadiah beg LV yg banyak dijual d pasar malam tu..heeeeeeee...ko sudi pakai kerr???

mzn said...

1st time plak aku dgr game begini...best plak kan. Heheh mcm mana plak agee ble berfikiran sejauh tu ... tp mungkin juga kan kehkehkeh...

CHINA DOLL said...

To Anonymous,
Munyit mana bah menyampuk dalam blog aku ni tapi tidak mau kasih tau namanya. Mesti si Jovilen ni kan ataupun GUARDIAN ANGEL yang malang. Kah kah kah kah...

CHINA DOLL said...

To MZN,
Bos aku tidak ikut la ni game... Marah Kak Bad nanti. Hahahaha...

Anonymous said...

woi...inda aci lah hint hadiah...

CHINA DOLL said...

To Nal,
Bagus kasi hint-hint tu hadiah supaya ndak kena kutuk. kah kah kah...

Anonymous said...

uina....buli kirim cubit cubitan ka ni barang?pukul2 pun ada ah?

Anonymous said...

uina...ada pula mcm tu ah...kirim cubit-cubitan...pukul2 pun ada?wahhhh...syok ni tau