Tuesday, January 13, 2009

TAG "5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Saya"

Aduii... mati... bucur la rahsia aku ni... Aku telah ditag oleh si Cathj yang bertajuk "5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Saya". Apa la bah punya tajuk tag ni. Apa perkara lagi yang orang ndak tau pasal aku ni kalau sudah terang-terang ada dalam blog. Hahaha...


Bah jadi.... ini la dia di antara 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri saya.... buat ringkas-ringkas saja. Kalau terlampau panjang takut bisuk pun belum tentu siap ni blog.

1. Tidak suka berbual dalam telefon terutamanya time ofis hour. Tapi yang hairannya kalau chatting aku suka pulak. Hairan...

2. Sebenarnya aku ni "3P" - Pemurah, Pengasih dan Penyayang... nampak jak dari luar terbalik.. tapi sebenarnya... itu la hakikatnya...

3. Oh ya... aku ni jenis orang yang hangat-hangat taik ayam. Suka angan-angan mo buat sesuatu. Contohnya mau buka kedai/bisnes sendiri la tapi bila sudah betul-betul mau buat terus tidak jadi! Ini gara-gara laki punya pasal sebab suka cucuk-cucuk aku. Bikin kasih jatuh semangat aku.

4. Aah... ini... aku paling tidak suka... kalau orang mau pinjam duit, minta aku jadi penjamin dan jual direct selling ataupun jual insuran dengan aku. Entah laa... tapi aku mimang tidak suka kalau masalah orang lain, kita pulak yang kena menanggung. Paling aku pantang sekiranya orang tu bergaya jak lebih tapi duit tiada... beli barang itu ini then hutang keliling pinggang terus mo pinjam duit sama kita. Lagipun, bapaku selalu pesan... "Biar hilang kawan... jangan hilang duit"

5. Hakikatnya.... aku tidak pandai memasak, buat kek, menjahit, menyanyi dan public speaking. Aku langsung ndak sama macam adik beradik yang lain yang mempunyai talent masing-masing. Pokoknya aku tiada kepandaian/bakat semulajadi sehingga mengakibatkan aku hilang keyakinan diri. Orang bilang, setiap manusia dilahirkan dengan bakat semulajadi tetapi sehingga kini aku masih tercari-cari dan tertanya-tanya apakah bakat terpendam aku ni. Kweng-kweng-kweng...
Jadi sekarang ni tiba la pembalasan si Mata Elang. Aku mau tag 5 orang suku sakatku ni. Mana tau ada yang aku ndak tau pasal dorang ni. Jadi, biar bucur rahsia dorang di sini... hahaha


1. Sister Elsa
2. Sister Amoi
3. Cousin Alicia
4. Childfruit Herda
5. Childfruit Azlena

3 comments:

CathJ said...

Chinadoll sebenarnya u ni bykkkkk bakat yg u tak nampak...cantik...pandai buat cerita blog (sedap di baca), terror shopping...pilihan yg sangat ber-taste... pandai berfashion...ada org tak pandai semua tu tauuuuu..... sebap tu ada org di panggil 'nerd' sebab tak pandai mcm u.. ;-)

Alicia Kee said...

bakat mu membling-blingkan barang & expert dalam bab2 shopping!!

@dR3h said...

saya setuju (sambil angkat tangan)!! memang berbakat memilih barang2 yang cantik.