Thursday, February 19, 2009

Kursus Kesetiausahaan & Imej

13-15 February 2009, semua PA UMS telah dijemput untuk menghadiri Kursus Kesetiausahaan & Imej yang dianjurkan oleh Reka Kencana Sdn. Bhd. bertempat di Shangri-La Rasa Ria Resort, Sabah. Terharu jugak la sebab UMS buat kursus sedemikian untuk PA-PA di UMS. Pasal jarang bah kami ni kena kasi kursus. Lebih-lebih lagi kursus di luar. Sudah tu... penginapan pun disediakan.... bukan calang-calang hotel lagi. Wah... mewahnya kami. Hahahaha... Pokoknya boleh dikira dengan jari yang aku ni mimang paling jarang attend kursus. Kursus kali ni memang best. Best gila. Pasal:-


1. Dapat berjumpa, berkumpul, berborak, bergossip dengan kawan-kawan/PA-PA yang lain dan berkenalan dengan PA junior yang kami tidak kenal dan tidak ingin tahu. (<----hmmm.... jahatnya aku. Hahaha...)

2. Dapat tidur satu bilik dengan "geng keras", ber-bedtime story, ber-lipstick jungle (maklumlah tidur di Rasa Ria - hutan kan... hehehe)

3. Dapat pengetahuan - al-maklumlah sudah lama ndak berkursus - kena polish semula la. Aduii... ketara la bah sudah veteran ni.

4. Dan part yang paling best adalah dapat belajar teknik grooming, make up, penampilan <----- semua ni harussss (Actually part ni jak yang paling aku suka sebenarnya dalam kursus ni... tu yang buat aku semangat datang untuk hadir ke kursus ni)

5.  Kursus ni tidak membosankan. Kursus yang paling best setakat ni yang pernah aku hadiri.

Sebenarnya banyak yang mo dicerita pasal kursus ni tapi aku malas mo crita panjang pasal nanti aku penat menaip dan korang boring la pulak. 



Sesi "turn me beauty".  Neetot & Qion jadi model.  Yang baju merah tu adalah Pn. Azura, kami punya penceramah. Kira macam perunding imej la.  Pn. Azura ni lawaaaaaa orangnya... Umur dah 38 tahun, anak 4 orang tapi masih bergetah...macam bujang you.... Fuyoo... baju dia lawa-lawa.... Kagum aku dengan dia ni. 


Ini gambar selepas make-up. Tak berapa terang. Pasal aku tak guna flash. 
Lagipun ini untuk make up siang (simple make up).


FYI, aku merajuk sama laki time valentine tu.  Aku tunggu-tunggu laki datang ambik aku jam 6pm.  Konon mau ber-valentine dinner.  Akhirnya aku ber-valentine dinner with Neetot's family di Tepi Laut, Shangri La Rasa Ria.  


Yang ni apa pulak???


Ini adalah hadiah cenderahati daripada pihak penganjur kursus.  Bukan semua PA dapat ni gelas tau... hanya peserta kursus yang menonjol sahaja. Huhuuu... Aku tidak sangka aku termasuk dalam golongan itu.  Kah kah kah.... Thank you la kepada Reka Kencana... Entah macam mana cara dia buat pilihan peserta menonjol.  Mungkin pasal kami duduk depan sekali kot sebab aku, Neetot & Qion sama-sama dapat.











6 comments:

CathJ said...

Waaahhhh....bestnya dapat ikut kelas2 kecantikan ni...(hahaha...itu kesetiausahawan kena buang...).....saya pun pernah ikut mcm ni...bab2 yg make up2 tu lah yg best...kikikiki.... (Nasib free)..

Anonymous said...

Bestnya dapat peluang kursus macam nii ..saya pun sudah lamaaa betul tia attend any kursus kesetiausahaan niii ...

Anonymous said...

Kenapa si Tauffeck ada di situ ah...dia pun PA kah?

CHINA DOLL said...

To Nal,
Jangan ko silap. Si Taufeck sudah naik pangkat jadi penolong pendaftar di bahagian latihan kalau x silap aku... dia yang urus kami di sana tu.

amoi said...

mi, khatam sudah kami meninguk lipstick jungle season 2. Ada yang terbaru lagi ganas - Cashmere Mafia. pun khatam season 1. Nanti ko datang ambik jak lah

wendi said...

wahhHH best nya kamurang