Thursday, September 17, 2009

Lord of the Earrings



Ini earrings aah... bikin aku tidak dapat tidur ooh semalam.... Bukan apa... hari tu aku beli ni earrings di Parkson 1B (Park Avenue Accessories - tempat ni memang cantik-cantik la dia punya accessories dan quite okay jugak harga dia).  

So berbalik kita kepada cerita asal tadi tu.  Lepas beli tu, aku masukkan plastic kuning parkson tu dalam handbag aku.  Semalam baru aku teringat rupanya aku ada beli ni earrings. Tiba-tiba aku check dalam beg tu earrings sudah hilanggggg!!!  Sebenarnya aku ni paling jarang hilang barang pasal aku jaga betul barang-barang aku. Jadi, aku pun panic la.  Aku ingat aku terbuang laa tu earrings pasal kelmarin pagi aku tengah kemas barang2 dalam handbag aku dan aku minta amahku buang tu plastic kuning. Huaaarghhhhhh.......... Sampai aku tak dapat tidur bah semalam kerana asyik memikir di mana aku simpan tu earrings. So, subuh tadi masa sahur aku tanya amahku samada dia sudah buangkah plastic kuning tu.  Dia kata masih ada di biliknya pasal dia jenis tak buang plastic. Dia akan lipat dan simpan untuk kegunaan tong sampah la... (Pintar kan amah aku. Hohoho).  Aku pun senang hati la. Sekali dia check... nehhhh.... nadaaa...... kosong tu plastik! Huaaaargghhh.....  Sedih la aku. Laki aku bilang beli lagi.  Aku mana mau beli pasal tu pun kira aku dapat free pasal aku bayar pakai voucher Parkson. Ketara karit ni. Hohoho...

Sekalinya tadi pagi aku pigi check di keretaku.... nehhhh.... ampai2 bah tu earrings di kerusi keretaku. Hohoho... Gumbiranya hati aku... Baru aku teringat kenapa boleh tercicir di kerusi kereta. Pasal rupa-rupanyakan masa aku balik dari kerja hari tu... time jem-jem balik dari kerja tu... sempat lagi konok aku ni menerai-nerai tu earringss di kereta bah... mintak puji bah... gara2 mo bergaya kan.. tu pasal la tercicir. Hohoho.... Sekarang... hati aku sudah gumbira. Yeay-yeay.... cantikkah ni earrings?? Kilat-kilat oooh...


3 comments:

@dR3h said...

ya..mimang lawa.. time aku ndak betudung aku pun banyak anting2 stail bgini.. skarang ni anduii kesian.. tesadai jak semua dlm laci..

CathJ said...

hahhahaha... ada lagi tu sempat menerai dalam kereta!!! waduh waduhhhhh........

Lawa... very nice!! I like... ^_^

Alicia Kee said...

aku ada jugak beli satu earing kilak2... ada kaler purple tinggal satu teruk ku rembat ndak tinguk pun harganya... nasib murah.. hahahahha nnti ku blogkan..