Sunday, February 15, 2015

Resepi Gulai Ikan Merah

Hari ni aku akan kongsi macam mana cara-cara memasak gulai ikan merah yang diajar oleh kawanku Kamariah a.k.a MC.  Resepi ni betul-betul mudah.  Aku ingat susah.  Senang pula rupanya.  Yang penting ada bahan.  Hihihi...


Bahan A:
6 potong ikan merah/putih
5 biji bawang putih (Dihiris)
5 biji bawang merah (Dihiris)
1 sudu makan halba campur
2 tangkai daun kari
minyak masak (agak-agak 1 cawan)
Sedikit air asam jawa 
2 sudu makan santan

Bahan B:
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan serbuk kari ikan (i recommend for Babas)
2 biji tomato dibelah empat
5 tangkai cili hijau dibelah 2 tak putus
5 tangkai ladies finger (dipotong 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
Note:  *Gaul semua Bahan B dengan air

Cara-cara masak:
1.  Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak masak.  
2.  Setelah bawang kekuning-kuningan, masukkan halba campur dan daun kari.
3.  Masukkan Bahan B dan sedikit air 
4.  Masukkan air asam jawa 
5.  Kemudian masukkan garam, ajinomoto dan sedikit gula
6.  Apabila mendidih masukkan ikan dan kecilkan api
7.  Setelah ikan masak, masukkan santan dan selepas 2 minit, matikan api.
8.  Selesai  - boleh dihidang


Bawang ditumis sehingga kekuning-kuningan

Halba campur

Cara potongan tomato, kacang bendi dan lada hijau

Bahan B (yang dicampur dengan air)

Sedikit air asam jawa

Ikan dimasukkan ke dalam periuk dan kecilkan api

Tengok youtube gulai masakan aku.  Tekan tu youtube. Boleh jatuh air liur tengok didihan gulai tu.  Hihihihi.

Ni la dia gambar kepala ikan gulaiku yang sudah siap.   Walaupun gambarnya tak cantik tapi mau tau rasanya… nahhh… mau 3 piring nasi bertambah ya.  Hihihi…


Kena lagi makan dengan ulam-ulaman with sambal belacan dan telur masin…. telur dadar pun ada ooo…. Betul-betul kick ya.  Ni ulam-ulaman dan sambal-sambal si MC yang sediakan ya.   Tempting kan gambar ulam-ulaman ni.  Bikin berliur oooh...



Siap ada jagung oooo…. Simple jak menu kami malam tu.  Tapi mau tau… punya banyak aku makan.   Laki aku siap tambah 3 piring nasi hokayyyy…. Hahahahah….   By the way, ni la dia Cikgu Kamariah.  Dia ni kawan sekolah menengahku dulu.  Dia kawen dengan orang Perak.  Tu la dia pandai masak masakan utara.  Ni baru satu menu dia ajar aku.  Oh ada juga dia ajar aku laksa penang tapi… aduhh… headache aku.  Ndakku pandai.  Actually si MC ni ada urusan di KK.  So dia stay 1 malam di rumahku.  Tu la aku ambik kesempatan minta ajar masak.  Tau laa… makkk ni… tak reti masak.  Sudah tuak baru mo belajar memasak.  Hehehe…  Picture taken masa dia mau balik Tawau sudah… gonna miss u my friend.  Huk huk huksThank you so much kerana menurunkan ilmu kepadaku.  Very appreciate it.



SELAMAT MENCUBA…

#ladyFbelajarmasak

2 comments:

Anonymous said...

Hihihi tq mimi krn benarkn aku tumpang bteduh smlm d rumah mu yg cantik....

Anonymous said...

Tq jgk dgn inchek awg.....i like tgk dia mkn smpi btambah tiga kali...btanding sm tu si zan oooo hahhahahahahah...tq my fren...really appreciate ur warm layanan utk aku...siap bwk aku window shopping...n mkn mcm2.... Semua yg aku sukak...oh my diet....huwaaaaa......satu ari yg padat n happy....hihihi