Wednesday, February 20, 2008

Malam Kebaya Nyonya

19 Februari 2008 @ 6.30pm
Hotel Promenade KK telah menjemput members of Y2K club ke majlis makan malamnya dan tema pakaian adalah "Kebaya Nyonya/Samfu". Elly dan Karen bersiap di rumahku. Acara mula jam 6.30pm. Kami tiba di hotel dekat jam 7.00pm. Bila kami sampai, kami kena register nama. Ingatkan mulanya free seating la. Rupa-rupanya FREE STANDING ya... Hehehehe. Tiada meja.... Kami berdiri-diri sambil minum-minum.
Karen, Elly, Nani (Promenade), aku dan Shanty
Bergambar bersama staff Promenade
Kira boring dan sugul juga mula-mula tu. Tak lama kemudian, acara pun bermula..... ada ucapan2 dan lepas tu makan. After makan, ada pertunjukan fesyen Kebaya Nyonya. Lepas tu, ada 2 jenis games. Game yang pertama dia minta kita cari dan bawa barang kepada MC. Game yang kedua tu yang mencabar. Macam game fear factor. Ada 4 kumpulan, setiap kumpulan ada 5 orang peserta. Kami kira kumpulan yang ke-3 (Aku, Elly, Karen, Shanty & Azimah). Gamenya adalah, dorang sediakan 4 pinggan makanan dan satu gelas jus X. Makanan yang disediakan adalah 2 biji limau mandarin (Azimah), 1 piring asam-asam (pelbagai jenis - Elly), 1 piring kuaci (4 jenis kuaci termasuk kuaci hitam/merah yg keras - Shanty), 1 piring kuih bangkit dan kulih licak (Karen) dan aku pulak kena minum jus X . Setengah mati aku tengok si Elly makan asam-asam, si Shanty pulak kesusahan makan kuaci... kesian. Sekalinya time part si Karen makan-makan kuih tu, MC telah announce pemenang iaitu Kumpulan Ke-4. Jadi bila turn aku kena suruh minum jus.... aku terus tak mau... Buat apa aku rugi-rugi minum Jus X. Nasib baik la aku tak terminum jus tu. Rupa-rupanya Jus Mengkudu pulak. Eeeeeeeee yuckssssss.... dan hadiah cuma untuk Pemenang Pertama sahaja iaitu Voucher makan.

Elly tengah concentrate makan asam-asam


Shanty tengah berabis makan kuaci

After finished games, ada acara berjoget dan tarian poco-poco. Then, ada pengumuman Best Dressed (for Baba & Nyonya). Yang lelaki yang menang tu memang ok la. Dia pakai baju Samfoo. Manakala pemenang perempuan tu pulak, kami semua terkejut dan aku rasa time tu tiada yang tepuk tangan pasal pakaiannya biasa-biasa saja. Aku rasa jurinya juling kot. Sempat si Karen terlepas cakap..... "punya bidak...". Aku tak la berharap menang malam tu pasal pakaian aku bukannya kebaya nyonya pun... tapi kalau ikutkan, ramai lagi yang pakai kebaya nyonya yang lawa-lawa malam tu tapi tidak terpilih. Kesian. Nasib baik hadiahnya cuma voucher makan.

Selepas tu, acara yang paling kami nanti-nantikan iaitu cabutan tiket bertuah ke Thailand for 2 person. Aku berharap juga dapat sebab aku ada 3 keping tiket masuk dalam box tu. (Tidak semua orang ada tiket dalam box tu. Hanya orang yg banyak buat booking sahaja yang ada tiket dalam box tu). Hampeh.... hancussssssss..... yang the lucky winnernya lelaki. Entah siapa. Whoever la... we also don't want to know. The End.

Acara habis before 9.00pm tanpa ada lain-lain lucky draw!! sedih dan hampeh kami .... Kami bertekad tidak akan attend dinner dorang tahun depan (sekiranya ada jemputan)

No comments: