7 Mac 2008 (Friday) aku rasa macam tak sedap badan. Macam mo demam. So, malam tu pigi klinik Permai Poly K/fisher dan kena bagi ubat. Doktor yang rawat aku tu macam semacam ja. Tak pun ambik blood pressure aku.
10 Mac 2008 (Monday) aku masih rasa tak sedap badan. Macam ubat yang doktor bagi tak brapa baik. So, aku ke klinik Permai semula minta tukar ubat. Kali ni Dr. Prem yang rawat aku. Aku kena bagi ubat baru.
11 Mac 2008 (Tuesday) aku ambik cuti kecemasan. Terpaksa cuti pasal demam makin teruk. Satu hari aku terlantar di katil. Tapi malam macam dah ok.
14 Mac 2008 (Friday) aku kena food poisoning gara-gara makan di food court Palmsquare, CP. Habis aku muntah-muntah tidak berenti. Aku tidak pigi klinik sebab mulanya aku ingat muntah sekali ja. Tapi the next daynya aku masih pening dan tidak boleh makan. So, aku pigi klinik Permai Poly K/fisher. Kena jarum.... dan kena bagi ubat. Keluar ja dari klinik aku muntah lagi. Malam tu aku tak dapat makan sebab asyik muntah+pening+tiada selera makan. Kesian... sudah la demam belum recover, kena food poisoning pulak!! Ingatkan the next day nya aku baik dah. Rupa-rupanya masih sama juga. Terpaksa facial appointment kena tunda.
So, 17 Mac 2008 (Monday), aku pigi jumpa doktor lagi pasal tak tahan sakit perut gastrik kerana tidak boleh makan/tiada selera/asyik mo muntah. Badan pun dah mula menggeletar/lemah. Aku asyik minum milo+nestum dan minum glukos ja. Kali ni aku pigi Klinik Dr. Chong Luyang. Aku kena jarum sekali lagi. Macam-macam ubat dia bagi aku. Aku kena paksa makan bubur saja. Tak lalu makan. Hanya boleh makan 2-3 suap saja. Perut pun dah semacam naik gastrik yang tahap gaban. Aku kena bagi MC 2 hari. Malam tu aku tak dapat tidur. Aku rasa ubat tu terlalu kuat sampai aku tak boleh tidur dan gastrik yang teruk.
The next daynya (18 Mac 2008), aku dah tak tahan. So laki bawa pigi SMC. Dia kata bagus aku kena admitted saja di SMC sebab dia kesian tengok bininya yang merana... hehehe... Bila jumpa doktor, aku disahkan gastrik tahap ultraman. Aku kena jarum sekali lagi dan dibagi ubat gastrik pulak kali ni. Doktor tanya samada aku nak admitted kah. Bila fikir-fikir kena cucuk sana cucuk sini tambahan aku takut hantu dekat SMC, aku tak mau. Aku kata aku nak rehat dekat rumah kecuali la kalau dah tak tahan then aku balik semula ke SMC. So, aku kena bagi MC 2 hari lagi. Syukur la... malam tu aku dah beransur pulih. Perutku dah ok-ok. Tapi tak boleh makan banyak/drastik. Hanya boleh makan sikit-sikit jer. Nasib baik la 20-21 Mac 2008 cuti Maulidur Rasul & Good Friday. Dapat la aku berehat di rumah/charge battery. Aku mesti mo sihat sepenuhnya. Nanti tak dapat aku bercuti bulan April ni... Aku tengah menghitung hari sekarang ni. Pasal 4 April 2008 i'm going to Japan!!! can't wait.... yahoooooooo.
P/s: Yang lucunya... adakah orang ofis ingat aku pigi makan angin sepanjang aku cuti sakit. Kweng-kweng-kweng.
2 comments:
uiiii....sioknya ko p melancong d japan fem....kasi beli kan ole ole ya....oel ole tanpa mengirim duit ni...heheheheeeee...
aku minta dibelikan ole ole tapi ndak kasitau nama ya, clue jak aku bagi supaya urang ndak kenal, aku ni yg ko balik2 tanya pasal claim c alfred iban...heeeeeeeheee...
Post a Comment