Sunday, October 31, 2010

LDO For October

Waaahhhh.... Chinadoll telah dijemput menjadi tetamu si Cath pada bulan October.  I should be proud... kalah-kalah macam kena interview oleh majalah cosmopolitan bah ni. Huahuahua.... Thank you Cath for the opportunity.  So, mari laa sini baca ni post... (ini post saya copy dari blog si Cath. Sila layari blognya di www.cjgotravel.com)
LDO for October!!


11
Chinadoll.. let her introduce herself 1st before I go on with my interview towards her.. ^_^
"Thank you Chinadoll (Famila) for being my guest blogger this month.. ^_^"




1

"Ermm… camana mau introduce diri ni ya??

Seorang perempuan yang memang kaki shopping, telah berkahwin dan sedang menetap di Kota Kinabalu, Sabah. My favourite colour is pink, gold and blue. Tapi kalau baju memang suka dengan warna pink la.

Hobinya selain shopping suka melancong, mengumpul handbag, kasut dan accessories. Selain itu, dia juga penyayang dengan binatang terutamanya kucing. Pada suatu masa dahulu pernah memelihara lebih daripada 20 ekor kucing! Miaaauuuu….."



Nah.. there you have it.. pernah kumpul kucing sampai 20 ekor..(Mana mau cari... Nasib bukan jiran saya.. hihihihi... gurau Chinadoll.. ;-p ;-p)

Now here are some interview with her.. let's see what Chinadoll have for us.. ^_^







CJ : What is your makeup collection so far.. (with picture)

This is my make up collection so far… tak la banyak…
2


Tapi yang di bawah ni la yang paling utama…. Eyeliner, blusher, lipgloss etc. I LVoe barangan MAC and Bodyshop especially the eyeshadow.







CJ: I know you are crazy about handbags.. we want to busy body a bit.. wanted to see you fav collection so far.. (with pic and story of them)

Hehehe… I love handbags… Sangat mengkagumi dan cinta terhadap handbag sampai sanggup membiarkan diri terkena hujan tapi jangan handbagnya yang terkena hujan. Apabila memakai handbag tertentu, adakalanya akan membawa plastic beg/kompek/bahai dan disimpan dalam handbag incase of hujan untuk selamatkan bag dari terkena basah. Huhuuu…. 

My handbag memang banyak but believe it or not, dalam seminggu pun belum tentu ada tukar. Maybe pasal busy la… pemalas la… malas bah mau tukar tu bag pasal mau kasih match lagi dengan pakaian dan kasut la… (well… bukan senang mau jadi cam aku ni. Hihihi… cerewet)… and sometimes adakalanya sayang mau pakai la… sebab takut tu beg kotor la, takut terkena hujan la.. etc. Kalah-kalah jaga baby.

So far, ini laa beg yang paling aku pebret… yang PALING aku suka pakai buat masa ni.
4


Beg Dior pink yang menawan hatiku ni dibeli ketika percutianku ke Paris pada Jun 2010 lepas. Kenapa aku pebret ni beg??? Ada 4 sebab iaitu:

1. kerana warnanya (pink fushia) senang mau kasih match sama baju-bajuku yang kebanyakannya ada bunga warna pink

2. kalis air… hihihi… bukan la bah kalis air apa pun. Canvas bah…

3. luas… semua barang aku campak/longgok dalam tu.

4. Ringan


CJ: Your favourite travelling moments.. (pictures and some stories about it)

Ermm…. Favourite?

For me… as long as I travelled with my hubby tu dikira “favourite” la bah tu. Terlampau banyak sudah aku travelling sampai aku tidak ingat tempat-tempat yang aku sudah pernah pigi. But so far, yang paling aku rasa best la kan… time kami pigi ke Cape Town, South Africa tahun 2006 kalau tak silap aku. 

Time tu my hubby yang mati-mati mau pigi ke sana sebab dengar kata tempat tu cantik la konon dengan keunikan Table Mountain nya. Kiranya kami pigi sana cuma berdua saja (bukan ikut tour) kecuali sampai di Cape Town baru laa kami cari hotel punya tour. 

Kami menginap di Hotel Capetonian di mana hotel tu adalah kepunyaan orang Malaysia konok. Cakap pasal hotel ni kan… lucu bah. Hotel ni ada sediakan buffet breakfast. Yang lucunya setiap kali mau breakfast di hotel tu kan, makanan yang dihidang amatlah pelik-pelik dan ndak sedap langsung! Tapi restorannya ada certificate Halal ooh… jan main-main. Cuma aku kurenggg sikit dengan makanannya pasal setiap hari hidangan buffet breakfastnya berunsurkan organ dalaman binatang. 

Ndak laa ku tau apa… usus kah apa kah… pokoknya rupa makanan tu lain. Bah… sudah pun namanya Africa kan… Huhuuu…

So semasa di Cape Town, sempat kami merayau pigi ke Table Mountain, VA Waterfront, Cape Point (tempat pertembungan dua lautan - hindi & atlantic)… melawat vineyards la… time tu kami kena terangkan cara-cara membuat wine…dan banyak lagi laa… ndak ingat sudah bah. Oh ya! Robben Island (bekas penjara si Nelson Mandela) pun kami ada pigi ya! Macam-macam la bah pengalaman yang kami timba bersama time tu. Bayangkan sebelum kami bertolak ke Capetown tu, I have no idea at all macam mana rupa Capetown ni.

Sebut pasal Africa orang ingat mesti panas jak kan… padahal… time kami pigi tu… punya laa sejuk. Bukan setakat sejuk biasa. Tapi sejuk betul! Musim winter kali tu dan hujan pulak tu. Memang tiada persiapan langsung bah kami. Baru tu, banyak aktiviti lawatan kami yang memerlukan kami menaiki boat. Pergi Robben Island pun kena naik boat. Hampir aku mabuk sebab lautnya bergelora! Mau tengok penguin/seal pun kena naik boat ke tengah lautan. Mintak puji konok aku mau juga menengok penguin… hahaha… ya la bah kan… lain jugak tu penguin Africa. Kecik-kecik bah.

Petang terakhir kami di Cape Town, kami naik ‘sunset cruise boat’ pusing-pusing tu laut di sekitar VA Waterfront. Bukan la bah lagi sunset tu. Tiba-tiba hujan kuat la pulak. Then bayangkan di tengah lautan lagi tu… adui… dengan ombak kuat… itu boat bergoyang-goyang, kami terpaksa berdiri dan berpegang kuat sama tiang boat dari mengelak kami terhuyung hayang dan mabuk.

Time tu, selain kami berdua, ada 2 orang lagi penumpang (perempuan berumur lingkungan 60 tahun ke atas) dalam boat yang sama. Dorang pun huru hara pasal hujan yang ditiup angin tu sudah masuk ke dalam boat kami sehingga mengakibatkan kami basah kuyup. Tu la bah aku jugak yang mintak puji merengek-rengek mau naik boat. Last-last dapat apa?? Basah abis!! Jacket, seluar, kasut semua habis basah! Hihihi…

Ada dua lawatan jak yang aku tidak sempat pigi kerana tidak cukup masa iaitu lawatan ke Safari dan Hermanus. Lawatan Safari tu memang jauh la dan perlu stay dalam hutan lagi tu. Aduii.. ndak kepingin aku. Silap haribulan ada aku kena baham singa.

Tapi yang aku kecewa betul tu, aku ndak sempat pigi lawatan Hermanus. Yang lawatan Hermanus tu is ‘whale watching’ bah. Boleh tengok whale secara dekat. Aku kan sayang binatang. Mesti la bah aku kepingin tengok. Siapa bah ndak mau tengok ikan paus besar secara live dan dekat pulak tu. (Tolong jangan suruh saya tengok di Discovery Channel. Huhuuu….)




Sedikit Info mengenai HERMANUS:
"Hermanus has the status of being the best land-based whale watching destination in the world. Southern right whales visit Walker Bay from June through to December and can be viewed from aboard a boat, an airplane or the shore. Hermanus is home to the world’s only Whale Crier who blows his kelp horn when whales are spotted along the central sea route."

Bila difikir semulakan… I mean, bila balik KK sudah kan… terfikir jugak aku. Beraninya kami berdua pigi ke sana tu. Kalau laa ada terjadi apa-apa di antara kami berdua kan… camana la tu aar? Takutnya aku tu… tau la kan.. di negara orang… rasa ndak selamat bah. Mana lagi orang-orang negro di sana tu ndak friendly langsung. Kalau bercakap pun dengan intonasi macam mau marah. 

Sudah laa dorang tu tinggi dan badan besar. Takutnya aku… Bukan jak itu. Bayangkan kalau boat kami karam di tengah lautan. Camana la tu ya? Sudah laa aku ni ndak pandai berenang. Palui jugak bila pikir-pikir. Hihihi. Apapun, aku rasa… trip kami ke Cape Town ni memang tidak dapat dilupakan dan kiranya we enjoyed juga la. Eh! Macam panjang pulak aku membebel pasal trip aku ni. Hihihi…

Ni laa gambar kami yang sedikit jak aku dapat tangkap. Al maklum laa… dulu-dulu belum ada kamera digital. Huhuuu… Kalau ndak tu… berabis sudah tu.

capet1

capet2


CJ: If you have a date with girlfriends.. what is the maximum time you can wait for them (if they late)... 5 minutes? 15minutes? 1 hour?? or on time kalau tiada sia balik.. ;D

Ermm…. Soalan paling panasssss…. Huhuuu… 

Sebenarnya aku ni bukan laa seorang yang penyabar lebih-lebih lagi kalau bab menunggu orang. 

I hate waiting!! Tapi kalau aku ditunggu boleh… jangan aku menunggu. Hohoho… (Sebab paling-paling 15 minit jer aku lewat kalau ya pun). For me, penantian itu satu penyiksaan. 

Biasanya kalau ada temujanji dengan BFF – normally aku akan tunggu di rumah pasal tau sudah gaya dorang ni jenis lambat dan suka cancel appointment last minit! Memang bikin panas. 

(CJ: Nah untuk BFF si Chinadoll yang tertera di photo ni.. sila2 lah take note yerr... tak sangka 1 of your BFF is my classmate.. 'Wink')

Huhuuu… For me… cukup la menunggu satu jam… kalau tidak juga datang dalam tempoh sejam tu… confirm aku merajuk, pulang rumah dan mengadu dengan laki la jawapannya… Huahuahua…


CJ: How do I look?? (picture paling glam lah konon dalam your photo collection or a picture of you with sunnies)

Hahaha… glam kah ni konok?
sunglass

CJ: My fav stilettos... (pic and stories)

Kalau cakap stilettos macam tiada pulak yang di-favourite. Tapi, kalau sandal tu ada laa… So buat masa ni aku gemar sama sandal ku yang ini. Aku ada dua pasang kasut ni.

Mostly everyday aku pakai ni kasut pasal dia boleh dikasih match dengan beg dior pink ku. Aku suka ni sandal pasal ringan dan selesa dipakai walaupun ianya daripada Vincci. Orang cakap kasut Vincci tak tahan tapi… janji aku suka la…








CJ: Your dream vacation... (you can google the pic)

Ni yang susah ni tau. Macam banyak. Susah mau buat pilihan. Hahaha…. Ketara tamahak. Actually, I LVoe Paris but since sudah dua kali pigi dan akan pigi lagi…

So, I choose NEW YORK pasal belum pernah lagi aku menjejaki kaki ke States. Harap-harap tahun depan dapat pigi.



CJ: In your opinion.. what is the best place to visit in KK for 1st time visitor (Tidak kira lah ni org from semenanjung kah.. dari swak kah.. or luar negeri)

Of course la Nexus Resort Karambunai…. Some say it’s Heaven!


CJ: what do you like to do when you are bored at home?.. (answer this question dengan lukisan anda... lukis mi...jangan tak lukis... :D)


(CJ: Sila ambil perhatian kawan2.. nama2 kucing nya ialah.. Baby Hitam, Oren Sadong, Babyphat (Kena saman kau oleh si KLS hihihi) and lastly Vacuum (!!!)....) 

There you have it.. all the questions and interesting story from our blogger friend Chinadoll.. time to visit her blog.. just click her blog banner on top.. and you will be there...

Thank you to Chinadoll again for spending time to answer and preparing all the photos to share with us.. Keep on dropping comments on all my up coming post.. you might be my next guest.. ^_^. (Read previous interview with other bloggers on my sidebar)

Take care!! Lots of Love!!

2 comments:

CathJ said...

Hehehehhe.... :D


*LIKE*...

Anonymous said...

chantekkkk ehh...lukisan tu..penuh dgn seni la ba...hihi..mesti berbakat ni dlm seni lukisan kan...tahniahhhh!!..