Monday, March 4, 2013

Look Who's Crying

Di kala aku sedang rehat-rehat sambil minum petang di luar rumah, tiba-tiba aku terdengar suara anak kucing menangis.  Suara tangisan tu datangnya dari penjuru luar rumahku (di luar bilik amahku).  Dalam hatiku, nah mengkali si Paris sudah bawa pulang anaknya ke rumah.  Untuk makluman semua, si Paris telah melahirkan anak yang kedua kalinya pada 13 Februari 2013.  Tapi kali ni dia beranak bukan di bilik amahku.  Kami sendiri tidak pasti di mana dia beranak/simpan anaknya selama ini.  

So, aku pun check la kotak yang kami sudah stand by letak di penjuru rumah dekat dengan motosikal honda ni... memang kotak tu khas untuk si Paris mana la tau dia mau bawa pulang babynya kan... (Gambar di bawah)



Please excuse the motor's seat ya.  Hehehe.  Dilapik konok pakai tuala buruk.  Hahaha.  Ini bertujuan untuk elak agar kerusi motor tidak dicakar oleh kucing-kucingku.  Hehehe.... Mesti kamurang hairan tu kan kenapa ada motosikal di rumahku.  Sebenarnya tu motosikal lakiku beli pasal mau simpan nombor kereta bah tu konok.  Tu laa pasal. Mana bah pernah tu motor kena pakai.  Entah sudah berapa tahun tu. 

Okay... berbalik kita kepada story tangisan kucing tadi tu.  So, bila aku periksakan... tiada la pulak kucing.  Time tu juga si Paris pun sibuk mengecheck apa yang aku check.  Jadi aku bagi tau la amahku yang aku dengar suara baby.  Then amahku cakap sebelum ni pun dia pernah dengar suara tangisan anak kucing tapi bunyi tangisan tu seperti datangnya dari atas atap.  

Jadi amahku cakap bagus dia cubuk siling rumah kami ni pasal ada lubang jugak kan.  Lubang tu boleh dibuka.  My maid bergegas ambil tangga untuk mau naik cubuk mana tau betul ada anak miau.  Ini la bah lubang yang aku maksudkan tu. (Gambar di bawah)


Bila amahku tolak ja tu penutup lubang... guess what???? Berkeluaran bah kaki baby kucing mau terjatuh.  Hahaha.... Terpaksa aku pun kelamkabut membantu dia sambut anak-anak kucing di atas tu.  

Kamu mau tau brapa ekor semuanya??????? 

Sila laa lihat gambar di bawah.

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

5 ekor dan semuanya gelap!!
Semoga rezeki kami makin bertambah amin....




Paris the mother of 5 or should i say the mother of 8??


My pride and joy, joy, joy.... Sabina (Puteh), Argo (Grey) and Juno (Hidung Hitam) umur sudah 5 bulan.  

No comments: