Day 1 (3 Februari 2008)
Flight kami ke KL sepatutnya pagi tu sepatutnya jam 9.35am tapi bila kami check-in, dia kata flight kami overbooked. So, flight kami ditukar ke jam 10.50am. Bila masuk dalam balai berlepas, rupa-rupanya renovation airport baru sudah hampir siap. Penat jugak kami jalan kaki menuju ke waiting lounge ni sebab jauh ke hujung.
Sampai KL ja, kami terus check in. Kali ni, kami menginap di Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang. Hotel ni kira baru dibuka bulan November 2007 tu. Dulu dikenali sebagai Hotel Regent. Kira grand jugak lobby hotel ni….. tapi sekali masuk bilik dia…. hampehhh kita orang… Ingatkan biliknya macam JW Marriott or MO ker… bidakkkk betul… sudah tu mahal pulak tu… macam menyesal… tapi memang pun menyesal!! Nasib baik duduk situ cuma 2 malam saja.
Ini la gambar bilik kami. Biasa-biasa ja. Macam tak der renovation pun. Terlupa pulak ambik gambar tandasnya yang buruk itu… terutama bathtubnya!
Ok…. Lepas check in dan simpan beg, kami terus ke agenda utama iaitu mo membeli handbag. Laki sudah janji mo belikan handbag. Tu la berkobar-kobar semangat aku ke KL kali ni!! Hehehehe. So, kami terus ke Star Hill dan Pavillion cuci mata – warming up dulu.
Tiba-tiba perut terasa lapar sebab rupa-rupanya masa dekat flight tadi, kami cuma kena kasih makan sandwich. So, seperti biasa, aku ajak laki makan di Dome, Lot10. Ini kira kedai favourite aku la. Makanan kesukaan aku seperti di bawah ni:-
Honeycomb Goldrush
Gourmet Chicken & Mushroom Pie
Lepas makan ja kami terus ke Berjaya Times Square. Bukannya apa, aku ke sana tu untuk cari Jeans Levis aku yang dalam wishlist tu… tapi malang sekali jeans tu tak da. Sudah la aku cari dekat Pavillion pun tak da. Hampehhh 2-3 kali lagi… Menyempat laki aku membeli beg untuk dia. Tengok gambar begnya yang hodoh ni… (sorry lai… )
Lepas tu, my sister bawa kita orang ke M.O Outlet sebab my hubby ni nak beli kasut tapi dia pun hampehhh sebab tak der kasut yang dia berkenan pulak kali ni di kedai tu.
So, kita orang pergi la ke KLCC….. Sampai jak dekat KLCC, kami terus pigi ke butik LV. Setelah fikir masak-masak + dihasut-hasut oleh kakak dan laki aku sendiri… so, ini la keputusannya…
Presenting you ..... my 2nd LV
Lepas angkut beg, aku ke butik Levis KLCC. 4-5 kali lagi aku hampehh sebab jeans tu tak der. Aku siap kasih tunjuk gambar jeans tu dekat staff Levis tu. Dia macam bingung sebab tak pernah nampak jeans tu kot… so, aku beranggapan bahawa jeans tu memang belum sampai agaknya. Mungkin lepas Chinese new year kot.
Selain beli beg, sempat jugak aku menyimbat pencuci muka/make up remover Shu Uemura dekat Isetan.
First time beli product ni. My friend kata bagus konon benda ni.
P/S: Bila dikira-kira... dalam hari tu jak rupa-rupanya 6 shopping mall aku masuk.
No comments:
Post a Comment