Monday, February 4, 2008

Shopping (Lonely Planet Part 1)

Day 2 (4 Februari 2008)

Hari ni, aku terpaksa jalan sendiri sebab laki ada urusan di KL. So, aku shopping di Sungai Wang. Ini la hasil yang aku dapat:-

Kasut putih - AILY
Jeans – Red Rum Murder – jeans ni nampak biasa tapi harganya macam harga jeans Levis. Entah kenapa aku beli. Macam nyesal pun ada jugak.


Jam bling-bling KOREA. Terlampau berkilau - susah nak tangkap gambar.

Cincinku yang big


Charm Bracelet Juicy Couture

Earings Vincci

Lepas tu aku jumpa kakak, Bapa dan Uncle Bon di Pavillion sebab kebetulan dorang shopping dekat situ. Sempat kami menjenguk ke satu kedai ni yang begitu menarik perhatianku. KENKO REFLEXOLOGY & FISH SPA. Dia gunakan ikan Garra Rufa also known as "Doctor Fish" untuk gigit-gigit kaki kita - fish spa therapy la konon. RM38.00 untuk 30 minit. Eee.... bestnya.... next time aku turun KL, aku mesti try benda ni. Tengok ni:-

Nasib baik bukan guna ikan piranha. Hahahaha.... Macam-macam treatment juga yang dia ada. Such as Acupressure Head Therapy, Foot, shoulder, bank & hand massage etc.

Lepas tu kami gi minum-minum petang dekat The Loaf. Kononnya kedai ni kepunyaan Tun M. Wah… bangga aku minum situ eh…


Gambar Pastries yang dijual

Pastries yang kami pilih


Sikitnya Espresso nya... Sekali teguk ja.


Bapa & Uncle Bon minum Espresso

Gambar pemandangan The Loaf dari luar

Yang ni pulak gambar pemandangan di Star Hill semasa musim tahun baru cina

Tu sana... Hotel Grand Millenium

No comments: